Tular rakaman Siti Nurhaliza keluar duit di ATM, Wanita teruk dikritik warganet gara gara buat macam ini pada Tokti

Viral

Baru baru in i tular di aplikasi tiktok sebuah perkongsian yang membuat warganet bengang. Tindakan Yana merakam video Tok Ti di ATM dikecam ramai Tindakan seorang pengguna TikTok berkongsi video memperlihatkan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang mengambil duit di mesin ATM mengundang rasa kurang senang warganet. Menerusi video tersebut, individu yang menggunakan nama akaun @yanaothman merakam momen tersebut sambil memanggil nama Siti Aafiyah yang ketika itu turut menemani ibunya. Katanya di video ,“Terserempak dengan Tokti kat ATM be like. Aafiyah, Aafiyah malu-malu la Aafiyah ni” ujar individu dalam video berkenaan. Bagaimanapun, apa yang dikongsi wanita itu menerima teguran warganet yang menganggap tidak wajar dan menganggu privasi penyanyi berkenaan.

Lebih-lebih lagi rakaman tersebut dilakukan tanpa izin dan ketika penyanyi itu sedang menjalankan urusan peribadi di ATM. Terkesan dengan kecaman banyak pihak, wanita berkenaan menyahaktifkan fungsi ruangan komen dan turut memohon maaf. Dia juga memberitahu bahawa rakaman tersebut adalah video kakaknya yang terlalu teruja apabila terserempak dengan penyanyi kesayangan ramai itu. Terlalu banyak komen neg4tif. Ini hanya momen kakak saya yang sekian lama hendak jumpa Tok Ti. Bagaimanapun video tersebut telah dipadamkan oleh Yana. Katanya, “Saya terpaksa disable comment posting kakak saya terjumpa Tok Ti (Siti Nurhaliza). “Terlalu banyak komen negatif. Ini hanya momen kakak saya yang sekian lama hendak jumpa Tok Ti. “Tak sangka pula ramai cakap ganggu privasi. Maaf jika video ini mengganggu anda,” ujarnya. Sumber, mstar

Akui Sentiasa Lihat Dari Sudut Baik, Sekali Ustaz Kazim Elias Tampil Dedahkan Sesuatu Tentang Tokti. Pendakwah popular Datuk Ustaz Kazim Elias mendedahkan yang beliau pernah menerima bantuan kerusi roda daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Perkara itu dikongsi Ustaz Kazim menerusi satu sesi ceramah yang telah dimuat naik di YouTube, semalam. Menurutnya, selain Siti Nurhaliza, antara yang turut memberi bantuan kerusi roda adalah pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew. “Bila doktor operate kaki saya baru-baru ini, saya tak boleh jalan. Kaki kiri saya pula bermasalah, sampai sekarang. Kalau dapat tengok belah ni, kaki saya kecil.“Saya dapat tiga kerusi roda, satu basikal elektrik. Siti Nurhaliza kasi satu, Ebit Lew kasi satu. Senang saya nak pergi jalan, tak payah basikal. Pulas jalan, jarak sekali cas dari Ipoh ke Kuala Kangsar,” katanya.

Jelasnya, segala sumbangan itu berkemungkinan tidak akan diterima sekiranya dia tidak sakit. “Kalau saya tak sakit saya tak dapat wheelchair. Siti Nurhaliza mai hantar, ada di rumah buat kenangan.“Jadi tuan tuan tak perlu susah hati. Saya sentiasa pandang baik dengan masalah saya. Saya pun harap tuan-tuan pun pandang masalah itu dengan baik. Allah akan beri kekuatan. Jangan sebut celaka punya lutut, haram jadah jangan sebut,” katanya. Sekadar info, Ustaz Kazim sebelum ini pernah membuat perkongsian sebuah video ‘live’ di laman Facebook milik beliau pada Oktober tahun lalu, termasuk menunjukkan wajahnya yang kelihatan semakin cengkung dan uzur.

Menerusi paparan itu, beliau yang sering muncul dalam program dan forum agama Islam di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir. Tambahnya lagi, beliau dapat merasakan penderitaan yang dialaminya kini mungkin shr yang berkaitan hasad dengki dan iri hati pihak yang tidak menyukainya. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.