Makin susah nak bercakap, ini keadaan terkini Bob Lokman buat ramai yang sebak

artis

Pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 58, dilanda ujian lagi pada bulan Ramadan ini apabila terpaksa mendapatkan rawatan di hospital ekoran kesihatannya kembali menyusut akibat masalah buah pinggang. Menurut Bob, keadaannya kini stabil setelah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan, Pahang sejak dua hari lepas. “Jantung saya lemah sejak beberapa minggu lepas tetapi buah pinggang saya lagi teruk, badan penuh dengan air. Buah pinggang sudah teruk, mungkin sebab itu lemah sangat. “Dua hari lepas saya dibawa ke sini oleh anak saya, Omar Hakim, 28, untuk rawatan lanjut. Doktor memantau jantung dan buah pinggang saya, tolong doakan saya pulih,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bob pernah menjalani operasi memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillatr (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada 2020. Bob menambah, dia mengakui agak terkilan dan sedih apabila terpaksa mengetepikan ibadah puasanya untuk menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi namun reda dengan ujian itu. “Sejak 10 tahun lepas saya keluar masuk hospital dan tahun ini Ramadan masuk Unit Rawatan Rapi pula. Memang sedih sebab tidak boleh nak puasa tetapi nak buat macam mana. “Doktor cakap kalau tak dapat rawatan, air akan memasuki paru-paru komplikasinya mungkin saya sukar bernafas. Saya reda. Insya-Allah kalau sudah keluar Unit Rawatan Rapi ini mungkin saya akan berpuasa semula,” kata pemilik nama sebenar, Mohd. Hakim Lokman ini.

Menurut Bob dengan pertuturan sangat lemah, walaupun Ramadan dan Aidilfitri ini mungkin tidak sempurna dan meriah bagi keluarganya namun beliau terus menaruh harapan untuk pulih sihat. “Saya sendirian di hospital ini sebab isteri (Relawati Daud, 44) terpaksa tinggal di rumah dekat Kelantan untuk siapkan tempahan bubur lambuk buka puasa. Kalau dia ikut siapa nak buat tempahan lagipun itu sahaja sumber pendapatan kami sekarang. “Selain itu kami jual serunding, sambutan baik juga. Saya harap anda semua akan mendoakan saya pulih dan kembali ke rumah secepat mungkin,” kata penulis lirik lagu popular, Taman Rashidah Utama. Mereka yang ingin memberi sumbangan kepada Bob Lokman untuk membiayai kos rawatannya boleh berbuat demikian melalui akaun milik isterinya, Relawati Daud, 162348359386 – Maybank. Sumber, Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.