Diana Danielle terkejut bila lelaki datang ketuk pintu kereta, Rupanya ini yang dilakukan oleh lelaki itu

artis

Siapa tak kenal akan pelakon cantik berdarah inggeris ini. Baru baru ini Diana Danielle berkongsi detik cemas apabila dia dihampiri seorang lelaki yang datang meminta wang kepadanya baru-baru ini. Menerusi laman Twitter, Diana menceritakan bahawa lelaki tersebut datang mengetuk pintu keretanya lalu meminta wang sebanyak RM50.00. Malah, dia turut bertanya kepada warganet adakah dibenarkan menolak untuk menghulurkan sedekah jika berasa was-was disebabkan insiden cemas itu. “Nak tanya kalau was-was, takpe ke kalau kita tolak untuk menghulur sedekah”. Ada insiden lelaki ni tiba-tiba ketuk pintu kereta lepas tu cerita laju panjang pastu minta RM50” kata Diana Danielle. Tambahnya lagi, Diana akui terkejut dengan tindakan lelaki itu yang meminta jumlah spesifik yang dan menyangka dirinya bakal diragut oleh lelaki yang mencurigakan itu. “Terkejut sebab dia minta specific amount dan hati rasa ragu-ragu. Sikit lagi ingat nak kena ragut dah.”-Kongsi Diana

Pelbagai Reaksi Warganet

Di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan plbagai reaksi mereka termasuklah ada yang meminta Diana untuk menjaga keselamatan diri. Antaranya “Banyak lagi tempat untuk orang tu minta tolong. Tak perlu ketuk kereta orang. So be safe than sorry.” “Jangan buka tingkap. Terus lock.” “Kalau ikut pengalaman yang cerita panjang-panjang ni scammer je selalunya yang betul-betul susah nak bercerita pun payah, apatah lagi nak meminta-minta. “Safety first. Islam teaches that.” Jaga keselamatan semua. Adalah dibenarkan untuk menjadi insan yang pemurah namun keselamatan diri adalah lebih penting dari segalanya. Sumber, murai

Diana Danielle nak jumpa pakar psikatri. Kuala Lumpur: Pelakon Diana Danielle, 30, memutuskan untuk berjumpa pakar psikiatri dalam masa terdekat ini bagi mengenal pasti sama ada dia menghidap sakit Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD). Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkata, dia mengalami kecelaruan fungsi kognitif dan tujuan utamanya mengenal pasti hal itu adalah demi anak-anak. “Saya akan menjalani penilaian (psikiatrik) pada 29 November ini.

Susah saya nak terangkan keadaan yang saya alami. Ia membabitkan fungsi kognitif seperti kehilangan memori contohnya hilang barangan. “ADHD ini membuatkan fokus saya lari dan tidak tentu. Saya ingin lakukan banyak perkara membuatkan saya kasihan kepada anak-anak. Sebagai ibu, saya mahu jadi seorang yang boleh diharap. “Saya mahu anak-anak saya boleh bergantung harap kepada saya. Kekuatan itu saya dapat daripada anak-anak saya. Saya mahu jadi lebih fokus kepada apa yang mereka buat dan berada di samping mereka dengan mental kuat,” katanya.

Diana yang juga penyanyi mendedahkan dia sebenarnya sudah menyedari perkara itu sejak remaja. Malah, ramai rakan terdekatnya turut berkongsi perkara sama. “Saya suka membaca jurnal dan terdedah kepada fakta yang boleh guna dan kaitkan dengan diri sendiri. Saya syak perkara itu sejak remaja tapi ambil masa yang lama sebab nak jujur dengan diri sendiri. “Macam kawan-kawan selebriti saya yang lain pun cakap perkara sama. Kadang-kadang mereka sudah lama tahu simptom itu, tapi untuk mereka ke depan berjumpa orang, kadang-kadang mereka tak tahu saluran yang betul, boleh percaya siapa, risaukan kos dan tak mahu bergantung kepada ubat. “Sebenarnya perkara ini kena ada kesedaran sendiri. Saya tahu ramai orang takut nak jujur dengan diri-sendiri. ADHD ini bukannya susah nak kenal. Ramai yang ada tetapi mereka tak tahu,” katanya.

Diana bagaimanapun tidak risau sekiranya benar dia disahkan menghidap ADHD, sebaliknya dia lega sekiranya mendapat tahu kebenaran. “ADHD ini senang sebab ia bukan tak boleh diubati. Ada satu ubat yang boleh kuatkan fokus kita dan ia bukan kecelaruan susah atau besar bagi saya. “Saya tidak terlalu risau mengenainya. Apabila kita sudah tahu, kita boleh kawal jangkaan kita dan tidak susahkan diri. Kalau kita tak tahu, kita akan salahkan diri sendiri,” katanya. Sumber, harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.