Terkini kerajaan umumkan bakal hentikan pemberian vaksin pfizer secara percuma untuk kanak kanak bermula tarikh ni.

berita Uncategorized

Kementerian Kesihatan Malaysia semalam mengumumkan, apabila Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) ditamatkan, kerajaan tidak akan memberikan dos pertama vaksin Pfizer secara percuma kepada kanak-kanak selepas 15 Mei. Bagaimanapun, kanak-kanak berusia lima ke 12 tahun yang telah menerima dos pertama vaksin sebelum tarikh akhir masih boleh mendapatkan dos kedua Pfizer secara percuma. Dalam kenyataan, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata, bermula 16 Mei ibu bapa masih boleh vaksinkan anak tapi perlu bayar untuk mendapatkan vaksin Sinovac di kemudahan kesihatan swasta, lapor FMT.

Dengan pengumuman ini, ibu bapa mempunyai masa sehingga 15 Mei untuk membuat keputusan vaksinkan anak. Selepas tarikh ini, vaksin Pfizer tidak akan ditawarkan lagi di kemudahan kesihatan awam dan swasta di Malaysia.” Menurut Noor Azmi, keputusan ini tidak tertakluk kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 atau kanak-kanak yang masih belum mencecah usia 5 tahun pada 15 Mei. Kanak-kanak kategori ini masih boleh mendapatkan vaksinasi Covid-19 dengan mendaftar di aplikasi MySejahtera. Sebagai persediaan sebelum tarikh tutup, jabatan kesihatan negeri telah mengambil pendekatan yang lebih aktif bagi membolehkan kanak-kanak dalam kumpulan ini divaksinasi.

Ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak di dalam MySejahtera tapi masih belum divaksinasi akan dihubungi oleh pegawai kesihatan menerusi panggilan telefon, media sosial atau lawatan ke rumah.” Manakala bagi ibu bapa yang masih belum mendaftarkan anak-anak, mereka boleh berbuat demikian sebelum 8 Mei. Saya mendesak ibu bapa untuk tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan vaksin secara percuma menerusi PICKids sebelum tarik tutup. Pilih untuk vaksinkan anak anda bagi mengelakkan komplikasi dari Covid-19.” Selain itu, Noor Azmi turut mengatakan Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak telah membuat keputusan untuk membuang klausa bahawa ibu bapa bertanggungjawab terhadap risiko yang akan menimpa anak-anak. Pemansuhan klausa ini adalah bertujuan bagi mengelakkan kekeliruan dan membuktikan bahawa KKM sentiasa bersedia untuk menyediakan bantuan kesihatan sekiranya terdapat kesan sampingan akibat vaksin.”

Dos Vaksin Tak Lengkap, Ds Ismail Sabri Dedahkan Syarat Untuk Terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kakitangan awam dan pesara yang tidak mendapat dos imunisasi lengkap Covid-19 tetap termasuk dalam golongan penerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022. Menurutnya, susulan itu, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) supaya membatalkan Perkara 6 (VI) dalam pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 bertarikh 8 April 2022. Bagaimanapun, ujarnya, perkara-perkara lain dalam pekeliling tersebut masih terpakai. “Pengumuman awal oleh saya sebelum ini tidak pernah menyatakan sebarang pengecualian bayaran kepada mana-mana penjawat awam mengikut status vaksinasi.

“Ini bagi memastikan bahawa tidak ada penjawat awam atau pesara yang layak menerima bantuan ini daripada tercicir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 telah diumumkan Ismail Sabri pada 5 April lalu. Pada masa sama, beliau berkata, biarpun tidak diwajibkan, kerajaan menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia untuk melengkapkan dos suntikan imunisasi Covid-19 demi kesejahteraan bersama. Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bayaran itu juga diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP. “Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan. “Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Kakitangan awam Kedah terima Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000. Bantuan khas itu membabitkan peruntukan RM923 juta bagi manfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.

Ismail Sabri berkata, pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal atas keprihatinan kerajaan supaya kakitangan awam dapat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri. “Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia. “Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” katanya. KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.