Bakal bergelar Puan tak lama lagi, rupanya ini wajah bakal suami Mas Idayu

artis Uncategorized

Penyanyi terkenal Mas Idayu bakal berkahwin dengan lelaki pilihannya yang juga Penerbit Eksekutif di TV3, Sufian Isa pada September depan. Mas Idayu berkata, dia dan Sufian sudah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 dan baru menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu. “Sejujurnya saya sendiri tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Apatah lagi selepas 15 tahun hidup sendiri.

Cuma dua tahun kebelakangan ini saya memang berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik. “Dalam diam siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama. Dari hanya usikan rakan-rakan pada program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu membawa kepada hubungan yang serius. “Peserta LCK yang tak kahwin, akhirnya kami pula yang bakal berkahwin. Inilah yang dikatakan jodoh. Doakan semoga perancangan kami dipermudahkan,” katanya.

Mas Idayu bersama bakal suami

Berkongsi lanjut mengenai hubungan mereka, Mas Idayu berkata, Sufian sudah datang berjumpa kakak sulungnya. “Tidak ada istilah dia melamar saya pun. Kami masing-masing faham isi hati. Dia terus cakap nak jumpa keluarga saya yang kebetulan datang dari kampung. Tentu saja saya gembira. Bukan kerana nak kahwin, tapi lebih pada saya dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga saya. Malah, anak saya juga yang aturkan tempat untuk kami berjumpa empat kali. Kalau nak bercakap soal persiapan, sekarang ini sudah 30 peratus siap. Tempat pula ada beberapa, tinggal nak pilih saja,” katanya.

Terdahulu, Mas Idayu juga penyanyi lagu Cintaku 100% pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan berpisah pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun. Sumber,  HMETRO ONLINE

Kami mula rapat tahun ini – Mas Idayu

Selepas hampir 15 tahun menutup pintu hati kepada cinta, Mas Idayu mengaku sedang mengenal hati budi seorang jejaka. Penyanyi lagu Cintaku 100% itu tidak dapat menyembunyikan perasaan berbunga-bunga sambil mengaku apa yang dilalui ibarat bercinta pada zaman anak dara. Bagaimanapun, juri tetap program Mic ON! itu belum sedia mendedahkan siapa lelaki yang berjaya menambat hatinya. Sebaliknya, Mas Idayu berjanji berkongsi apabila tiba masa sesuai.

“Saya tidak sangka hati kembali terbuka untuk mengenali seseorang. Selama ini, saya tutup pintu hati walaupun banyak lelaki cuba mendekati. Malah, saya pernah didekati lelaki muda tetapi pada masa sama, perlu memikirkan perasaan anak. Saya sentiasa berdoa agar dibuka rezeki jodoh. Saya fikir sudah tiba masanya untuk hidup berteman. Tetapi tidak sangka doa yang dimohon akhirnya termakbul,” katanya kepada BH Online.

Mas Idayu yang pernah menjadi juri program Dangdut Academy Asia terbitan Indosiar mengaku makin rapat dengan jejaka berkenaan, tahun ini. Tambahnya, jejaka itu bukan selebriti, sebaliknya, bekerja dalam industri hiburan. Malah, mereka pernah bekerjasama dalam beberapa projek sebelum ini.

“Tahun lalu, memang ada yang cuba mengusik saya dengannya. Tetapi hubungan kami hanya mula rapat tahun ini. Kami beberapa kali keluar bersama. Setakat ini, hubungan kami baik. Cuma saya memohon agar doakan yang baik-baik sahaja untuk perhubungan ini,” kata ibu kepada seorang cahaya mata, Nur Dayini Ashiqah berusia 25 tahun ini. Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka tetapi berpisah pada 2006. Sumber, BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.