Barangan China tanpa SIRIM lagi bagus, Kalini Michael Ang pula tampil beri respon isu pelitup muka

artis

Umum lagi memnag kita ketahui baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bahawa semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd. Perkara ini adalah selaras dengan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Fantastik Idea Dari Malaysia Ramai yang turut menyuarakan pendapat mengenai isu penandaan SIRIM ini. Salah seorang selebriti yang turut menyuarakan pendapatnya adalah Micheal Ang. Micheal Ang turut memuat naik satu video dengan menyatakan perkara ini merupakan salah satu idea yang ‘fantastik’ dari Malaysia. Video, klik link

Barang Yang Dibeli Dari China Lagi Bagus

Dalam Instagram miliknya, Micheal Ang menyatakan bahawa plug yang terdapat dirumahnya masih meletup walaupun telah mempunyai penandaan SIRIM. Tambahnya lagi, barangan yang dibeli dari China yang lebih bagus daripada barangan yang telah mempunyai penandaan SIRIM. Tak Akan Stok Yang Dirumah Perlu Dibuang, Micheal Ang turut mempersoalkan mengenai status pelitup muka yang terdapat dirumahnya sekarang ini. Dia mempersoalkan adakah stok pelitup muka yang terdapat di rumahnya sekarang ini perlu dibuang kerana tidak mempunyai penandaan SIRIM. Baginya, idea ini merupakan idea yang membazirkan duit rakyat dan akhir penulisannya, dia menyatakan bahawa dia sedikit kecewa kerana duitnya tidak tumbuh atas pokok untuk membuang pelitup muka yang sedia ada dan membeli yang baru dengan penandaan SIRIM. Sumber, murai

Tak Setuju Pasal Pelitup Mask Sirim, Sekali Ini Respon Jaafar Onn Buat Ramai Yang Terkedu. Kurang bersetuju dengan cadangan penguatkuasaan pelitup muka perlu ada kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), pelakon dan pengacara senior, Jaafar Onn melahirkan rasa kecewanya.Jaafar atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang mempersoalkan mengapa sesetengah pihak suka menyusahkan rakyat yang memang sudah tersepit disebabkan pandemik Covid-19. “Ada ke pula sekarang nak pakai pelitup muka kena ada cop SIRIM. Apa bendalah semua ini. “Menyusahkan orang. Selama ni tak payah pun, kenapa pula sekarang ini ‘bersirim-sirim’?,” getus Jaafar, 71.

Menyebelahi nasib rakyat yang terkesan disebabkan pandemik, pelakon filem televisyen, 18 Puasa Di Kampong Pisang itu menegaskan, selama ini tiada cop SIRIM namun semuanya berada dalam keadaan tidak mendatangkan mudarat. “Ini semua nak buat bisnes agaknya, kau ingat apa? Kau ingat orang Malaysia ini kaya-raya? Asyik nak kenakan duit, duit, duit. Orang nak cari duit pun susahlah. “Apa bendalah nak kena cop SIRIM bagai, selama ini yang kita pakai dah tiga tahun tiada pun cop SIRIM ke apa, tiada apa-apa pun (jadi).

“Mt lagi ada lah. Apo lahai. Bdh punya kerja. Assalamualaikum,” ujar Jaafar menerusi satu muat naik video dalam TikTok. Hari ini, media melaporkan Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan yang dikuatkuasa 4 Julai depan ditangguhkan kepada 1 Januari tahun hadapan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas dari umum. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu Datuk Seri Alexender Nanta Linggi, perkara itu diumumkan ekoran reaksi orang awam termasuk pihak industri terbabut.

“Setelah ambil kira maklum balas masyarakat, kementerian menangguhkan penguatkuasaan pewartaan.” “Demi keselamatan pengguna” Tempoh itu diperuntukkan bagi membolehkan pihak terbabit diberi pencerahan dan persediaan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011. Tegasnya, pewartaan itu bertujuan memastikan produk dihasilkan termasuk diimport mempunyai penandaan sah standard Malaysia (MS) dikeluarkan SIRIM. “Ini juga bagi memastikan pelitup itu mematuhi piawaian dan berkualiti demi keselamatan pengguna selain meningkatkan perlindungan daripada jangkitan Covid-19.” KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.