Ternampak di Bazar Ramadan, tapi kali ni gelagat anak Kaklong buat ramai risau dan rupanya ini yang dia buat

Viral

Bila sebut nama Kak Long 7E pastinya ramai mengingati akan kelntangan wanita berkenaan dalam berkata kata. Bukan itu sahaja, ramai juga yang masih ingat akan beberapa k3s melibatkan wanita berkenaan.

Kelibat Kak Long di 7E jadi perhatian.

Baru-baru ini, seorang pengguna TkT0k memuat naik vide0 wanita berkenaan bersama anaknya menjadi perhatian ramai. Dalam video tersebut, dapat di lihat wanita berkenaan singgah di sebuah gerai air di sebuah bazar Ramadan. Bagaimanapun, gelagat anak lelakinya yang di lihat sedang terlompat-lompat membuat ramai bimbang sekiranya berlaku akan kejadian tidak diingini. Menjengah ke ruangan komen, rata rata warganet meluahkan rasa bimbang sekiranya kejadian tidak diingini berlaku. Malah, mereka juga berseloroh bahawa peniaga-peniaga tersebut risau melihat wanita berkenaan.

Rezeki Kak Long 7E melimpah-ruah, bisnes bazar makin kencang… Jadikan Ramadan bulan perbaiki akhlak, dekatkan diri kepada Allah

Selepas dibadai kontroversi, Wan Nor Baizura atau Kak Long mampu menghela nafas lega apabila namanya semakin sepi daripada kritikan ramai. Enggan menoleh masa lalu, Kak Long, 34, ketika dihubungi sempat ber kongsi cerita mengenai pengalaman pertama menyambut Ramadan tahun ini, selepas namanya menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia sejak Mac lalu. Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia bersama ibunya, Kamsah Haizam, 54, sibuk berniaga makanan di tapak Bazar Ramadan Sura Gate, Dungun, Terengganu sejak Ahad.

“Saya sibuk berniaga Ramadan kali ini. Saya tolong ibu berniaga makanan. Selain nasi goreng Pattaya, kami juga ada jual nasi ayam dan air mango shake. Alhamdulillah habis terjual pada hari pertama Ramadan. Nasi habis sampai licin. Ramai yang singgah membeli. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki melimpah ruah ini. Saya nak tolong mak dengan duit tak mampu, jadi saya tolong dengan kudrat. Walaupun malu duduk di bazar, tapi saya tetap berniaga demi teruskan hidup. Baru-baru ini nama saya diboikot. Hasil jualan kosmetik saya menurun. Banyak saya rugi. Tapi saya tak berhenti solat hajat agar kes saya selesai. Saya harap Allah permudahkan semuanya sepanjang Ramadan ini,” ujar Kak Long lagi.

Mengulas beberapa kejadian vir4l sejak awal Mac lalu, Kak Long akui menyesal dan mahu fokus untuk memperbaiki akhlaknya.“Biarlah benda lepas jadi pengalaman dan peng4jaran. Saya sedang berusaha untuk baiki akhlak, adab dan terus berbuat kebaikan. Saya nak fokus bisnes dan keluarga. Saya mengharapkan yang terbaik untuk Ramadan kali ini. Selepas kes viral, saya jadi travma. Dalam bulan suci ini, saya nak dekatkan diri dengan Allah, moga kes kes lepas tak berulang lagi. Sumber, Mstar

Lepas Satu Satu Isu Timbul, Kini Kak Long Nekad Untuk Ambil Satu Keputusan Ni Dan Ada Sesuatu Yang Dia Janjikan

Kontroversi seorang wanita daripada Terengganu menjadi bualan warganet selama berminggu minggu. Mulanya dengan video wanita yang bernama Kak Long memarahi pekerja 7 Eleven selepas itu memarahi pekerja KFC. Tidak lama lepas itu, timbul satu lagi kontroversi dimana sebuah stesyen TV Al Hijrah menjemput Kak Long sebagai tetamu mendapat kritikan warganet. Antara kontroversi Kak Long paling teruk adalah apabila sebuah klip video dimana Kak Long dikatakan mengh.1na warga Orang Kurang Upaya. Berkenaan hina pada Orang Kurang Upaya terlalu besar sehingga menjadi siasatan polis. Selepas itu Kak Long telah mengambil keputusan untuk diam terus dari dunia media sosial tetapi hari ini dia tampil buat kenyataan di Facebook. Hari ini menerusi Facebook Kak Long telah membuat satu LIVE. Video, klik link

Sambil menangis, Kak Long memberitahu dengan apa yang terjadi sekarang kewangan dia sangat teruk. Perniagaan dia sangat jatuh sehingga tiada pendapatan. Ramai rakan rakan bantu dia untuk teruskan kehidupan dia dan keluarga. Dia merayu kepada warganet supaya janganlah boikot dia lagi kerana apa yang terjadi sangat buat dia susah. Bulan Ramadan dah dekat dan dia harapkan warganet berhenti boikot dia kerana dia ingin mencari rezeki di Bazaar Ramadhan. Dia juga berjanji akan berhenti buat Live yang tidak baik dan sekiranya buat Live dia akan buat pasal perkara yang baik baik sahaja. Sumber,  Wan Noor Baizura

Leave a Reply

Your email address will not be published.