Ini yang ditunggu tunggu oleh rakyat, semakan pengeluaran 10k boleh disemak mulai tarikh ni

berita

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh mula membuat semakan permohonan pengeluaran khas mulai 9 April 2022. Semakan permohonan ini dibuka bagi melibatkan permohonan Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac 2022 yang lalu. Untuk makluman, tujuan kerajaan memberikan kebenaran pengeluaran khas ini adalah untuk membantu pencarum yang terkesan akibat pandemik COVID-19 selain bagi memenuhi keperluan mendesak pada hari ini. Namun, adalah dinasihatkan pencarum mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa hadapan dan hanya mengeluarkan simpanan sekiranya benar-benar perlu.

Bagi pencarum yang membuat permohonan, amaun pengeluaran yang dibenarkan bagi pencarum yang memohon adalah minimum RM50 dan amaun maksimum sebanyak RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. ika simpanan akaun 2 tidak mencukupi, akaun 1 akan digunakan mengikut jumlah permohonan. Pemohon yang berjaya akan menerima amaun bayaran yang dipohon dalam 1 bayaran sahaja mulai 20 April 2022. Sebarang pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan dan bayaran pengeluaran khas adalah diutamakan berbanding pengeluaran lain. Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh KWSP bagi adalah seperti berikut. Ahli KWSP berumur 55 tahun dan ke bawah. Warganegara dan bukan warganegara Malaysia termasuk pemastautin tetap. Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150. Untuk membuat semakan permohonan mulai 9 April 2022, pemohon boleh membuat semakan melalui pautan https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Sumber, Semak

Maklumat Terkini, KWSP Tampil Umum Cara Pengeluaran RM10k Akan Diberikan Secara Bulanan Atau Serentak. Kebiasaannya peraturan biasa yang perlu dipatuhi oleh setiap pekerja adalah tidak menyentuh dana persaraan mereka, tidak kira apa juga yang berlaku. Namun begitu, bukan semua orang memiliki kemampuan kewangan untuk bertahan dengan kejutan ekonomi yang diakibatkan oleh peristiwa besar seperti pandemik CVDI9 dan langkah sekatan pergerakan untuk membendungnya. Ekonomi Malaysia terjejas teruk gara gara daripada penularan pandemik dengan kadar pengangguran naik mendadak kepada 5.3 peratus pada Mei 2020. Bagaimanapun, impak ekonomi mula berkurangan pada suku keempat 2021 apabila kadar pengangguran susut kepada 4.3 peratus pada suku terbabit, paras terendah sejak pa.ndemik itu melanda negara, apabila permintaan terhadap tenaga kerja meningkat kembali di tengah-tengah pemulihan e.konomi.

Kerajaan sebelum ini bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP membuat pengeluaran khas sebanyak RM 10,000. Dalam sidang media khasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi e.konomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru, hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM 10,000,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen. Ismail Sabri berkata, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP berkenaan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP. Beliau menegaskan bahawa keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP itu adalah keputusan yang sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan. Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM 101 bilion, melibatkan 7.34 j.uta pencarum sejak pandemik CVDI9 melanda negara dua tahun lalu. Katanya, walaupun kerajaan memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP, namun beliau merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya. Pada 15 Januari lalu, M.enteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, lebih ramai ahli KWSP akan bersara di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan PGK sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran tambahan. Malah katanya, hampir separuh daripada ahli KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM 10,000 dan 55 peratus daripadanya terdiri daripada Bumiputera.

KWSP Umum Informasi Baru

Berikut adalah informasi ringkas berkenaan Pengeluaran Khas. Nantikan informasi terkini yang akan dikongsikan dari semasa ke semasa. Sumber, BH. PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.