Berhati hati dalam pilih kawan, sekali rupanya ini yang pernah berlaku pada Chacha Maembong

Viral

Bukan mudah melalui zaman populariti, pelakon Chacha Maembong mendedahkan dia berdepan tekanan yang teruk disebabkan gosip yang tidak benar terhadap dirinya. Menurut Chacha atau nama sebenar Siti Aishah Ismail, 26, ketika itu dia tidak dapat mengawal emosi sehingga terfikir mahu melukakan diri sendiri.

“Saya mengalami tekanan apabila ada gosip tentang diri saya sedangkan saya tidak buat perkara seperti yang diperkatakan itu. Ketika itu baru hendak kenal dunia dan disebabkan cerita sebegitu saya pernah terfikir hendak lukakan diri sendiri. Syukur saya cepat sedar dan tahu masih ada orang sekeliling yang sayang,” katanya.

Chacha lebih berhati-hati memilih teman rapat

Bagaimanapun, Chacha berkata, apa yang berlaku itu membuatkan dirinya lebih matang berdepan ftnah dan gosip l.1ar. Bagi adik kepada Emma Maembong ini, ia adalah lumrah sebagai seorang artis apabila segala tindakan akan menjadi perhatian dan tidak mudah untuk memuaskan hati semua pihak.

“Perkara tersebut menjadi pengajaran dan buatkan saya lebih matang dalam berfikir serta melakukan sebarang tindakan. Bukan mudah hendak puaskan hati semua walau saya cuba untuk mengikut apa kehendak orang lain ketika itu. Jadi lebih baik saya biarkan sahaja dan menjalani hidup seperti biasa,” jelasnya.

Syukur saya cepat sedar dan tahu masih ada orang sekeliling yang sayang

Dalam masa sama, Chacha juga mengakui dia juga berhati-hati dalam memilih kawan rapat terutamanya dalam kalangan yang boleh dipercayai. “Saya seorang yang peramah dan mudah berkawan dengan sesiapa pun walau baru kenal. Namun sekarang ini lebih berhati-hati untuk rapat dengan orang kerana kadang-kala orang yang rapat pun boleh tikam belakang,” ujarnya. Chacha ditemui ketika majlis sidang media Ad Hoc Raya 2022 di Kuala Lumpur pada Sabtu. Festival jualan hari raya ini bakal berlangsung pada 29 April hingga 1 Mei ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WCTKL). Sumber, mstar

‘Saya tak buat kerja itulah!’ – Chacha Maembong

“Kalau betul saya dapat RM40,000 satu malam, buat apa nak berlakon lagi?” Itu kata pelakon Chacha Maembong, 24, sekali gus menafikan dirinya antara artis yang terbabit dalam sindiket pelacvran kelas atasan yang dibayar antara RM20,000 sehingga RM40,000 untuk satu malam. Ia susulan gosip yang dikeluarkan semalam sehingga ada pihak yang mengaitkan nama pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu. Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail berkata, tdvhan yang dilemparkan itu adalah ftnah yang sengaja mahu menjejaskan kerjaya seni dan perniagaan dibinanya.

“Saya bekerja dari dulu sampai sekarang memang cari rezeki. Orang nak cakap apa dan fitnah macam-macam, teruskan. Satu hari akan terbukti juga. Semalam keluar gosip kaitkan nama saya dalam skandal RM40,000. Ramai mesej peribadi (DM) di Instagram dan komen. Kalau betul, saya tak perlu berlakon dan kerja. Tapi itulah, semua itu mulut orang dan kaitkan dengan perangai saya dulu. Apabila saya sudah berubah pun, orang tetap kaitkan lagi dengan perangai lama saya. Bagi saya, ia adalah lumrah mulut orang,” katanya.

Dalam masa sama, Chacha yang ditemui di lokasi penggambaran drama Bidadari Salju terbitan A Aida Productions berkata, dia juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduh dirinya terbabit dalam aktiviti Macau Scm.

“Beberapa hari lalu saya ada keluarkan kenyataan di Instagram mengenai perkara ini sebab terlalu banyak fitnah yang dilemparkan. Konon saya tipu duit orang dengan produk saya. Mereka kata produk saya datang dari wang haram. Saya perlu menjelaskan perkara ini demi menjaga reputasi produk saya apatah lagi ia masih baru di pasaran. Lagi pula ini kerjasama saya dengan Alken dan tidak ada kaitan langsung dengan aktiviti haram itu. Saya akan ambil tindakan undang-undang pada komen yang melampau. Ia menjejaskan kerjaya, perniagaan dan nama ahli keluarga lain. Saya berani kerana saya tak salah. Jadi apa yang orang nak cakap, cakaplah,” katanya. Sumber, Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.