Jangan memaksa diri, ibu yang tengah mengandung kena buka puasa kalau dah ada tanda tanda bahayaa ni

Info

Apabila menjelangnya Ramadan, antara yang menjadi kegusaran untuk wanita hamil pastinya persoalan adakah mereka boleh berpuasa atau tidak. Sekiranya tahap kesihatan ibu berada dalam keadaan baik dan yakin tidak membawa kemudaratan kepada diri dan kandungan, maka ibu secara umumnya adalah dibolehkan berpuasa menurut Islam. Namun, jika timbul kebimbangan mengenai masalah kesihatan dan keadaan bayi, ibu boleh membatalkan niat untuk berpuasa demi keselamatan diri dan anak yang dikandung. 

Bagi ibu hamil yang memilih untuk berpuasa, anda wajib mengetahui beberapa tips penting dan tanda bahaya ini untuk mengelakkan kesan buruk yang mungkin berlaku kepada diri dan bayi dalam kandungan. Tapi sebelum tu, pastikan anda dapatkan nasihat doktor dahulu untuk berpuasa atau tidak ya kerana doktor yang menentukan tahap kesihatan anda dan kandungan kerana keadaan mengandung bagi setiap wanita adalah berbeza. Bersahur, Tidak bersahur akan menyebabkan anda berasa lesu sepanjang hari kerana kekurangan tenaga. Jadi pastikan ibu ambil sahur ya!

Kekal terhidrat, Minum air secukupnya semasa sahur dan berbuka untuk memastikan diri terhidrat. Buah-buahan dan sayuran tinggi kandungan air juga boleh membantu ibu sepanjang berpuasa. Diet seimbang, Pilih makan yang mempunyai diet seimbang kerana menu diet ibu mengandung haruslah mempunyai nutrien mencukupi seperti karbohidrat, protein, vitamin dan serat. Kawal saiz hidangan, Makan sebanyak yang diperlukan untuk berasa kenyang tetapi ibu jangan berlebihan ya bagi mencegah penambahan berat badan atau ketidakselesaan. Kekal aktif, Melakukan senaman sederhana juga dapat membantu ibu untuk mengekalkan tahap tenaga seperti berjalan pantas atau yoga.

Dah ikuti semua tips tersebut. Ha, ibu perlu perhatikan pula dan alert dengan tujuh tanda bahaya ini ketika berpuasa semasa mengandung. Menurut Hello Doktor, ibu hamil diperlukan untuk berbuka puasa jika mempunyai tanda-tanda seperti di bawah. Mabk pagi terukIa adalah satu keadaan normal bagi wanita pada awal kehamilan untuk mengalami mabuk pagi. Situasi ini biasanya melibatkan rasa loya dan muntah-muntah. Tetapi ada kalanya mabk pagi yang dialami boleh menyebabkan anda kekurangan tenaga. Jika ini berlaku, ibu dinasihatkan untuk berbuka puasa. Sekiranya ibu berkeras untuk berpuasa, dibimbangi akan mengakibatkan kemudaratan kepada janin. Pastinya ibu tak mahu ia terjadi, bukan Jadi berbukalah.

Hilang berat badan, Kebanyakan individu, lelaki mahupun wanita, menyukai bulan Ramadan kerana apabila berpuasa ia mampu membantu menurunkan berat badan. Tetapi jika anda sedang hamil dan berpuasa, tidak mengalami pertambahan berat badan atau berat anda semakin berkurangan, ia boleh mendatangkan risiko bahaya kepada ibu dan bayi. Jika keadaan ini berlaku, segera dapatkan pemeriksaan doktor. Kurang kencing dan kerap rasa dahaga, Berasa dahaga adalah situasi normal ketika berpuasa. Tetapi bagi wanita yang berpuasa ketika hamil, berasa sangat dahaga atau kencing berwarna gelap serta berbau kuat, itu adalah tanda penyahidratan. Ia boleh menyebabkan ibu terdedah kepada risiko jangkitan saluran kencing atau sebarang masalah berkaitan kesihatan yang lain. Cara yang terbaik, elakkan berpuasa untuk sementara waktu dan perbanyakkan minum air.

Pening, Mengalami sakit kepala atau pening adalah petanda ibu mungkin berada dalam keadaan tertekan atau keletihan. Jika anda sedang hamil dan berpuasa, dan anda berdepan rasa pening, itu adalah antara tanda bahaya berpuasa yang tidak boleh diabaikan. Ini kerana pening yang dialami mungkin disebabkan hipoglikemia atau tanda kekurangan zat makanan. Pastinya ia bahaya untuk mereka yang berbadan dua. Bayi kurang bergerak, Wanita yang berpuasa pada usia kehamilan 28 minggu dan ke atas perlu memantau pergerakan bayi. Sekiranya ibu berasa gerakan bayi berkurangan, segerakan untuk berbuka puasa dan terus dapatkan pemeriksaan doktor ya.

Hampir dengan due date, Apabila berpuasa, ibu mungkin akan mengalami kekurangan tenaga. Sudah tentu keadaan ini tidak bagus jika ibu sudah menghampiri jangkaan waktu bersalin. Pada ketika ini, ibu perlu bersedia secara fizikal dan mental bagi menanti waktu melahirkan anak. Jadi, sekiranya ibu betul-betul tidak larat maka ibu dibolehkan untuk berbuka puasa, tapi sekiranya masih mampu, boleh teruskan berpuasa, okay. Kontraksi, Rasa lapar dan dahaga akan mencetuskan dehidrasi bagi wanita hamil. Lebih membimbangkan kekurangan cecair dalam badan boleh membuatkan anda mengalami kontraksi palsu. Sekiranya ibu berasa sakit seperti ingin bersalin, ia mungkin tanda kelahiran pramatang. Ibu perlu segera mendapatkan pemeriksaan perubatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.