Pertama kali puasa sebagai isteri, Zizi Kirana dedah ada sesuatu yang buat dia bimbang

Viral

Tahun pertama bergelar isteri, Zizi akui terasa berbeza. Tahun pertama berpuasa sebagai seorang isteri, penyanyi Zizi Kirana akui bimbang tidak dapat menyediakan juadah yang terbaik buat suami waktu bersahur dan berbuka. Bagaimanapun Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 37, berasa lega apabila suaminya Yusuf Bahrin bukanlah seorang lelaki yang cerewet.

“Beberapa minggu sebelum puasa saya sudah mula risau. Adakah perlu sediakan 10 juadah berbuka dan bersahur untuk suami? Seminggu sebelum puasa, suami beritahu dia seorang yang simple dan hanya ambil makanan ringan seperti roti ketika bersahur. Lega juga rasanya kerana tidak perlu terlalu fikir bab makanan. Tetapi saya akan pastikan sentiasa menjaga makanan suami kerana itu tugas isteri,” katanya.

Yusuf tidak cerewet memilih makanan

Bercakap tentang pilihan lokasi dan juadah berbuka, kata Zizi, dia lebih senang memasak di rumah dan hanya membeli sedikit juadah tambahan untuk berbuka. Disebabkan dua tahun terbiasa berbuka di rumah sebelum ini akibat pandemik CvdI9 dan Prnth Kawalan Pergerakan (PKP), Zizi akui masih ada rasa ragu-ragu untuk ke tempat yang ramai orang.

Rasanya saya masih ada perasaan paranoid untuk berada di kawasan yang terlalu ramai orang

“Rasanya saya masih ada perasaan paranoid untuk berada di kawasan yang terlalu ramai orang. Mungkin sudah biasa tidak bersesak seperti sebelum ini. Jadi saya lebih selesa di rumah. Keluar hanya jika perlu sahaja,” ujarnya. Ramadan tahun ini juga dimanfaatkan sebaik mungkin untuk tingkatkan amal ibadah selain mahu memberi fokus kepada pengurusan keluarga.

Zizi tidak ambil banyak tawaran kerja sepanjang Ramadan.

Disebabkan itu Zizi sudah memaklumkan kepada pihak pengurusan kerjayanya agar tidak menerima terlalu banyak tawaran kerja sepanjang Ramadan. “Sebelum Ramadan saya sudah beritahu pengurus supaya tidak mengambil terlalu banyak kerja. Inilah masanya untuk saya fokus kepada keluarga dan melakukan ibadah. Kita tidak tahu adakah akan bertemu dalam Ramadan akan datang, jadi manfaat peluang ini untuk melakukan lebih banyak kebaikan,” jelasnya. Untuk rekod Zizi dan Yusuf bernikah pada 19 September tahun lalu di Kuala Lumpur. Sumber, Mstar

Malu Untuk Bersanding, Zizi Kirana Pilih Untuk Adakan Majlis Ringkas

Memang tak asing lagi peminat dengan penyanyi rapper popular Zizi Kirana. Baru baru ini Zizi ditemuramah oleh harian metro menyatakan dirinya “Malu kami nak bersanding.” Demikian jawapan penyanyi terkenal, Zizi Kirana ketika ditanya kenapa dia dan suami juga pelakon Yusuf Bahrin tidak bersanding di pentas pelamin pada majlis Raikan Cinta Yusuf & Nur yang diadakan di Grand Kaca Wedding Hall, Durian Tunggal, Melaka, semalam. Zizi, 37, atau nama sebenarnya Nur Fazelah Md Tahil berkata, acara diadakan itu lebih kepada majlis kesyukuran bagi meraikan keluarga dan rakan terdekat. “Sebenarnya, kami lebih pada nak buat majlis kesyukuran dan santai saja. Jadi, kami mahu raikan dengan kaum keluarga dan rakan terdekat. Lagi pun, kami malu bersanding. 

Katanya lagi, “Dari awal lagi kami memang nak majlis ini santai, tetamu datang makan, berjumpa, bergambar dan dengar persembahan qasidah. “Semalam itu ada keluarga saya datang dari Sabah, keluarga Yusuf, kawan-kawan, anak tahfiz dan beberapa tetamu kenamaan (VIP). Memang itu saja jemputan kami. Persembahan pun daripada kumpulan qasidah Ar-Rayyan saja. Pentas yang ada memang untuk qasidah. Selesai majlis, baru kami bergambar dengan keluarga di pentas,” katanya kepada Harian Metro. Zizi yang baharu melancarkan single Pijak berkata, tetamu yang hadir semalam turut bertanya kenapa mereka tidak bersanding. “Semalam, masuk dewan kami terus duduk di meja makan beradab. Orang ingat terus ke pentas, tapi tak ada. Memang kami nak macam itu saja. Selalu dah naik pentas. Kali ini, nak lebih bermesra dengan tetamu kami. “Sampai kumpulan qasidah pun terkejut dan tanya kami tak sanding ke?. Sebab pentas memang untuk mereka saja dan saya menyanyi pun di tepi saja,” katanya.

Sementara itu, Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin berkata, dia dan Zizi sudah memasang niat lebih kepada majlis kesyukuran. “Kami buat majlis tu bukan acara resepsi untuk persandingan kami. Saya dan Zizi niat nak berkumpul dengan keluarga dan sahabat handai saja. “Lebih kepada nak meraikan tetamu yang sudi hadir. Selepas semua sudah selesai baru kami naik pentas untuk bergambar dengan keluarga dan rakan-rakan,” katanya. Pada majlis itu, pasangan sejoli berkenaan mengenakan persalinan rekaan pereka Shanell Harun dan ditatarias oleh Sharhim Khan. Terdahulu, pasangan itu berkahwin pada 19 September tahun lalu. Sumber, metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.