Teruk kena kritik dengan warganet, akhirnya Jovian tampil bersuara jelaskan tentang isu pelitup muka sirim

artis

Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataannya berkenaan isu pelitup muka perlukan perakuan SIRIM. Jovian menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya menjelaskan warganet telah tersalah anggap tentang maksud sebenar yang ingin di sampaikannya kepada umum. “Saya nak jelaskan sikit pasal pelitup muka “hauk” tempoh hari. Banyak yang salah faham, apa yg saya maksudkan tu ialah pelitup muka “Jovian Mask Tiruan” yang berleluasa di pasaran.

“Tak ada niat saya nak memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka lain di pasaran. Lebih dua tahun Jovian Mask tiruan berada di pasaran mengambil kesempatan guna design kami, monogram kami, gambar promosi kami, nama kami, dan logo kami untuk kepentingan masing-masing sehingga menipu pengguna. “Saya rasa sesuai lah saya gunakan istilah hauk tu pada mereka ni. Ini semua kerja mafia! Tapi, kalau ada yang tersinggung dengan statement saya, tak ada niat nak guris hati anda,” jelasnya. Berkenaan SIRIM pula, Jovian menegaskan tidak mempunyai sebarang kelebihan seperti yang didakwa warganet.

“Isu sirim, bukan permintaan saya mahupun keuntungan bagi saya. Untuk pengetahuan semua, once the law imposed it will incur most cost to us as sellers? “Dari mana pula saya akan untung lebih? And I can guarantee you all that my brand is not the first to have SIRIM stamp. “Banyak brand di luar yang dah ada SIRIM stamp. Kita ni baru je nak apply,” jelasnya. Tambah Jovian lagi, jenamanya yang dibina selama 15 tahun ini berkembang disebabkan reputasi dan kualiti barang yang bagus. “Ramadan bulan suci ni, bukan saja puasa perut. Patutnya pertuturan pun patut dijaga. Tak perlu kut nak caci maki saya dan ftnh yang bukan-bukan tentang perniagaan saya.

“Jenama Jovian dah berada di pasaran 15 tahun, makin berkembang atas reputasi dan kualiti barangan kami. Bukan sebab-sebab lain. “Alhamdulillah, Jovian Mask berjaya berada dalam pasaran kerana sokongan semua Jovianista atas kualitinya yang memang bagus. “Anti jerawat dan mudah bernafas tu tak boleh dinafikan. Jovian Mask kini dipasarkan oleh lebih 6000 pengedar,” tegasnya. Dengan penjelasan tersebut, Jovian juga berharap tidak timbul lagi isu salah faham seperti yang berlaku sebelum ini. “Saya harap isu ini habis di sini. Siapa yang dah menyumpah saya, lain kali selidik dan tanya dulu. Nevertheless saya doakan anda semua panjang umur dan bahagia dunia akhirat,” coretnya. Terdahulu, kenyataan Jovian menggunakan perkataan hauk dan dalam masa sama mempromosikan pelitup muka jenamanya yang bakal memperolehi cop SIRIM mengundang rasa kurang senang warganet.

Jovian Baru Je Cakap Nak Banteras Mask Hauk Di Pasaran, Tapi Ini Pulak Yang Jadi Masa Tokti Pakai Pelitup Muka Jovian. Pereka fesyen terkenal dan menantu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Jovian Mandagie tampil bersuara selepas pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan pada 5 Mac lalu mengenai semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd . Menerusi Insta Stories, Jovian turut meminta orang ramai untuk tidak panik kerana undang-undang ini hanya akan dikenakan mulai 4 Julai. Malah, dia turut menjawab persoalan orang ramai mengenai adakah pelitup muka keluaran syarikatnya selamat dipakai walaupun tiada perakuan SIRIM.

“Tidak perlu panik , undang-undang ini akan dikuatkuasakan dari 4 Julai. Banyak yang tanya Jovian Mask macam mana? Tak ada sirim, tak selamat dipakai! Jovian Mask selamat dipakai malah diiktiraf olef MDA (Medical Device Authority) sejak tahun 2020 lagi. Gunakan tanpa was-was.”-Kongsi Jovian. Tambahnya lagi, Jovian turut berkongsi pendapatnya mengenai tujuan perakuan SIRIM yang dilakukan untuk membanteras pelitup muka yang tidak berkualiti di pasaran. Undang-undang SIRIM dilakukan untuk banteras pelitup muka kualiti hauk di pasaran. Terutamanya yang tak ada MDA Certs. So in future, sama ada anda ada MDA Certs atau SIRIM, baru anda boleh jual face mask. Pengguna pun boleh pilih dengan bijak.”-Jovian Mandagie

Namun begitu, tular satu rakaman di mana penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhliza mencuba pelitup muka keluaran Jovian Mandagie. Namun begitu, tali pelitup muka tersebut telah putus lalu menimbulkan pelbagai reaksi dari warganet. Tidak pasti bila video tersebut tular, tapi yang pastinya kenyataan Jovian sebelum ini mengenai Sirim dibuat untuk banteras pelitup muka hauk di pasaran, buat segelintir warganet tidak berpuas hati “Hauk betul mask kau bang.…” sindir seorang warganet. Baru-baru ini Kerajaan bersetuju menunda penguatkuasaan pewartaan perakuan standard pelitup muka bukan perubatan yang sepatutnya pada 5 Julai ini kepada 1 Januari depan. Klik sini untuk lihat video.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ekoran reaksi awam termasuk pihak industri terbabit. “Setelah ambil kira maklum balas masyarakat, kementerian menangguhkan penguatkuasaan pewartaan,” kata beliau pada Majlis Amanat Menteri Bersama Pihak Industri di sini hari ini. Sesi khas itu membolehkan pihak terbabit diberi pencerahan dan persediaan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011. Mengulas lanjut, Alexander berkata, pewartaan itu bertujuan memastikan produk dihasilkan termasuk diimport mempunyai penandaan sah standard Malaysia (MS) dikeluarkan SIRIM. “Ini juga bagi memastikan pelitup itu mematuhi piawaian dan berkualiti demi keselamatan pengguna selain meningkatkan perlindungan daripada jangkitan” katanya. kredit, kosmo, amran fans

Leave a Reply

Your email address will not be published.