Hampir beberapa tahun rahsiakan pasal keluarga, akhirnya Mira Natasya tampil bongkarkan siapa sebenarnya ayah dia

artis

Bintang baharu, Myra Natasya rupa-rupanya ialah anak tunggal bekas penyampai radio popular, Halim Othman, 56. Menurut Myra, 27, yang juga finalis Dewi Remaja 2019/2020 itu kepada Harian Metro, sudah tiba waktu sesuai untuknya mendedahkan mengenai perkara tersebut. “Selama tiga tahun ini, saya ‘menutup kemas’ identiti ayah kerana menghormatinya yang selama membina nama sebagai penyampai radio dan pengacara, memang tidak pernah buka mulut bercerita mengenai kisah peribadi dan keluarga. “Malah, pada awal pembabitan dalam karier seni ini pun, ayah kurang setuju kerana bimbangkan diri saya. Tapi, selepas dia menonton saya mengacarakan Didik TV, banyak ilmu dikongsikannya.

“Dia pun nampaknya bangga dengan saya kerana mampu berusaha untuk menapak dalam karier ini dengan bakat sendiri tanpa bergantung dengan namanya. Saya sayang dan menghormati ayah,” katanya. Dia pada masa akui sudah memaklumkan kepada bapa untuk berkongsi perkara sebenar apabila ada orang bertanya. “Hubungan saya dengan ayah memang baik, walaupun saya tahu dia kurang selesa berkongsi kisah peribadinya dulu kepada media. Malah, dia kalau bercakap pun suka berkongsi kisah semasa atau politik. “Tapi, saya dah cakap dengan dia akan beritahu siapa saja yang tanya. Dia faham dan harapan saya ingin berjaya dalam karier ini,” katanya. Selain makin aktif dalam seni, Myra juga merupakan tenaga pengajar sukan sorak untuk beberapa sekolah menerusi syarikat ditubuhkannya.

Difahamkan, Myra atau nama sebenarnya, Yusmyra Natasya ialah anak Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47. Sementara itu, pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, 56, turut mengulas berhubung keterbukaan hatinya untuk membenarkan anak tunggal itu mendedahkan status sebenar pertalian di antara mereka. Halim berkata, sekarang anak perempuan kesayangannya itu juga sudah matang dan pada masa sama semakin rancak membina nama sebagai seorang selebriti di atas usahanya sendiri. ” Ini adalah masanya yang tepat. Sebelum ini saya tak mahu dia terikut sekali jadi selebriti. Saya mahu dia beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran.

”Jadi, tak mengapalah untuk dia bercakap tentang kami sekarang. Lagipun, selama ini saya cukup berpegang dengan prinsip diri, seboleh-bolehnya saya tidak gemar kisah peribadi diceritakan kepada umum. ”Terutamanya, apabila ia juga membabitkan ‘privacy’ orang lain. Myra pula membesar dalam jagaan ibunya. Jadi, saya harus hormati ‘privacy’ ibu kepada anak saya juga,” katanya ekslusif kepada HarianMetro. Menurut bekas pengacara Roda Impian itu, dia juga berasa adalah lebih baik tidak mendedahkan anaknya kepada dunia seni ketika usia muda. Katanya, dia memang inginkan Myra fokus kepada pelajaran tanpa sebarang gangguan.

”Apapun, saya sangat bangga dengannya. Dia melakukannya 100 peratus sendiri! Saya cuma ada berikan tip juga pada dia mengenai uji bakat dan pengacaraan. Bagaimanapun, perkara utama saya ingatkan dia jaga kesihatan. ”Mungkin dalam beberapa tahun ini banyak tawaran yang datang untuk dia majukan diri. Tapi, saya ingatkan dia kena tahu yang ada masa kerja keras, ada masa ‘slow down’ termasuk belajar agar dia benar-benar boleh menikmati apa yang dilakukannya. ”Harapan saya kepada Myra, semoga dia nikmati perjalanan ini dengan merendah diri, sentiasa ingin belajar dan meningkatkan kualiti persembahan, serta tidak lupa membaca sekurang-kurangnya satu buku setiap minggu dan kurangkan gosip,” katanya. Semalam, Harian Metro melaporkan bekas peserta Dewi Remaja 2019, Yusmyra Natasya atau Myra yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan akan muncul dengan drama Republik Gombak di TV3 adalah anak tunggal Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47. Komen warganet: “Selama Ini Kita Ingat Dia Bujang”- warganet Terkejut, Rupanya Halim Othman Pernah Berkahwin

Berikut Sedikit Info Dan Biodata Myra Natasha. Nama lahirnya, Yusmyra Natasha binti Abdullah. Ingin dikenali sebagai Myra Natasha atau Myra yang juga merupakan nama komersialnya. Berusia 24 tahun (2019). Berasal dari Kuala Lumpur. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @nananattasya sehingga kini sudah mengumpul lebih 4,000 pengikut. Boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih. Pernah mencuba nasib dalam ujibakat Dewi Remaja tahun lalu, namun gagal berada dalam kalangan Top 20. Tahun ini rezeki berpihak kepadanya apabila terus mara sebagai peserta Top 12. Bekas atlet cheerleading kebangsaan. Masih menceburi secara aktif dalam bidang ‘cheerleading’ yang mana beliau turut mempunyai akademi cheerleading sendiri bernama Elite Cheer Academy. Bertugas sebagai jurulatih cheer di beberapa buah sekolah di dalam negara. Sumber, Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.