Ramai perasan Yasmin Hani dan Alif Hadi kini dah semakin rapat, dan ini yang Alif muat naik dalam media sosialnya

Viral

Selepas beberapa bulan kembali solo, aktres dan pengacara Yasmin Hani kini secara terbuka mendedahkan hubungannya dengan pelakon Alif Hadi. Pendedahan tersebut dibuat Yasmin dan Alif apabila masing-masing memuat naik foto bersama kedua-dua anak aktres itu dalam Instagram semalam. Menerusi kapsyen foto berkenaan, Yasmin dan anak-anaknya meluangkan masa berbuka puasa bersama Alif di sebuah hotel di ibu negara.

Dalam pada itu, Alif, 34, yang juga seorang duda dalam satu kenyataan mengesahkan mereka saling mengenali hati budi dan mula rapat beberapa bulan lalu. Alif bagaimanapun mahu memenangi hati kedua-dua anak Yasmin terlebih dahulu sebelum memasuki ke fasa percintaan.

Sebelum itu, pada 2 April lalu, Alif memuat naik gambarnya di pantai bersama Yasmin berserta kapsyen: “I’m attracted to this one. (Saya tertarik kepada yang satu ini) berserta emoji hati.” Terdahulu, Yasmin, 43, pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Sha’arin Mohamed Razali pada 2011 dan bercerai pada Disember tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6. Sumber, KOSMO! ONLINE

‘Perpisahan ini buat kami jadi lebih rapat’ – Yasmin Hani, Sha’arin berpisah

Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani dan suaminya, Sha’arin Mohamed Razali disahkan bercerai, selepas lebih 10 tahun ikatan rumah tangga dibina. Perkara tersebut, dimaklumkan sendiri mereka berdua menerusi hantaran di platform Instagram, semalam. Menurut Yasmin, mereka sudah dapat melaksanakan apa yang disepertujui bersama.

“Sha’arin dan Hani dapat melaksanakan apa yang telah kami persetujui bersama. Kami berdua bersetuju akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan baik -baik sahaja. Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi,” dedahnya di Instagram.

Selanjutnya, walaupun tidak berkongsi butiran lebib lanjut mengenai perpisahan mereka, namun dia berharap semua pihak dapat dapat memberi ruang dan menghormati keputusan mereka. “Kami betul-betul berharap agar semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan kami ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak,” katanya. Saya juga mahu ucapkan terima kasih buat semua yang menitipkan kata positif dan doa.Walaupun memilih untuk berpisah, namun kami akan terus menjadi sebuah keluarga penyayang. Malah, perpisahan ini buat kami jadi lebih rapat. Kami masih rapat kerana Noah dan Eissa, tetap menjadi ibu bapa kepada mereka berdua,” katanya. Sekadar informasi, Hani dan Sha’ari selamat melayari alam perkahwinan pada tahun 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Jodoh Tak Panjang, Ikatan 10 Tahun Perkahwinan Yasmin Hani & Suami Terlerai!

Ikatan rumah tangga yang dibina lebih 10 tahun antara pelakon Yasmin Hani dan suaminya Sha’arin Mohamed Razali terlerai apabila mereka disahkan berpisah. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Yasmin menerusi satu hantaran di Instagramnya, sebentar tadi. Menurut Yasmin, mereka sudah dapat melaksanakan apa yang telah dipersetujui bersama.

“Kami berdua setuju yang kami akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi. Kami betul-betul harap semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan kami ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami,” katanya.

Tambahnya, dia juga mahu mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagian mereka. “Walaupun kami memilih untuk hidup berasingan, kami tetap satu keluarga bahagia dan secara tak langsung juga hubungan kami lebih rapat. Kami masih berkongsi ikatan kerana Noad dan Eissa. Kami adalah ibu bapa yang pertama dan terpenting dan kami meminta ruang dan privasi kami dihormati,” katanya.

Susulan daripada positng itu, ramai peminat termasuk rakan artis turut meninggalkan komen dengan menitipkan doa yang terbaiik buat kedua-dua pasangan itu. Sekadar info, Yasmin Hani dan Sha’arin berkahwin pada 2011. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.

Leave a Reply

Your email address will not be published.