Rossa Sera muat naik rakaman luahkan sesuatu, Sera siap dedahkan apa sebenarnya yang dia mahukan

Viral

Kemelut rumah tangga pelawak dan pengacara kontroversi iaitu Shuk Sahar dan Rossa Sera masih belum menemui noktah. Malah sebelum ini juga, Sera pernah memuat naik satu video di media sosial memaparkan anak perempuannya yang meluahkan rasa rindu terhadap bapanya, Shuk Sahar.

‘Aku lah ibu dan aku lah bapa’

Terbaru, pemilik nama Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkongsi satu video di Instagram memaklumkan bahawa dia mahukan yang terbaik buat anak-anaknya meskipun apa yang dilakukannya selama ini disalah tafsir oleh warganet. Jelas Rossa Sera lagi, dia sangat berharap agar anak-anaknya mendapat hak dan kasih sayang yang sepatutnya. Selama ini orang cakap aku meroyan, tak move on, tak terima takdir. Tapi orang tak tahu aku buat semua ini untuk anak-anak. Aku cuma nak mereka dapat hak dan kasih sayang yang sepatutnya. Video, klik link

Peng.0rbanan aku selama ini hanya seorang diri. Aku lah ibu dan aku lah bapa. Aku hanya harapkan kesedaran itu wujud buat dia. Sementara di ruangan komen, ada di antara rakan artis dan warganet memberi kata-kata semangat buat Sera agar sentiasa kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan hidup. Mereka turut menitipkan doa agar segala urusan Sera dipermudahkan selain dapat menemui kebahagiaan kelak. Sebelum ini, Rossa Sera mendedahkan bahawa dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan perpisahan. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 3.

Komen warganet

Sumber: Rossa Sera

Hari Pertama Puasa Dah Teruk Kena Kritik, Rupanya Rossa Sera Muat Naik Video Siap Petik Nama Orang Lain Lagi

Isteri pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah sekali jadi perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video di Instagram. Menerusi video berkenaan, Rossalennah atau lebih mesra disapa sebagai Serra menyenaraikan nama-nama individu yang selalu ponteng puasa. Antara nama yang tersenarai termasuklah Afif, Danial, Aiman, Zack, Pian dan ramai lagi. “Esok jangan ponteng puasa pula,” katanya ringkas sebagai kapsyen. Namun dalam keseronokan Serra menyenaraikan nama-nama berkenaan, kebanyakan warganet tampil mempersoalkan tujuan sebenarnya video tersebut dihasilkan.

Menurut mereka, agak tidak manis untuk menghasilkan video sedemikian rupa. Malah, ramai yang tidak senang apabila menuduh orang yang tidak berpuasa. “Sedap je fitnah orang, bulan puasa ni santai-santai je tak payah nak cakap bukan-bukan”. “Content tak sesuai kenapa nak kata orang tak puasa”. “Main petik je nama, Shuk puasa penuh tak,” tulis beberapa warganet. Antara komen komen warganet. Sekadar info, Serra sebelum ini turut diperkatakan ramai apabila menyatakan wajahnya mirip aktres Thailand Tangmo Nida. Menerusi platform TikTok, Serra berkongsi sebuah video penampilan terbarunya yang kelihatan langsing berjubah untuk tatapan umum. Sumber, GEMPAK

Tak Puas Hati Isteri Makin Aktif Di Media Sosial, Kini Tak Pasal Pasal Shuk Sahar Tampil Perli Isteri

Kini nama pelawak, Shuk Sahar tidak asing lagi dengan kontroversi membabitkan isu rumah tangganya bersama isteri, Rossa Sera. Peminat masih lagi tertanya-tanya dan tidak mendapat jawapan tentang status perkahwinan mereka. Sementara itu, Rossa pula dilihat semakin aktif di media sosial. Menerusi video dimuat naik sebelum ini juga, Rossa dilihat menimbulkan tanda tanya tentang hubungan mereka. Baru-baru ini, Shuk pula ada membuat perkongsian di ‘instastory’ yang mendapat perhatian ramai setelah Shuk menggunakan ayat yang dikatakan seolah-olah sedang menegur seseorang.

Tidak dapat dipastikan kenyataan itu ditujukan kepada siapa namun sejak kebelakangan ini Shuk lebih banyak membuat ‘posting’ tentang nasihat dan pengajaran. Terdahulu, Rossa ada memuat naik ‘screenshot’ mesej dan panggilan telefon tida berjawab dipercayai daripada Shuk. Dia mendedahkan bahawa individu yang menghantar mesej itu sedang memujuk rayu selepas dia dilihat lebih gembira dengan kehidupannya kini. Sumber, Rose Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published.