Pemuda ni datang tegur Chef Ammar di bazaar stadium Shah Alam, sekali rupanya ada sesuatu yang dia mintak

Viral

Bulan puasa tahun ini jika anda perasan seperti biasa sebelum kita diperkenalkan dengan PKP. Jumlah pengunjung yang datang untuk membeli juadah berbuka puasa sangat ramai. Tidak kira di bazaar ramadan mana, memang ramai yang datang. Alhamdullilah, setelah 2 tahun peniaga kurang pendapatan tetapi tahun ini mereka dapat merasa pendapatan seperti dulu.

Tetapi satu nama yang tular sejak dari awal ramadan dan ianya tentang Chef Ammar dan nasi arabnya. Tular di media sosial baru baru ini tentang satu video dimana Chef Ammar naik angin apabila ada orang labelkan makanan dia mahal seperti harga TelAviv. Ramai yang menyokong kenyataan tersebut tetapi ramai juga yang menyokong Chef Ammar kerana produk makanan yang dikeluarkan adalah berkualiti dan bahan bahan adalah mahal premium.

“Saya tidak paksa sesiapa untuk beli. Berbelanjalah ikut kemampuan, tapi apa yang buat saya sedih dan sakit hati ialah bila mereka cakap orang Palestin jual makanan harga Tel Aviv (mahal).” Demikian luahan hati Chef Ammar Al-Ali atau dikenali sebagai Chef Ammar yang tersinggung dengan kata-kata warganet yang melabel warga Palestin tersebut menjual makanan Tel Aviv atau dimaksudkan sebagai terlampau mahal di Malaysia.

Ammar berkata, harga salah satu hidangan popularnya iaitu Nasi Arab lauk betis kambing (lamb shank) naik sebanyak seringgit menjadi RM50 berbanding harga RM49 pada tahun lalu. “Kita nak jual makanan, cuma lebihkan seringgit sahaja selepas ia dikurangkan daripada harga asal iaitu RM53. Selebihnya saya terpaksa tanggung (kos) kerana semua barang naik harga sebab saya nak beri semua orang merasa.”

Ingat Ramai Orang Tak Datang Tapi Sejak Viral Makin Ramai

Siapa sangka viral video tersebut membuatkan ramai yang ingin merasa air tangan Chef Ammar sendiri. Mereka sanggup beratur panjang dalam tempoh yang lama semata mata untuk merasa. Harga tidak menjadi masalah kerana menurut Chef Ammar sejak dari 1 Ramadan makanan selalunya habis. Jadi setiap makanan pada keesokkan harinya adalah dimasak baru dan segar.

Chef Ammar Ditegur Supaya Kawal Orang Beli

Hari ini tular di Tiktok tentang seorang lelaki datang berjumpa dengan Chef Ammar. Video ini dimuat naik oleh pengguna Tiktok @mrbukhari46. Dia meminta Chef Ammar untuk mengawal pembelian setiap pelanggan supaya orang lain yang beratur dapat merasa dan tidak pulang hampa apabila tiba tiba makanan habis. Apa yang disuarakan oleh lelaki itu kepada Chef Ammar ada benarnya. Tetapi agak susah nak kawal kerana kebiasaanya yang beratur munkin mengambil pesanan dari keluarga atau rakan rakan. Anda lihat sendiri video tersebut. Kuatkan volume untuk dengar perbualan mereka. Video, klik link Dibawah adalah komen komen warganet:

Sumber : Tiktok @mrbukhari46 & Awattsyeikhnetwork

Harga Hanya Naik Seringgit Je, Teruk Kena Kritik Akhirnya Chef Amar Tampil Dedahkan Sebab Dia Naikkan Harga

TIBANYA bulan bulan puasa, isu harga makanan di bazar Ramadan sering menjadi topik hangat dalam kalangan warganet. Terbaharu Cef Ammar Ali yang terkenal dengan menu nasi Arab lamb shank menjadi mangsa kritikan warganet kerana dikatakan menjual makanan dengan ‘harga Tel Aviv’. Menyedari namanya menjadi bahan kritikan, cef kelahiran Palestin ini berkata orang ramai sepatutnya menilai sendiri kualiti makanan yang dijual, setanding dengan harga yang ditawarkan.“Mereka kena tahu, harga barangan pun semakin naik. Saya hanya naikkan harga nasi Arab sebanyak RM1. Sebelum ini saya jual RM49, sekarang jadi RM50.

“Dalam nilai RM1 yang dinaikkan, pelbagai lagi kos dalaman perlu ditanggung. Bil elektrik tempat penyimpanan bahan mentah, barang-barang yang digunakan pun adalah premium, proses penyediaan juga dibuat teliti untuk kekalkan kualiti. “Saya tahu kerana saya terlibat daripada A hingga Z. Saya dan anak pergi pasar, dan saya jugalah yang memasak. “Saya juga ada kilang, tiga restoran, dan ada 34 pekerja yang bekerja dengan saya. Saya ada jenama yang kena maintain. Saya pun bukan baru dalam bidang ni,” katanya ketika dihubungi mStar.

Cef Ammar menambah, adalah tidak adil untuk mengatakan nasi Arab hasil air tangannya seolah-olah hidangan kayangan yang tidak mampu dinikmati oleh golongan B40. “Orang kita nak makan mantap tapi nak harga B40. Saya bukan kerajaan nak beri subsidi. Saya tak berniat untuk memandang rendah kepada mana-mana pihak, kerana saya dulu juga B40… naik kereta lama. “Tak apalah, bagi saya, yang komen ini mungkin narrow-minded, orang yang tak educated dan tak guna akal. Ambil contoh nasi lemak, ada yang berharga RM2, RM5, RM10 malah lebih mahal pun ada. Apa yang membuatkannya mahal adalah bahan-bahannya. Jadi, nak komen tapi biarlah ada style.

Proses penyediaan yang teliti dan menggunakan bahan premium. “Orang hanya nampak harga mahal, tapi tak pernah nampak apa yang kami buat. Saya berniaga ikhlas kerana Allah. Kami juga selalu sponsor untuk frontliners, sedekah pada masjid tapi kami tak sebut pun itu semua,” ujarnya lagi. Sehubungan itu pemilik Chef Ammar Xpress Souk Cafe ini sekali lagi menegaskan agar orang ramai khususnya warganet melihat daripada segenap aspek sebelum membuat komen atau tohmahan secara melulu.

“Jangan cakap fasal orang lain until you give the facts. Jangan hntam kalau tak ada maklumat. Sebelum cakap buruk, tengok barang kami dulu. Saya selalu cakap, kalau tak sedap, saya pulangkan semula duit. “Saya berani cakap macam tu sebab saya sendiri pergi pasar, saya sendiri yang masak. Lainlah kalau kami buat lebih kurang, macam kes peniaga nasi briyani tak kopek telur, letak daging pun sikit. Itu namanya dia bnh dirinya sendiri. “Kita semua mencari rezeki halal. Berhentilah buat komen fitnah, ini semua dosa besar. Sekarang bulan Ramadan, jangan buat macam ni,” katanya lagi.

Terdahulu tular dakwaan segelintir warganet yang mempertikaikan harga nasi Arab yang dijual Cef Amar di bazar Ramadan. Cef Ammar menggunakan resipi turun temurun daripada keluarganya dari Palestin. Susulan itu, Cef Amar memuat naik perkongsian video bagi menjawab dakwaan sedemikian. Menerusi video tersebut, Cef Amar turut menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan nasi Arab dan menu-menu lain. Nasi Arab hasil air tangan Cef Amar yang dijual di bazar Ramadan USJ 4 dan Seksyen 13 Shah Alam menjadi tumpuan ramai setiap tahun. Pelanggan sanggup beratur panjang demi menikmati keenakan sajian resepi tradisi dari negara kelahirannya itu. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memberikan pendapat bahawa pilihan terletak di tangan masing-masing. Sekiranya harga berbaloi dengan rasa, tidak salah untuk mencuba. Ini kerana Chef Ammar sudah mempunyai pengalaman dalam bidang masakan dan perhotelan selama berpuluh tahun, jadi memang ‘standard’ bagi harga yang ditetapkan. Sumber, MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.