Masa tengah masak lauk untuk sahur pukul 4 pagi Liana Rosli menangis, Sebak rupanya ini yang dia fikirkan

artis

Baru-baru ini, usahawan kontroversi, Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM telah memuat naik momen sedih apabila menghantar anak sulungnya menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Suasana sebak dikongsikan Kak KM di Instagramnya dan ramai ibu bapa mengakui memahami perasaan berpisah dengan anak seperti yang dirasai oleh usahawan tersebut. Menerusi perkongsian terbaru anak kepada dramatis terkenal, Normah Damanhuri itu lagi, dia telah memuat naik video meluahkan rasa rindu terhadap anaknya sambil memasak juadah bersahur kesukaan remaja itu.

Dalam kapsyen yang ditinggalkan, dia menyatakan yang anak perempuannya sangat suka meratah kentang goreng yang ada di dalam lauk ringkas tersebut. Kak KM juga akui tidak kuat menanggung rindu ini dan meminta agar anaknya segera pulang memandangkan dia tidak dapat melakukan kerja harian hanya kerana anak tersayang tidak ada di depan mata. Sabar kak, kita doakan yang terbaik untuk anak belajar. Perkongsian daripada usahawan itu nyata mendapat perhatian warganet yang rata-rata memahami hati seorang ibu apabila berjauhan dengan anak. Mereka juga sempat tinggalkan komen dengan berharap supaya Kak KM kuat menghadapi situasi ini dan sempat berkongsi kisah yang terjadi kepada diri mereka sendiri dalam melihat anak-anak berjaya menggapai impian masing-masing. Klik sini untuk lihat video.

Sumber, Instagram lianarosli_official

Kak KM Tak Peduli Komen Warganet, Rupanya Pernah Block Ibu Di Instagram Kerana Sering Beri Teguran. Memang tak asing lagi kita dengan usahawan yang penuh sensasi ini Liana Rosli atau dikenali dengan nama panggilan Kak KM, Kak KM merupakan anak kepada pelakon vateran Normah Damanhuri, katanya ibu banyak kali beri nasihat kepada Kak KM. Setiap kali muncul kontroversi membabitkan usahawan kosmetik Kak KM, nama ibunya yang juga pelakon Normah Damanhuri turut terpalit sama. Biarpun beberapa kali sudah ditegur ibunya, namun Kak KM atau nama sebenar Liana Rosli berkata dia tetap meneruskan perkongsian video sensasi di Instagram kerana ia merupakan salah satu bentuk strategi pemasaran. “Sebenarnya mak dah beberapa kali minta saya berhenti buat video sebab asyik kena kritik tapi saya minta dia rileks. Awal-awal dulu saya block Instagram mak saya supaya dia tak tengok video saya di Instagram tapi baru-baru ni saya buka balik.

Katanya kagi “Dia memang pantau apa saya post, lepas tu telefon minta padam tapi saya jelaskan semula apa yang saya buat ini adalah atas urusan kerja dan perniagaan. Dahulu kalau mak baca komen warganet, dia jadi down dan murung. “Sejujurnya emak memang tegur saya hari-hari tapi saya yang degil. Kalau orang kata mak saya tak pandai jaga anak, pergi lantaklah. Kalau kau bagus jagalah anak dan emak kau baik-baik” katanya kepada mStar. Kak KM tak peduli teguran warganet. Kak KM ditemui semasa sidang media filem 3 Janda Melawan Dunia yang diadakan di GSC One Utama, Petaling Jaya Selangor pada Khamis. Sebelum ini, kakak kepada model Ahya ini kerap menerima kritikan dari warganet kerana aksi dalam video yang dimuat naik di Instagram dikatakan lvcah dan melampau. Warganet yang bercakap tu saya tak kisahlah. Apa video yang viral tu bukan mendatangkan dosa pun. Selain itu, video Kak KM menyusukan bayi di tempat awam dan membiarkan dua anaknya merokok turut mengundang rasa kurang senang warganet.

Normah Damanhuri bersama anak anaknya

Dalam pada itu, usahawan jamu ini memberitahu dia tidak ambil pusing dengan kritikann yang ditulis warganet kerana perkongsiannya itu atas tujuan perniagaan. “Warganet yang bercakap tu saya tak kisahlah. Apa video yang viral tu bukan mendatangkan dosa pun. Kita dengan cara kita sebab yang viral tu produk yang saya jual cuma bila kita terangkan tu yang nampak macam lvcah. “Yang kritik pun saya layan baik-baik sahaja, saya tak mahu bermusuh dengan sesiapa. Apa yang penting emak dan keluarga faham sudah cukup. Komen-komen buruk tu saya tak layan,” ujarnya. Sumber, mstar

Tak Sia Sia Menunggu, Lepas Hampir 1 Tahun Hilang Akhirnya Liiana Rosli Dedah Dapat Balik Ig Dia. Siapa tak kenal akan usahawan sensasi kita ni, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli bersyukur apabila akaun asal Instagramnya, @lianarosli_official sudah pun diterimanya kembali selepas dipercayai digodam hampir setahun lalu. Perkara berkenaan dimaklumkan pempengaruh yang juga anak dramatis senior, Normah Damanhuri itu menerusi satu entri di Instagram. “Alhamdulillah, syukur IG dapat balik dah,” tulisnya ringkas menerusi akaun yang mempunyai kira-kira 437,000 pengikut itu. Menerusi hantaran sama, Kak KM dilihat sedang bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang. Sementara itu di ruangan komen, ramai yang turut bersyukur dan ramai turut teruja apabila Kak KM mula memuat naik video dan foto di akaun asalnya itu.

Antarannya; “Ya Allah!! Yeahhh alhamdulillah!!!”, “Yeah berkat sabar.”, “Yay Kak KM is back.”, “Omg! Rindunya kak sayang dan akaun ni.”, “Akak dah lama tak tengik. Tahniah liana cahaya mata yang comel.” Terdahulu, meski akaun utamanya digodam sebelum ini, Kak KM tetap aktif di akaun sementara yang kini mengumpul seramai lebih 165,000 pengikut. Sekadar info, Kak KM baru sahaja menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Cinta Carissa. Terdahulu, Kak KM dan suami dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Sumber, media hiburan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.