Dah dibenarkan balik, tapi ada satu lagi yang doktr cakap pasal jantung anak buat ramai yang terkejut

artis

Pelakon berbakat besar, Amyra Rosli terus berdepan ujian apabila anak keduanya, Ayra Aryssa, 2, disahkan mengalami masalah jantung selepas dijangkiti virus Kawasaki lebih seminggu lalu. Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 30, memaklumkan, Ayra Aryssa terpaksa menjalani rawatan intensif termasuk diberi sejumlah besar ubat-ubatan untuk membantu badannya pulih seperti sedia kala. “Doktor memaklumkan virus tersebut sudah tidak ada dalam badan Ayra. Bacaan cairan merah juga sudah stabil. Cuma sekarang ini, jantungnya terkesan dan mula berair kerana saluran cairan merah mengembang. “Dia juga masih demam, suhu badan kadangkala mencecah sehingga 39 darjah Celsius. Badan masih membngkk dan tak boleh berjalan. Memang fizikalnya berubah, tidak kurus seperti sebelum ini.

“Setiap hari dia diberikan ubat-ubatan. Ada lebih kurang dalam 10 biji kesemuanya. Badannya belum mampu pulih sendiri. Saya tak sanggup tengok dia menangis kesakitan, sampai tak berair mata. Tetapi doktor kata itu sahaja prosedur yang perlu dilakukan untuk kesembuhannya,” luahnya. Pada 6 April lalu, Ayra Aryssa dibawa ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur selepas demam panas dengan suhu badan mencecah 41 darjah Celsius. Kemudian, pada 10 April lalu, Amyra dan suami, Amar Baharin bergegas ke h.ospital apabila dimaklumkan bacaan oksigen anak mereka itu secara tiba-tiba menurun.

Dalam pada itu, Amyra juga memaklumkan bahawa doktor mengesahkan bahawa Ayra Aryssa mengalami jangkitan luar biasa yang mengakibatkan dia terpaksa dir.awat dengan cecair intravenous immune globulin IVIG dalam kadar yang tinggi. “Doktor sahkan bukan jangkitan biasa. Ayra juga perlu dirawat dengan IVIG sehingga 16 botol. Saya kena tabah untuk melihat dia sembuh. Tutup mata, hari-hari cairan merah dia diambil. Sebenarnya, memang tak sanggup. Tetapi saya kena akur. “Saya terpaksa lupakan waktu untuk rehat. Dalam keadaan sekarang, terlalu banyak untuk difikirkan. Dengan pindah rumah lagi. Penggambaran lagi.

“Tapi saya percaya, ujian yang Allah bagi ini dia sertakan dengan jalan yang dia mudahkan. Saya bersyukur. Sebelum Ayra sakit, saya sakit terlebih dahulu sampai tak mampu berjalan. Sekarang saya sembuh dan mampu jaga dia. Saya tak dapat bayangkan kalau saya dan Ayra s.akit dalam waktu yang sama,” ujarnya. Pada masa yang sama, Amyra juga bersyukur kerana diberi kekuatan, selain menerima banyak doa dan kata-kata semangat daripada masyarakat yang prihatin dengan keadaan anaknya. “Ya Allah. Ramai sangat yang mendoakan. Bukan sahaja yang berada di Malaysia, malah juga yang berada di Mekah. Saya rasa terharu. Tak tahu macam mana hendak balas jasa baik semua yang mendoakan. Saya sebak membaca doa-doa mereka.

“Saya kena kuat. Saya cakap pada Amar, tolong beri saya kekuatan. Saya sudah seminggu tak jumpa anak sulung kerana perlu berada di hospital. “Apa pun saya letak kepercayaan kepada Allah SWT. Saya serahkan kepada doktor pakar yang merawat. Mungkin inilah jalannya, saya reda dan akur dengan ketentuan-Nya,” tambahya. Anak kedua pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli iaitu Ayra Aryssa, 2, yang dijangkiti penyakit K.awasaki dan ditahan di sebuah pusat perubatan, di sini, sejak Selasa lalu dibenarkan keluar hospital, hari ini.

Amyra, 31, atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli bagaimanapun berkata, tahap kesihatannya masih perlu dipantau ekoran saluran cairan merah ke jantung bngkk dan terdapat air dalam jantung. “Kesembuhan belum sepenuhnya, cuma virus dak tak ada. Bacaan cairan merah pun okay. Tapi doktor maklumkan saluran cairan merah ke j.antung bngkk dan jantung ada sedikit air. Apabila dengar berkaitan jantung risau juga. Namun, bukan jantung teruk. Jangan salah sangka. Itu sebab apabila doktor dah benarkan keluar saya agak risau juga. Tapi doktor suruh bagi persekitaran lain. Apabila saya bawa dia jalan-jalan di tingkat bawah hospital tu, dia okay, Masuk bilik dia nangis. Itu yang doktor kata dia kena ada persekitaran lain,” katanya.

Amyra juga pelakon drama Jangan Menangis Cinta yang ditayangkan di saluran Astro berkata, anaknya akan dipantau dan dijaga oleh ibunya. “Apabila dah pulang ke rumah, jadi kena pantau dan makan ubat diberi. Buat masa ini mak saya tolong jaga sementara saya pergi kerja. Doktor juga pesan jika ada simptom semula kena cepat bawa ke hospital. “Sejujurnya saya bersyukur dan gembira adik Ayra sudah dibenarkan keluar. Sebab sudah seminggu juga saya tidak tidur dengan Anaqi anak sulung sebab setiap kali habis penggambaran saya terus ke hospital. “Saya juga akan sentiasa menghubungi doktor dan buat pemeriksaan lanjut kesihatan anak. Dalam masa sama, saya takkan henti usaha dan ikhtiar,” katanya. Kredit, HM

PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.