Kali ni paras oksigen anak pulak menurun, lepas Amyra Rosli bergegas ke hospital dan ini pulak penjelasannya

Viral

Ayra dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu selepas mengalami demam panas. Keadaan kesihatan anak pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Ayra Aryssa, 2, semakin merosot selepas disahkan dijangkiti virus Kawasaki. Amyra yang sedang menjalani penggambaran drama terpaksa bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tahap oksigen dalam badan anaknya tiba-tiba menurun.

“Berderau drh Mommy dapat call oksigen adik drop. Tunggu mummy sampai sayang” tulisnya di Instagram pada Ahad. Pada Rabu lalu, Ayra yang merupakan anak kedua pasangan itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami demam panas.

Ayra disahkan dijangkiti sakit Kawasaki.

Kanak-kanak itu kemudian disahkan dijangkiti v.rus Kawasaki iaitu keradangan saluran dr.h terutamanya membabitkan kanak-kanak bawah lima tahun. Terdahulu, Amyra turut berkongsi video memperlihatkan keadaan wajah anaknya yang membengkak akibat kesan ubat steroid. “Muka jadi besar kesan steriod, lama adik demam dik. Mommy risau ni makin banyak ubat masuk dalam badan adik. Hari-hari kena ujian dr.h” ujarnya. Untuk rekod, Amyra berkahwin dengan Amar Baharin pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4 dan Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun. Sumber, Mstar

Mohon Doa Dari Orang Ramai, Amar Kongsikan Keadaan Terkini Isteri Dan Anak Buat Ramai Yang Risau

Petaling Jaya – Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli did.uga sekali lagi apabila anak kedua mereka iaitu Ayra Aryssa mengalami demam panas dan dikejarkan ke sebuah pusat perubatan kira-kira pukul 1 pagi, Rabu. Baru sahaja sembuh dari Covid 19 pada Januari lalu, Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin bimbang apabila suhu badan Ayra yang baru berusia dua tahun mencecah 41 darjah celsius. “Arysasa mengalami demam panas suhu badannya tinggi sehingga mencecah 41 celsius. Melihat keadaanya itu, kami terus bawa dia ke h.ospital Prince Court, KL pada sekitar 1 pagi.

“Sehingga kini, Aryssa masih ditahan wad dan pagi tadi baru jumpa doktor. Keadaan dia masih dalam pemantauan dan kami tak buat ujian calitan sebab dia baru baik dari Covid 19. “Tiba-tiba demam panas dan tak tahu punca dia apa. Itu yang membuatkan kami risau sangat,” kata Amar ketika dihubungi pada Rabu. Terdahulu, pasangan selebriti itu memuat naik foto keadaan anak mereka yang terlantar sakit di sebuah hospital di laman Instagram masing-masing pada Rabu. Rata-rata warganet serta rakan selebriti mendoakan agar anak perempuan pasangan itu diberikan kesembuhan dengan cepat.

Ada Jadual Penggambaran

Sementara itu, Amar memberitahu anaknya kini dijaga oleh adik iparnya kerana dia dan isteri terpaksa menjalani penggambaran yang sudah dijadualkan. “Saya dan Amyra tak dapat nak teman dia di hospital sebab kami berdua ada penggambaran, kebetulan jadual padat pula. Sekarang ini, mak saudara Aryssa yang teman di hospital,” ujarnya. Sebelum ini, Amyra mengalami sakit sendi dan lbam di beberapa bahagian tubuhnya selain batuk tidak henti menyebabkan dia terpaksa berehat daripada menjalani penggambaran drama Jangan Menangis Cinta.

Menerusi temu bual bersama pada 31 Mac lalu, Amar memaklumkan keadaan itu tidak pernah berlaku dan isterinya juga telah menjalani pemeriksaan namun keputusan ujian cairan merah dalam keadaan baik. Berkongsi keadaan kes.ihatan Amyra terkini, Amar melahirkan rasa syukur apabila isterinya sudah kembali sihat selepas menjalani rawatan di h.ospital dan perubatan Islam. “Alhamdulillah, Amyra pun dah mula bekerja dan menjalani penggambaran sejak kelmarin. Keadaan dia pun dah sihat macam biasa. Syukur tak berpanjangan s.akit dia itu.

“Memang kami ada ikhtiar dua cara hospital dan perubatan Islam. Alhamdulillah, dia pun dah sihat dan dapat bekerja seperti biasa,” katanya. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumahtangga pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4 dan Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun. Sumber, Mstar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.