Kesoh pasal Mawar Karim enggan bayar hutang, Sekali usahawan ini bongkar perkara sebenar individu yang buat cerita tentang dirinya

artis

Baru baru ini tular di media sosial menyatakan Usahawan Mawar Karim bakal berdepan ti.ndakan pengisytiharan b.ankrap jika gagal untuk melunaskan hutang yang dipinjam olehnya daripada seorang sahabat. Memetik laporan sebelum ini, Mawar dikatakan ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM 720,000 dariapada kenalan bernama Nabil Mat Yahya untuk memulakan perniagaannya. Menurut peguam mewakili pihak Nabil, Nik Zarith, Mawar gagal melunaskan hutang tersebut secara ansuran dalam tempoh tujuh bulan, bermula tarikh pinjaman iaitu 7 Jun 2021 mengikut perjanjian bertulis.

Bagaimanapun, selepas 10 bulan bekas isteri kepada Fizo Omar itu g.agal melangsaikan hutangnya dan satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada jawapan. Pihaknya kemudian memfailkan tuntutan sa.man di M.ahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu. Sementara itu, Nik Zarith berkata sehingga hari ini anak guamnya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak Mawar dan kali terakhir mereka berhubung pada Oktober tahun lalu.

Mawar Tampil Beritahu Sesuatu

Walaubagaimanapun, Mawar tampil beritahu sesuatu berkenaan i.su ini menerusi IG Story di akaun Instagram miliknya. Usahawan selebriti itu mengatakan bahawa seolah-olah ada individu yang digelarnya S cuba cari pasal dan membuat cerita b.uruk tentang dirinya seperti yang tular di media sosial. Mawar juga turut mengatakan berita yang tular pasal dirinya ini dilakukan S adalah untuk memalukan namanya. Sumber, online malaya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.