Teruk kena kritik sebab menganggu privasi, sekali individu ni tampil bongkarkan kejadian sebenar yang terjadi

artis

Nama penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi sebutan hangat di media sosial sejak beberapa hari ini. Bukan sahaja kerana tersenarai dalam Top 100 Most Awarded Musician of All Time, tetapi disebabkan kelakuan seorang peminat fanatik. Seorang wanita dikritik warganet selepas merakam momen ketika Siti sedang mengeluarkan wang di mesin ATM. Menerusi video yang dimuat naik di akaun yanaothmannn, pengguna itu memberitahu individu tersebut adalah peminat Siti yang juga merupakan kakaknya. Dalam rakaman itu, wanita itu memanggil nama anak Siti, Siti Aafiyah yang ketika itu turut sama menemani.

Tindakan itu dianggap keterlaluan kerana menganggu privasi dan ketenteraman penyanyi berusia 43 tahun itu yang sedang menjalankan urusan peribadi di ATM. Malah, secara tidak langsung membuatkan Aafiyah menjadi takut selepas ditegur secara tiba-tiba oleh individu tidak dikenali. Perkongsian itu menerima pelbagai respon dan rata-rata wargamaya menyelar sikap wanita tersebut yang tidak sensitif. Selepas teruk dihntam, pengguna akaun terbabit dilihat menutup ruangan komen. Berani tampil menjernihkan keadaan, wanita berkenaan memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan oleh mereka berdua. Katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram IG, keterujaan bertemu dengan pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu mengaburi segalanya sehingga lupa akan privasi.

T.indakan seorang wanita berkongsi video teruja dapat berjumpa dengan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengundang rasa kurang senang warganet. Menerusi aplikasi TikTok, pengguna akaun Yana Othman memuat naik video kakaknya teruja dapat bertemu Siti dan anaknya iaitu Siti Aafiyah semasa berada di mesin pengeluaran wang ATM, baru-baru ini. Namun, tindakan wanita berkenaan merakam video ketika Siti sedang mengeluarkan duit menerima kritikan warganet kerana dilihat menganggu privasi penyanyi berkenaan. “Kisahnya kakak saya nak keluarkan duit kat ATM, mula-mula tak perasan itu TokTi. Tapi bila nampak Afiyah baru perasan, tak ada niat pun nak ganggu privasi. “Hanya sekadar berkongsi momen berjumpa dengan Tok Ti dan kami sedar ada benda yang semua kita boleh kongsi,” katanya. Dalam pada itu, Yana yang mewakili kakaknya memohon maaf jika video dikongsi dan tindakan kakaknya itu mengundang rasa kurang senang orang ramai. Kredit, Mstar/IG

Leave a Reply

Your email address will not be published.