Katanya beli rumah harga 1juta, sekali ada pula individu yang kantoikan pasal rumah Aisaar Khaled

artis

Bulan lalu, perkongsian personaliti media sosial, Aisar Khaled menjadi perhatian ramai apabila berjaya membeli rumah sendiri pada usia 22 tahun. Aisar berkata rumah kondominum mewah berharga RM1 juta yang dibelinya itu terletak di tengah-tengah pusar bandar Kuala Lumpur. Menerusi satu video, Aisar turut dilihat menandatangani dokumen serta menyerahkan bayaran secara tunai kepada seorang wanita dipercayai agen rumah. Bagaimanapun, tular sejak semalam di media sosial apabila beberapa warganet mendedahkan dokumen yang ditandatangani Aisar bukanlah dokumen membeli rumah, sebaliknya ia adalah ‘tenancy agreement’.

Kata warganet lagi, tidak pernah dibuat orang membeli rumah tetapi membuat pembayaran secara tunai kepada ejen. Seperti sudah dijangka ramai mengecam Aisar kerana menipu. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Aisar mengenai dakwaan warganet itu. Terdahulu, Aisar berkata dia membuka syarikat berasaskan perlaburan untuk membantu anak muda berjaya serta memiliki harta di usia muda. Aisar Khaled merupakan antara pempengaruh yang sering diberikan perhatian serius oleh pengguna laman sosial kerana kandungan konten yang dikongsinya, penuh sensasi. Namanya juga seakan sudah sinonim dengan kontroversi.

Namun, pada masa sama harus diakui pintu rezekinya terbentang luas dalam bidang lakonan mahupun ulasan berbayar di media sosial. Kenali pencipta kandungan (content creator) viral, tinggi lampai ini menerusi 10 butiran mengenainya. Aisar berumur 21 tahun (2021) dan dilahirkan pada 6 Ogos 2000. Sebelum berlakon, wajahnya dikenali sebagai personaliti media sosial yang aktif sejak di bangku sekolah menengah. Di ketika itu dia kerap menjalankan promosi untuk kempen dan jenama produk. Michael Ang merupakan pengarah pertama yang menyuntingnya sebagai pelakon seterusnya membuka jalan kepadanya menceburi seni lakonan menerusi drama sulung, Chandelier. Lain-lain drama yang mengetengahkan bakatnya sebagai pelakon termasuk Lelaki Lingkungan Cinta, Misteri Wak Leman dan Ijam, juga filem Gila Gusti dan Hantu Kelima (Astro First).

Pernah melangkahkan kaki ke sesi ujibakat Pencarian Hero Remaja musim 2020 dan 2021, namun belum lagi mendapat peluang untuk beradu nasib sebagai peserta. Kerjayanya mendapat sokongan kuat daripada ahli kelab peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Aistars’. Aisar dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan Instafamous, Syasya Rushdiena, namun pertalian yang dijalinkan itu katanya tidak lebih daripada sekadar rakan. Meminati wanita yang bertudung, ‘talkative’, mahir memasak serta memahami karier yang diperjuangkan. Namun dirinya masih belum meletakkan soal cinta sebagai keutamaan kerana faktor usia yang muda. Tidak hanya Aisar, adik beradiknya yang lain iaitu dua abangnya yang dikenali dengan nama Aus Khalid dan Anas Khalid, juga membina pengaruh yang tersendiri di media sosial. Jumlah pengikut Instagram (IG) beliau kini mencecah 530,000, sementara akaun TikTok pula mengumpul 350,000 pengikut. Langganan di saluran Youtube melebihi 457,000! SUMBER CARI FORUM, https://iluminasi.com/

Ibu Tiri Pergi Menghadap Illahi, Aisaar Khaledd Muat Naik Satu Video Buat Warganet Sedih. Khabar duka menimpa pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled selepas memaklumkan ibu tirinya Rahayu Muhammad telah kembali ke rahmatullah pada pagi Rabu. Berita mengenai pemergian itu dikongsikan oleh Aisar menerusi sebuah hantaran di laman Instagram. Menurut pelakon drama Chandelier ini, meskipun agak berat baginya untuk menerima pemergian tersebut, namun dia tetap reda dengan segala ketentuan yang telah diaturkan oleh Sang Pencipta. “Perginya seorang ibu yang tercinta. Ibu tiri saya (Rahayu Binti Muhammad) telah pergi ke rahmatullah pada Subuh 3 ramadhan pagi tadi . “Baik sangat orangnya Allah lebih sayang mummy. Yang hidup pasti akan pergi, bersiap sedia banyakkan amalan.

“Mintak sahabat semua sedekahkan Al-fatihah,” tulisnya sebak. Dalam pada itu, Aisar turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa bersedia  berhadapan dengan pemergian dengan memperbanyak amal ibadah. Menerusi entri berasingan, bintang berusia 22 tahun ini turut berkongsi sepotong video sewaktu dia menyempurnakan ibu tirinya itu di tanah prkbrn. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa dukacita selain turut menitipkan doa semoga ibu tiri Aisar ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Klik sini untuk lihat video.

“Inalillahiwaiina hirojiun. Semoga Allah beri rahmat kepada allahy4rhamah Dan semoga doa menjadi penghubung. Semoga bertemu kembali di akhirat kelak. “Baik orangnya, pergi menghadap illahi dalam bulan Ramadan. Semoga rhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. “Innalillahiwainnailaihirojiun.. semoga allah meletaknya dikalangan orang yang beriman. “Al-fatihah. Stay strong Aisar! Tahu Aisar kuat. Moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. “Ya Allah rasa baru tengok video masak bersama. Ibu pergi di bulan yang mulia. Be strong Aisar,” antara komen-komen warganet di laman Instagram. Setakat ini, video yang dikongsikan di laman Instagram itu telah pun meraih lebih 100,000 jumlah tontonan selain turut dihujani komen-komen warganet. Sumber, MH

Aisar Khaled Kali Ni Teruk Dikritik Oleh Warganet Lepas Muat Naik Content Tayang Duit, Sekali Komen Wak Doyok Paling Win. Sebut saja nama Aisar Khaled, pasti ramai mengenali influencer kontroversi itu. Apa saja konten yang dibuat pemuda itu pasti akan menjadi perhatian ramai. Baru-baru ini, Aisar ada memuat naik content terbaru di akaun Tiktok miliknya memaparkan kehidupan sebagai orang bujang. Bagaimanapun, Aisar sekali lagi dikritik oleh wargaet yang kurang senang dengan konten tersebut. Mana tidaknya, menerusi video itu Aisar seolah sedang mengeluh ketika membuat peti sejuk di rumahnya dan ada sebiji telur. Namun, apa yang lebih menjadi perhatian apabila peti sejuknya itu dipenuhi dengan bungkusan duit RM1. Bukan itu saja, dia kemudian mahu mengambil kasut dan membancuh teh, namun memaparkan banyak longgokan duit.

Perkongsian Aisar itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang mengkritik tindakan pemuda itu seolah menunjuk-nunjuk. Video itu turut dimuat naik oleh pengguna Twitter dengan menulis kapsyen menyindir Aisar bahawa pemuda itu akan membuat permohonan maaf seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini. Dalam pada itu, ada segelintir warganet tidak faham apa sebenarnya motif di sebalik video itu. Malah, ada yang menegur tindakannya itu boleh mengundang bahaya lebih-lebih lagi jika ada individu yang berniat jahat. Dalam pada itu, Wak Doyoh ada tinggalkan satu komen seolah menyindir “Kena kritik mintak maaf, tunjuk solat. Pastu buat lagi mintak maaf tunjuk solat. Begitulah seterus nya sampai abg jamil mmps..” tulis Wak Doyoh. Apa kata anda, Kongsikan bersama kami.

Aisar Khaled mohon maaf terlajak perbuatan. Pelakon dan pempengaruh, Aisar Khaled tampil memohon maaf selepas tindakannya menjadikan pemergian Siti Sarah sebagai kandungan dalam video YouTube. Permohonan maaf itu susulan warganet mempertikai serta mengkritik kerana tidak memikirkan sensitiviti serta kesedihan yang ditanggung keluarga arwah. Dia juga akhirnya memadam video terbabit. Dalam kenyataannya, dia mengakui sangat menyesali tindakan itu kerana tidak berfikir panjang mengenainya.

“Saya sudah pun padam video terbabit. Saya minta maaf sangat-sangat atas tidak berfikiran jauh sebelum memuat naik video terbabit. “Oleh hal demikian, saya tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Minta maaf lagi sekali, sedar kesilapan saya,” katanya. Menerusi videonya itu, Aisar dilihat turun dari kereta dinaikinya dan meluru ke arah pagar pusara tempat Siti Sarah diuruskan . Namun, dia kemudian berpatah balik berjalan ke kereta semula. Penularan video terbabit sekali gus mencetuskan kemarahan ramai. Rata-rata warganet menyifatkan tindakannya itu sangat biadap serta menangguk di air keruh. Video berkenaan juga meraih jumlah tontonan lebih 90,000 selepas empat jam dimuat naik. Ia juga mendapat lebih 10,000 tanda suka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.