Chef Ammar sebak dan menangis ketika dalam live, Rupanya beliau tidak tahan dikritik teruk oleh sesetengah warganet

Viral

Umum lagi kita ketahui baru baru ini tularnya isu berkaitan makanan mahal yang dijual tukang masak terkenal, Chef Ammar, perniagaan beliar dilihat semakin mendapat sambutan dari orang ramai. Walaubagaimanapun, masih ramai yang sering menyuarakan pendapat tidak berpuas hati, atas harga makanan yang disifatkan sebagai harga kayangan. “Saya tak ada cakap burukkan Melayu, tak apa lah nak kata saya macam2, saya meniaga kerana Allah”. Tertekan dan sedih sering dikecam warganet, semalam Chef Ammar telah membuat live di Tiktoknya dan sempat direkod oleh @siakap3rasa, menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi sambil menangis hiba.

Dalam video, Chef Ammar menyatakan bahawa dia sama sekali tiada niat memburukkan kaum Melayu malahan berniaga dengan niat Ibadah, kerana Allah. “Perniagaan ni tough, saya pernah mintak emas kat isteri, dia bagi tanpa tany”. Akui bidang perniagaan yang diceburi telah melalui fasa sukar dan hampir ‘jatuh’, Chef Ammar meluahkan penghargaan tidak berbagi buat isteri tersayang kerana setia bersamanya dalam susah dan senang. Bercerita penuh sebak, dia berterima kasih buat insan bernama isteri kerana sanggup berbuat apa saja demi melihat suaminya kembali ke landasan perniagaan hingga kini dikurniakan rezeki 100 kali ganda. “Bagusnya bila suami menghargai isteri”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak mendengar luahan hati Chef Ammar di samping memberi sokongan tak berbelah bagi buat tukang masak tersebut yang disifatkan sangat berbakat dalam menghasilkan produk makanan berkualiti. Dalam pada itu, ramai juga yang terharu dengan perkongsian beliau mengenai isterinya, apabila dia sangat menghargai dan menyayangi isterinya yang sanggup berbuat apa sahaja dalam meniti kehidupan sehari-hari bersama. “Yang kata mahal tu mesti tak pernah beli barang dapur…”

Petik Nama Melayu, Individu Ini Tegur Chef Ammar, Tulis Surat Terbuka

Terkilan harga makanan dikritik mahal seperti Tel Aviv, Chef Ammar menerusi sesi live menunjukkan bukti kepada pengikut bahawa dia hanya menggunakan barang berkualiti dalam masakannya. Chef ini dipercayai turut membandingkan cara penyediaan makanannya dengan kebanyakan tukang masak Melayu di luar sana. Perkara ini telah menimbulkan rasa kurang senang seorang individu. Di Twitter dia telah menulis satu surat terbuka memberi teguran kepada Chef Ammar supaya lebih profesional. Menurut Mohammad Faeez Harith, dia merasakan Chef Ammar berhak marah di atas segala kritikan warganet namun dia tidak bersetuju apabila Chef Ammar mula membandingkan dan menempelak segelintir peniaga Melayu.

Jelasnya perbandingan itu sukar diterima kerana ada je dapur di bawah seliaan tukang masak Melayu yang mempunyai tadbir urus yang baik. Katanya lagi, tindakan Chef Ammar itu seolah-oleh memukul rata semua tukang masak Melayu dan ianya adalah tidak wajar. Oleh itu, dia harap Chef ini boleh bersikap lebih profesional dan tidak menimbulkan isu perkauman dalam menjawab kritikan. Individu ini berharap para pengkritik dapat memohon maaf kepada Chef Ammar dan Chef Ammar juga memohon maaf kerana telah memerli peniaga Melayu secara pukul rata. Dia sendiri meminta maaf kerana terpaksa memberi teguran. Sumber, Rose merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.