Lakukan solat qada 17 rakaat setiap 3.30 pagi, Sekali perbuatan Nabil Ahmad ini ditegur ustaz

artis

Memang tak asing lagi kita dengan pelawak ni. Pengacara, pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad memberitahu yang dia pernah melakukan solat Qada 17 rakaat setiap hari sebelum menunaikan solat Subuh. Menurut Nabil, solat 17 rakaat itu dilakukan bagi menggantikan 17 rakaat dalam solat lima waktu yang pernah ditinggalkan dahulu. “Saya pernah memberitahu Ustaz Wadi yang saya qada solat yang pernah saya tinggalkan dahulu. Saya tunaikan sebanyak 17 rakaat kerana sehari kita wajib solat sebanyak 17 rakaat. “Jadi, setiap hari, saya akan bangun tidur seawal 3.30 pagi untuk menunaikan solat Qada berkenaan. Begitupun, ustaz nasihatkan saya untuk tidak terus menerus begitu, sebab takut sekarang saya bersungguh tetapi bila dah penat saya akan tinggal. “Dia juga nasihatkan saya untuk buat sikit demi sikit tetapi istiqamah. Namun, untuk beristiqamah itu merupakan satu perkara yang paling susah nak capai.

Hal ini kerana, ada individu yang pada awalnya semangat, tetapi kemudian tinggal. “Pengakhiran begitu yang saya tidak mahu… Sebab kita tidak tahu sampai bila umur kita dan Allah akan jemput kita dalam keadaan yang bagaimana,” katanya. Disebabkan mahu terus istiqamah, Nabil berkata, dia selalu berdoa agar dia sentiasa mendekatkan diri dengan orang berilmu. “Memang ketika kita menghadiri majlis ilmu atau ‘keluar’, kita yakin, tapi risau bila balik rumah saja, semuanya goyah,” katanya sambil memberitahu mahu merancang untuk menghadiri ilmu di Bangladesh, India dan Pakistan. Sumber, gempak

Anggap Ini Ujian Buat Kawan Sendiri, Sekali Ini Pula Respon Dari Nabiil Buat Ramai Yang Terdiam. SEDIH melihat rakan artis dikritik, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menganggap apa yang berlaku terhadap Zul Ariffin berkaitan kontroversi klip video tak senonoh adalah ujian buat aktor itu. Mengakui apa yang terjadi sebagai sesuatu yang salah, namun Nabil, 39, berkata kritikan dan hentaman secara berterusan tidak seharusnya berlaku. Malah, Nabil berharap orang ramai tidak terikut-ikut dengan sifat iblis yang terus menghentam dan mencari kesilapan orang lain. “Saya melihat ia sebagai satu ujian buat Zul. Allah akan menguji orang-orang yang beriman. Kita harus melihat dari perspektif sebegitu.

“Sepatutnya lebih banyakkan berdoa dari terus menghentam apabila perkara ini berlaku. Kita kena buang sifat iblis yang ada dalam diri. “Janganlah kita asyik nak cari kesalahan orang lain,” katanya kepada mStar. Nabil ditemui ketika majlis pelancaran restoran pertama miliknya iaitu Human Gang yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Dalam pada itu, kata Nabil, perkara yang berlaku ini juga menjadi satu peringatan buat dirinya bahawa dunia kita menuju ke akhir zaman. Justeru itu katanya, daripada terus menuding jari meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak, lebih baik persiapkan diri dengan amal kebaikan.

“Saya jadi takut apabila orang mula marah dengan keadaan yang telah berlaku kerana fikirkan akhir zaman semakin menghampiri kita. “Apabila benda ini berlaku lebih baik kita siapkan diri sendiri dengan amal dan kebaikan daripada terus menghentam orang lain,” jelasnya. Seperti yang kecoh diperkatakan sebelum ini, Zul menerima kecaman hebat selepas memuat naik video klip aksi ghairah di laman sosial miliknya pada Jumaat lalu. Pelakon filem Sangkar ini kemudiannya memadam klip tersebut dan memohon maaf atas tindakan yang menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat negara ini.

Sementara itu, berkongsi tentang pelancaran restoran Human Gang ni, Nabil berkata, ia merupakan kerjasamanya bersama pelakon Saharul Ridzuan dan dua lagi rakan kongsi. Restoran ini menyajikan hidangan barat dengan citarasa tempatan sesuai untuk dimakan seisi keluarga. “Saya bertemu Saharul ketika pertama kali dia terlibat dalam satu program bersama rakan-rakan tabligh. “Kami berbual dan dia juga menyuarakan minat sama untuk berniaga. Banyak perancangan kami, tetapi akhirnya inilah yang menjadi kenyataan iaitu sebuah restoran bersama,”ceritanya. Sumber, MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.