Penampilan terbaru Anuar Zain, peminat tampil iringi doa sebelum Anuar Zain bergerak ke Syria

Viral

Penampilan terbaharu penyanyi popular Anuar Zain dengan berambut pendek ketika di perkarangan lapangan terbang sebelum berangkat ke Syria menarik perhatian warganet. Dalam hantaran di Instagram, Anuar yang berbaju merah diiringi oleh ahli keluarga dan kenalannya kelihatan ceria sebelum memulakan misi kemanusiaan bersama Syria Care untuk Kempen Ramadan Al Khair 10.0.”Terima kasih hantar ke airport. Jumpa kalian dalam masa terdekat nanti,” tulis Anuar. Di ruangan komen, rata-ratanya memuji keterampilan pelantun lagu Lelaki Ini yang nampak lebih kemas dengan imej rambut pendeknya.

“Alamak. Rambut K-pop. Be safe, next time I’ll join you!”Wah dah potong rambutlah…”Rambut baru… Safe flight.”Nice haircut. Semoga dipermudahkan di sana,” tulis beberapa pengguna di Instagram Anuar. Dalam misi berkenaan, Syria Care akan ke beberapa lokasi di Lubnan antaranya Tripoli dan Arsal yang mempunyai ramai pelarian Syria yang hidup dalam keadaan daif. Bantuan kemanusiaan itu menyasarkan kutipan sebanyak RM4.1 juta untuk diagihkan kepada target sasaran penerima manfaat seramai 720,000 orang dari 15 April hingg 2 Mei 2022. Bagaimanapun Syria care masih mengalu-alukan sumbangan dan tajaan daripada syarikat korporat, agensi dan pertubuhan untuk bekerjasama mengumpul dana.

Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun bank Syria Care iaitu Maybank (562106653575) dan CIMB (8601894560).Antara inisiatif tambahan yang dilakukan menerusi OderFood, kaedah pesanan dan penghantaran makanan secara atas talian dengan beberapa pakej dan harga bantuan makanan. RM15.00 untuk set iftar. Hidangan nasi arab, ayam, kekacang, salad, buah-buahan dan minuman yogurt yang boleh dinikmati 3 orang. RM150.00 untuk sekotak pek makanan kering. Bahan makanan asas seperti beras, bijirin gandum, roti, minyak masak, gula, garam, pasta, tepung, kekacang, makanan di dalam tin, keju dan lain-lain mengikut keperluan bagi manfaat sebuah keluarga.Langkah-langkah untuk membuat sumbangan melalui OderFood adalah seperti berikut:i. Layari www.oderfood.my ii. Pilih pakej pesanan anda OderFood 15 (set iftar) OderFood 150 (pek makanan kering) Selesaikan bayaran. Pesanan anda akan dihantar ke Syria. Sumber, Gempak

Tak Sangka Dari Selembut Lembut Manusia Boleh Jadi Macam Orang Lain. Kali Ni Bekas Pramugari Tampil Bongkarkan Peribadi Anuar Zain Yang Sebenar.

Siapa sahaja yang tak kenal dengan nama Anuar Zain. Selain menyanyi, Anuar juga pernah menjadi  ketua pramugara di sebuah syarikat penerbangan Malaysia iaitu Malaysia Airlines. Difahamkan Anuar pernah berkhidmat dengan MAS selama 10 tahun iaitu dari tahun 1990 hingga 2000.

Baru-baru ini, bekas pramugari MAS, Nik Farhana telah dijemput oleh penyanyi Zarul Umbrella untuk berkongsi pengalaman bekerja di awan biru. Temubual eksklusif ini ditayangkan menerusi saluran Youtube Zarul Umbrella yang kini sudah mencecah 30k tontonan.

Mengimbau kembali kenangan bergelar pramugari, Nik Farhan sempat berkongsi pengalamannya bekerja dengan Anuar yang pada itu belum dikenali seperti hari ini. “Saya mengenali Anuar Zain masa dia sebagai ketua pramugara dan pada waktu itu dia tak terkenal lagi seperti sekarang. Saya masih ingat, ketika itu dia dikenali dengan nama Shahrul Anuar semasa bertugas”

Ketika ditemubual, Zarul bertanya kepada Farhana, adakah Anuar sangat garang ketika menjalankan tugasnya sebagai ketua pramugara? ini responnya. “Tidaklah! Anuar ini selembut-lembut manusia, dia sangat berbudi bahasa, tegas dan berpendirian. Semasa bertugas, Anuar tak cakap banyak macam orang lain. Dia seorang lelaki yang baik”

Menurut Farhana, kita sama-sama menjalankan tugas bersama kru penerbangan lagi-lagi sewaktu ‘next-stop’ (hentian seterusnya ketika penerbangan), Anuar bukanlah seorang yang gemar ‘melepak’. “Anuar ni selalu buat hal dia lah, tak pergi sangat melepak dengan mana-mana kru. Tapi pernah sekali kami pergi Karaoke bersama, ketika dia menyanyi, tak sangka dengar suara dia sedap ‘gla’.

Pada waktu itu dia sangat tampan’, very good looking! Dia sangat friendly tapi tidaklah over friendly. Dia jaga menjaga batas dengan kru lain sebagai ketua pramugara dan bawa dirinya denga baik sekali” “Selepas 5 tahun dan bergelar penyanyi terkenal, saya tak sangka dia menjadi seperti orang lain,” ujarnya. Sumber: Cari

Leave a Reply

Your email address will not be published.