Amyra Rosli tampil dedah sesuatu tentang anak buat ramai tumpang lega, ini penjelasan Amyra

Viral

“Alhamdulillah day 5 (hari kelima) adik dah borak.” Demikian luah pelakon Amyra Rosli memaklumkan kesihatan anaknya, Ayra Aryssa yang terkena sakit Kawasaki kini semakin stabil, namun masih dalam pemantauan doktor. Katanya, walaupun tahap oksigen semakin baik dan menunjukkan peningkatan, pemberian ubat untuk permata hatinya yang baharu berusia dua tahun itu tetap diteruskan.

“Aryssa masih lagi dipantau tahap oksigennya. Tapi, alhamdulillah, oksigen Aryssa dah semakin stabil dan masih lagi dengan ubat-ubat yang dimasukkan menerusi kaedah drip. Banyak sangat ubat dah masuk dalam badan dia selama empat hari ini. Saya sendiri tak sanggup tengok dia telan ubat, dimasukkan ubat di sini dan jalani ujian drh setiap hari. Nak buang air besar pun kena pam ubat,” kata ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi perkongsian dalam InstaStory. Biar berdepan dugaan yang menyentuh naluri keibuannya, Amyra menganggap semua yang berlaku sebagai ujian daripada Allah selain mempunyai hikmah tersendiri.

“Ini ujian yang saya kena lalui. Anak kecil yang tak tahu apa-apa, dan tak fasih bercakap apa-apa lagi kena jangkitan Kawasaki yang sangat teruk. Tapi, saya percaya, Allah akan berikan kesembuhan kepada dia dan terima kasih kepada kalian yang tidak henti berdoa serta kongsikan pelbagai cara ikhtiar,” katanya lagi. Malam tadi, Amyra melalui detik cemas dipanggil ke ke hospital selepas berikutan paras oksigen Aryssa yang dilaporkan turun mendadak. Amyra yang ketika itu sedang menjalani penggambaran sebuah drama terus bergegas menuju ke hospital untuk bersama anaknya itu.

“Berderau drh mommy dapat ‘call’ oksigen adik (Aryssa) menurun. Tunggu mommy sampai sayang” tulisnya di Instagram. Terdahulu, anak kecil tersebut dimasukkan ke sebuah pusat perubatan sejak Selasa minggu lalu selepas mengalami demam panas dengan suhu badan tinggi. Dia turut menyatakan sehari kemudian gejala ruam pula timbul dengan kesan tompokan merah di keseluruhan badan anaknya termasuk pada bahagian telinga.

Aktres berusia 30 tahun itu juga turut berkongsi gambar wajah Aryssa yang membengkak akibat kesan pengambilan steroid. Sakit Kawasaki atau dikenali sebagai sindrom nodus limfa adalah keradangan saluran drh (vaskulitis) yang membabitkan kanak-kanak terutama di bawah umur lima tahun. Selain Aryssa, rumah tangga bintang Jangan Menangis Cinta itu bersama aktor, Amar Baharin yang dibina sejak 2016 turut diserikan kehadiran putera, Aqeef Anaqi Amar, 4 tahun. Sumber, K! Online

Kali Ni Paras Oksigen Anak Pulak Menurun, Lepas Amyra Rosli Bergegas Ke Hospital Dan Ini Pulak Penjelasannya

Ayra dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu selepas mengalami demam panas. Keadaan kesihatan anak pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Ayra Aryssa, 2, semakin merosot selepas disahkan dijangkiti virus Kawasaki. Amyra yang sedang menjalani penggambaran drama terpaksa bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tahap oksigen dalam badan anaknya tiba-tiba menurun.

“Berderau drh Mommy dapat call oksigen adik drop. Tunggu mummy sampai sayang” tulisnya di Instagram pada Ahad. Pada Rabu lalu, Ayra yang merupakan anak kedua pasangan itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami demam panas.

Ayra disahkan dijangkiti sakit Kawasaki.

Kanak-kanak itu kemudian disahkan dijangkiti v.rus Kawasaki iaitu keradangan saluran dr.h terutamanya membabitkan kanak-kanak bawah lima tahun. Terdahulu, Amyra turut berkongsi video memperlihatkan keadaan wajah anaknya yang membengkak akibat kesan ubat steroid. “Muka jadi besar kesan steriod, lama adik demam dik. Mommy risau ni makin banyak ubat masuk dalam badan adik. Hari-hari kena ujian dr.h” ujarnya. Untuk rekod, Amyra berkahwin dengan Amar Baharin pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4 dan Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.