Kongsi rakaman tangkap ayam, Rupanya ini yang warganet perasan pada Emma Maembong

artis

Siapa tak kenal akn pelakon kacukan cantik ini. Pelakon wanita dikenali dengan nama Emma Maembong ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakat lakonannya sesuatu yang luarbiasa dan sudah tentunya wanita ini memiliki pakej lengkap sebagai seorang selebriti. Wajahnya manis dipandang dan bila berlakon, tidak kira apa juga watak yang diberikan mampu dibawa dengan baik sekali. Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan pelakon jelita ini telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian itu kelihatan Emma Maembong bersama dua ekor ayam. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat Emma Maembong berani tangkap ayam. Caranya perlahan dan pada awalnya nampak macam takut, tapi dengan selamba dia berjaya menangkap haiwan dua kaki tersebut. Cayalah Emma Maembong!

Berikut adalah perkongsian rakaman yang memaparkan gelagat Emma Maembong berani tangkap ayam ini yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun mochirachel. Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 7 ribu likes dan 147 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut. “Behave betul ehhh ayam tuu.. Kalau ayam rumah aku, lari tak cukup tanah dah”,“Ayam serama jinak macam tu mudah la kena ayam kampung yang tak ada kasih sayang belemoi hang tertomoih kat tanah”,“Eee takut, comelnya macam beby emma ni. Sape yang takut. Emma yang takut ke atau ayam tu yang takut”,“Ayam pun mentang2 Emma Maembong nak tangkap dia redo je hmm kemahenn”

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sumber, rose merah

Terbawa Bawa Karekter Sehingga Termarah Pembantu Peribadi, Emma Maembong Dedah Apa Berlaku Selepas Bawa Ganas. Siapa tak kenal dengan artis kacukan dan jelita Emma Maembong. Baru baru ini dia bimbang terbawa-bawa karakter seorang wanita garang, Emma Maembong akan cuba berehat seorang diri sebelum pulang ke rumah selepas penggambaran. Kata Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 30, watak dalam drama terbaharu berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta benar-benar mengubah dia menjadi seorang yang berbeza. Katanya lagi“Saya takut terbawa-terbawa watak ini sehingga memberi kesan kepada keluarga. “Jadi apabila tiba di rumah saya akan terus berehat dan jauhkan diri dari keluarga. Saya akan ambil masa bersendirian dahulu. “Ada masanya saya dapat rasakan diri saya menjadi seorang yang cepat marah sehingga pernah tinggikan suara dengan pembantu peribadi,” ujarnya kepada mStar.

Emma bimbang watak dalam drama memberi kesan ke atas hubungan dia dan suami

Emma yang mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Shazril Azhar pada Februari 2020 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Shariq Gabriel yang berusia setahun. Dalam pada itu, Emma memberitahu dia sentiasa mengingatkan diri agar tidak terus melayan emosi cepat marah seperti yang dilakukan di set penggambaran. Katanya lagi “Saya akan ingatkan diri saya ini hanyalah lakonan dan sikap baran itu bukan diri seorang Emma Maembong. Saya perlu cepat-cepat tukar karakter apabila tamat satu babak. “Selain itu saya sentiasa cuba untuk jadi seorang yang periang dan kacau orang di set penggambaran. Kalau saya terus diam bersendirian bimbang watak yang dibawakan akan kekal dalam diri saya,” katanya. Pertama kali membawa watak sebegini, Emma akui agak sukar untuk mendalaminya ketika awal penggambaran. “Sepanjang bergelar pelakon, ini pertama kali saya bawa watak g4nas sebegini sehingga perlu mend3ra suami sendiri.

Fikry menjadi sasaran keg4nasan rumahtangga dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta

Katanya lagi, “Memang susah nak bawakannya dan saya juga gementar setiap kali di set penggambaran. “Selalunya saya akan pandang muka pengarah untuk melihat reaksi dia selepas saya melakonkan satu babak. “Ada masa saya juga kecewa dengan diri sendiri kerana merasakan satu babak itu boleh dilakukan lebih baik lagi,” jelasnya. Menerusi drama arahan Hadith Omar ini, Emma bergandingan dengan Fikry Ibrahim yang membawa membawa watak seorang suami yang menjadi mangsa dera isteri. Nusyuz Berkiblat Cinta ditayangkan setiap Ahad di saluran Astro Ria pada pukul 9 malam bermula 3 April ini. Sumber, rose merah

Leave a Reply

Your email address will not be published.