Tunai umrah bersama keluarga, kini Daiyan Trisha akui rindu walaupun tak pernah jejak

artis

Daiyan Trisha memaklumkan yang dia kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya. Menerusi beberapa hantaran di Instagram, Daiyan meluahkan perasaan, berkongsi rasa yang sedang mengalir dalam dirinya sejak kerajaan membenarkan rakyat untuk terbang ke luar negara pada 1 April lalu.

“Bagi mereka yang sudah lama mengikuti saya mungkin sedar yang saya pernah berada di kota yang berbeza setiap minggu, mengejar pesawat setiap hari sebelum datangnya CVDI9. Saya akan ke Los Angeles lima hingga enam kali setahun, saya akan ke Marrakech dan seterusnya Seoul dan Tokyo selang seminggu. Saya berada di luar negara lebih lama berbanding saya di Malaysia. Hal itu yang sering saya nanti-nantikan,” tulisnya di Instagram.

Daiyan menambah, apabila wabak CVDI9 melanda, dia tidak terbang ke luar negara selama dua tahun dan sepanjang itu juga dia berasa rindu untuk meneroka dan mengembara seperti waktu dahulu. “Saya rindu untuk terbang. Tetapi, apabila sempadan dibuka, dan peluang melancong datang, tiba-tiba saya berasa tak sedia. Seperti ada sesuatu yang menghalang saya. Sama ada saya terlalu sibuk atau saya mempunyai banyak perancangan.

Saya tidak rasa mahu pergi (ke luar negara) lagi. Ada satu perasaan dalam diri saya yang meminta saya untuk sesuatu yang istimewa dan berharga untuk saya ke luar negara.“Dan ini dia, Tanah Suci. Tempat paling indah untuk didatangi. Sepatutnya saya sudah tahu… Tempat yang saya tak pernah pergi, tetapi saya terlalu rindukannya. Tak pernah saya rindukan untuk berada di sesuatu tempat sehingga seperti sekarang ini. “Ya Allah Ya tuhanku, terima kasih kerana menerimaku sebagai tetamu Mu dalam bulan yang mulia ini. Terima kasih kerana menjemput ku pada masa yang paling aku perlukan Mu. Nampaknya aku telah menunggu saat ini, kerana saya aku seperti Mu telah menungguku,” tulisnya lagi. Sumber, Gempak

Haidar Hasanudin Gemuruh Jadi Tunang Daiyan Trisha, Sekali Ini Luahannya.

Haidar seronok bekerjasama dengan Daiyan Trisha dalam drama Tetuan Ang & Rahimin. Pertama kali berlakon dengan Daiyan Trisha dalam drama Tetuan Ang & Rahimin, pelakon baharu Haidar Hasanudin mengakui gementar apabila mendapat tahu bakal digandingkan dengan aktres berkenaan. Haidar bagaimanapun berkata perasaan gugup itu berjaya diatasi selepas dia mengenali Daiyan secara peribadi di set penggambaran drama tersebut.

“Dalam drama ini saya menjayakan watak pembantu, menjadi tunang kepada karakter yang dibawakan oleh Daiyan. Sejujurnya, awal-awal memang sangat gementar nak berlakon dengan Daiyan. Sebab pada pandangan saya Daiyan ni seorang pelakon yang berbakat besar dan cantik pula orangnya, tipulah kalau tak rasa gemuruhkan? Tapi bila dah kenal dan nampak keramahan dia di set penggambaran, terus rasa gugup itu hilang. Dia pula sangat baik dan beri tunjuk ajar kepada pelakon baharu macam saya ni,” katanya.

Lakonan Haidar dan Daiyan menerima pujian penonton.

Mahu serius bergiat aktif dalam dunia lakonan, Haidar berkata tawaran membintangi drama Tetuan Ang & Rahimin menjadi platform terbaik untuknya melebarkan lagi sayap sebagai pelakon. Kata Haidar, dia meletakkan sasaran untuk menjadi seorang pelakon versatil dan sehebat beberapa nama besar dalam industri lakonan tanah air.

Syukur penonton suka lakonan saya dan ada sedutan babak lakonan bersama Daiyan tular di TikTok

Haidar mahu serius dalam bidang lakonan.

“Selain menjadi pelakon tambahan, saya juga pernah melibatkan diri menjadi pengacara untuk program Podcast Malam Jumaat bersama Fify Azmi dan menjayakan beberapa tawaran pengacaraan berskala kecil. Alhamdulillah rezeki saya dapat tawaran membintangi drama bersiri arahan Wan Hasliza dan Wan Alauddin ini. Saya anggap ia sebagai permulaan yang baik, terima kasih kepada Rashidi Ishak kerana membuka jalan ini. Syukur penonton suka lakonan saya dan ada sedutan babak lakonan bersama Daiyan tular di TikTok. Sekarang ini saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Angah arahan Eyra Rahman. Untuk telefilem itu, saya berlakon bersama Puteri Balqis. Selepas ini saya memang serius mahu menceburkan diri dalam bidang seni. Saya mahu buktikan kebolehan dan mahu menjadi anak seni berjaya seperti Bront Palarae dan Amerul Affendi,” ujarnya. Tetuan Ang & Rahimin yang turut menampilkan lakonan Rashidi Ishak, Ben Amir dan Anita Baharom ini bersiaran di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 malam. Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.