Fikirkan nasib kakitangan, Sherry Ibrahim dedah tindakannya untuk pertahankan bisnes

Viral

Sherry usaha pertahankan bisnes salon miliknya dari ditutup. Menguruskan perniagaan salon rambut miliknya sendiri, pelakon Sherry Ibrahim akui melalui waktu sukar ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19. Disebabkan tidak boleh beroperasi, Sherry, 39, berkata, dia terpaksa menggunakan duit simpanannya untuk membayar sewa kedai dan gaji kakitangan.

“Tidak mudah sebenarnya menguruskan perniagaan sendiri dan saya pernah melalui situasi zero income ketika pandemik sebelum ini. Lebih teruk lagi saya juga terpaksa berpindah lot kedai dan pastinya memerlukan banyak duit untuk ubah suai kedai baharu dan lama. Saya terpaksa buat apa sahaja yang boleh menjana pendapatan ketika itu seperti menjual produk-produk di salon,” katanya.

Biarpun berdepan kesukaran, Sherry berkata, dia cuba mempertahankan perniagaan itu demi kakitangannya. Dia bersyukur berkat doa dan usaha akhirnya perniagaan itu kini sudah boleh kembali beroperasi seperti biasa.

“Ketika berdepan dengan kesukaran itu saya harus fikir juga tentang nasib kakitangan jika mereka diberhentikan. Saya percaya jika kita sorang majikan sayang akan kakitangannya, mereka akan lebih menghargai kita. Mereka masih lagi bekerja sehingga hari ini. Waktu sukar saya sentiasa berdoa dan syukur urusan dipermudahkan dan duit sentiasa datang,” ujarnya.

Saya terpaksa buat apa sahaja yang boleh menjana pendapatan ketika itu seperti menjual produk-produk di salon

Sementara itu, dalam perkembangan kerjaya seni, Sherry memberitahu dia baru sahaja selesai merakamkan lagu duet yang bakal dijadikan OST sebuah drama. Menurut Sherry yang merupakan salah seorang peserta The Masked Singer (TMS) musim kedua, program tersebut telah membuka matanya untuk lebih menyerlahkan bakat dalam bidang nyanyian. “Penyertaan dalamn TMS telah membuka hati saya untuk lebih serius dalam bidang nyanyian. Bukan bermakna saya tamak dan nak buat semua perkara, tetapi saya mahu serlahkan bakat dalam bidang nyanyian ini,” jelasnya.

Sherry ditemui di majlis sidang media Ad Hoc Raya 2022 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu. Sherry terlibat sebagai salah seorang selebriti yang berniaga pada festival jualan raya yang bakal diadakan pada 29 April hingga 1 Mei nanti. Sumber, Mstar

Saya tidak sakit, cuma terlalu sibuk, penat – Sherry Ibrahim

Pelakon Sherry Ibrahim menafikan dkwaan bahawa dia sedang jatuh sakit walaupun mengalami penurunan berat badan sebanyak beberapa kilogram sejak akhir-akhir ini. Sherry yang juga seorang usahawan itu sebaliknya memberitahu, dia kehilangan berat badan kerana kurang selera makan selain terlalu sibuk menguruskan perniagaan salun miliknya sejak dibenarkan untuk kembali beroperasi semula pada 16 Ogos lalu.

“Saya baik-baik sahaja. Benar saya kehilangan beberapa kilogram berat badan sebab sejak akhir-akhir ini saya tidak ada selera makan. Nak berehat pun tidak cukup masa tambahan pula saya tidak mempunyai cuti walaupun sehari sejak salun dibenarkan kembali beroperasi,” katanya dalam satu hantaran dalam Instagram.

Biarpun mengakui sangat penat, namun Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 38, bersyukur kerana boleh kembali membuka perniagaan salun rambut miliknya yang terletak di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur. Dia juga tidak tahu bagaimana khabar angin yang mengatakan dirinya kini sedang jatuh sakit timbul sehingga menerima banyak pertanyaan daripada peminat dan juga kenalan rakan artis. “Saya sendiri tidak tahu bagaimana berita yang mengatakan saya sedang sakit boleh timbul. Tapi Alhamdulillah, saya sihat-sihat sahaja. Cuma sibuk sikit hingga saya terlupa nak makan. Berat pun turun beberapa kilogram,” katanya.

Tambah pelakon drama Teduhan Kasih itu lagi, walaupun perniagaan salun rambut yang diusahakan hari ini tidak ‘serancak’ seperti sebelum pandemik, dia bersyukur masih boleh meneruskan perniagaannya itu sehingga ke hari ini. “Selepas dibenarkan untuk beroperasi, saya berasa sangat gembira. Tapi saya tidak boleh ambil pelanggan sesuka hati seperti sebelum ini. Saya hanya menerima pelanggan yang sudah lengkap dua dos vaksin dan mereka harus menunjukkan sijil vaksinasi digital sebagai bukti,” katanya. Sementara itu, Sherry turut menitipkan doa supaya mereka yang sedang dihimpit kesusahan supaya berada dalam keadaan baik dan dipermudahkan segala urusan. Sumber, K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.