Salah sorang individu kaya di Malaysia, ramai lagi yang tak tahu ini beberapa kereta mahal milik Lofa

artis

Nama pengacara dan usahawan Neelofa, semakin mekar dalam industri hiburan dan menjadi inspirasi kepada semua wanita di Malaysia. Bukan kerana wajahnya yang memang hampir setiap minggu tampil di program MeleTop, tetapi kerana kejayaan dan pencapaiannya dalam bidang perniagaan yang diusahakan. Tak hairanlah jika wanita yang berasal dari Kelantan ini dijuluki sebagai salah satu artis terkaya di Malaysia. Kalau dah kaya, sudah pasti mempunyai kemampuan untuk memiliki kereta-kereta mewah dan antara termahal di dunia. Memetik dari sebuah video dari laman Youtube Majalah Nona, Neelofa ada menyebut dia mempunyai 3 buah kereta iaitu BMW, Porsche dan Range Rover. Nah! setelah kami selidik jenis setiap model kereta yang digunakan, berikut kami rangkumkan 3 kereta mewah milik Neelofa yang tidak pernah didedhkan oleh pihak media.

Range Rover Evoque. Di media sosial, Neelofa pernah mempamerkan foto dia ‘berposing’ dengan kereta Range Rover Evoque ini yang berwarna putih. Sememangnya Range Rover Evoque mempunyai imej mewah dan stailo seakan dibina khas untuk diletakkan di depan lobi hotel mewah atau valet kompleks beli belah premium. Sesuai sangat dengan imej Neelofa kan. Difahamkan harga model Range Rover Evoque ini bermula dari RM 400 ribu sehingga RM 500 ribu ketika mula diperkenalkan. Hampir setengah juta.

BMW X6. BMW X6 adalah kereta jenis crossover mewah kelas mid-size yang dikeluarkan pada tahun 2008 oleh BMW. X6 oleh BMW tergolong sebagai Sports Activity Coupé (SAC). Mengkombinasikan ciri sebuah SUV dengan gaya sebuah coupé. Kereta ini sering digunakan oleh Neelofa dengan menggunakan khidmat pemandu peribadi. Anda boleh dapat lihat kereta ini dalam sebuah video berjudul 21 Soalan Dengan Neelofa di laman Youtube MHE TV. Dari hasil pencarian kami di google, harga BMW X6 ini boleh mencapai RM RM666,800 hingga RM 1.12 Juta.

Porsche Macan. Rata-rata peminat sudah mengetahui, dalam banyak-banyak kereta yang dia miliki, Porsche Macan merupakan kereta kegemaran Neelofa kerana dia sering dilihat memandu kereta ini sendiri. Ini terbukti dengan beberapa keping gambar & video yang dimuatnaik di Instagram. Salah satunya ialah video viral ini di mana dia menyanyikan lagu Kun Anta ketika sedang memandu. Hasil pencarian kami di google, harga jualan bagi Porsche Macan bermula dari RM455,000. Jadi, dari ketiga-tiga kereta mewah ini, yang mana satu sangat sesuai dengan Neelofa. Sumber, Youtube Majalah Nona

Masih Lagi Belum Menutup Aurat, Lama Berdiam Akhirnya Atiisha Tampil Dedahkan Sikap Sebenar Kakak Sendiri Buat Ramai Yang Terkedu. Sebut sahaja nama Neelofa, pasti ramai mengenali pelakon dan pengacara popular itu. Bukan sahaja Neelofa malah adik beradiknya juga turut dikenali ramai. Antara adik beradik Neelofa yang popular adalah Noor Nabila, Ameera Khan dan Atisha Khan. Namun antara ketiga mereka, Atisha antara yang terkenal menerusi saluran YouTube. Meskipun dikenali sebagai adik kepada selebriti terkenal, Namun Atisha berkata dia tidak menjadikan kakaknya sebagai batu loncatan untuk membina nama. Ujarnya, tiada guna berpaut pada populariti kakak semata-mata, tetapi diri sendiri tidak berusaha menghasilkan sesuatu yang berbaloi.

“Tak sangka percubaan pertama menjadi sehingga ahli keluarga menyarankan membuka saluran YouTube sendiri, tetapi Sha pula enggan terburu-buru. “Sha ambil inisiatif menggali ilmu suntingan dan teknik angle rakaman video serta mencuba bermacam-macam aplikasi terlebih dahulu,” katanya. Gadis berusia 22 tahun yang melanjutkan pengajian di United Kingdom (UK) itu sering menghasilkan video berkisarkan kehidupan, pengalaman melanjutkan pelajaran, persahabatan, keluarga, budaya dan tutorial solekan. Ditanya soalan adakah dia terbeban memiliki kakak bernama Neelofa yang mempunyai pengaruh yang besar, Atisha berkata dia amat mengagumi kakaknya yang mesra disapa Kak Lofa itu.

“Sha amat mengagumi Kak Lofa (Neelofa). Beliau bukan sahaja bijak dalam akademi dan penampilan, bahkan bijak berbisnes dan menyusun perjalanan karier dengan baik. Pelbagai ujian dan cabaran yang datang, Kak Lofa hadapi semua itu dengan sabar dan tabah. “Kak Lofa sedikitpun tidak melatah, apatah lagi perlu melayan warga maya yang melemparkan kata-kata sinis. Ketenangan Kak Lofa mengendalikan apa jua situasi cukup luar biasa,” katanya. Dalam pada itu, Atisha mendedahkan Neelofa tetap sama meskipun dia kini sudah berniqab. Malah, tidak pernah memerli mereka adik-beradik walupun belum berhijab. “Walaupun kini memakai niqab, personaliti Kak Lofa tetap sama. Beliau tidak pernah memerli apa lagi memaksa kami adik-beradik untuk turut sama memakai hijab sepertinya,“ luah Athisha. Sumber, SinarPlus via gulapop

Genap Setahun Perkahwinan Neelofa Dan Suami, Haris Tampil Beri Ucapan Sempena Ulang Tahun Dan Ini Luahannya. Dikurniakan seorang isteri memiliki pekerti indah merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Itulah luahan usahawan dan pendakwah bebas, Haris Ismail, 28, yang bersyukur kerana diberikan rezeki untuk mengahwini seorang isteri iaitu selebriti terkenal, Neelofa yang disifatkan sebagai wanita baik hati. Perkongsian tersebut sempena ulang tahun perkahwinan pertama pasangan popular berkenaan pada hari ini.

“Alhamdulillah syukur ya Allah. Dikurniakan seorang isteri yang baik hatinya. Banyak lagi yang hendak ditulis tetapi tidak mengapa, saya titipkan dalam doaku,” katanya dalam satu hantaran Instagram hari ini. Dalam pada itu, bekas peserta program Pencetus Ummah berkenaan hanya berharap agar mahligai indah yang dibina bersama bekas pengacara MeleTOP tersebut. “Tidak ada perkara lain yang diharapkan melainkan perkahwinan ini diredai-Nya. Sekali lagi, Alhamdulillah ya Allah,” kata pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu lagi. Sementara, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, turut berdoa agar rumah tangga yang terbina sentiasa diberkati oleh Allah.

“Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selama-lamanya. Selamat ulang tahun perkahwinan suamiku,” katanya. Beberapa hari lalu, nama Haris menjadi bahan kritikan warganet apabila kenyataanya tentang tugas isteri mengangkat beras dan memasak menjadi pertikaian ramai. Untuk rekod, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Hasil perkahwinan, pasangan popular berkenaan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu. Namun, atas sebab mengelakkan sakit ain, wajah Bilal masih belum didedahkan kepada umum sehingga hari ini. Sumber, KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.