Terus lemah dan pucat selepas beli puding buih di Bazar ramadhan, kali ni bapa tampil dedahkan perkara sebenar

Semasa

Dua beradik mengalami cirit birit dan mvntah selepas dipercayai memakan puding buih dibeli ibunya di bazar Ramadan ber hampiran Padang Bola Kampung Bukit Tumbuh, di sini, Rabu lalu. Mgsa, Muhammad Aqil Rifqi Mohd Rusnizam, 9, dan adiknya, Nur Azzahra Raisha, 7, dari Kampung Bukit TokBeng, di sini, dikejarkan ke hospital untuk mendapat kan rawatan, kira-kira sembilan jam selepas memakan puding buih itu.

Bapa mgsa, Mohd Rusnizan Johari, 39, berkata Muhammad Aqil Rifqi dan Nur Azzahra memakan puding buih di beli ibunya, Tuan Naemah Tuan Husain, 37, di sebuah gerai di bazar Ramadan di kampung itu, kira-kira 6 petang, Rabu lalu. Katanya, dua beradik yang masing masing belajar di Tahun Tiga dan Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tumbuh, di sini, mula mengalami cirit-birit dan muntah, kira-kira 4 pagi Khamis lalu.

“Melihat kepada keadaan dua beradik yang semakin lemah, long lai dan pucat, saya terus membawa ke sebuah klinik swasta sebelum diarahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Muhammad Aqil Rifqi dan Nur Azzahra terus dimasukkan ke zon merah Jabatan Kecemasan @ Travma HSNZ,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Mengulas lanjut, Mohd Rusnizan berkata, peniaga di gerai ber kenaan mendakwa hanya membantu menjual puding buih yang dihantar seorang individu.

“Saya sendiri berjumpa dengan peniaga dan memaklumkan puding buih yang di beli isterinya punca dua anak terpaksa dimasuk serta dirawat di wad kecemasan HSNZ. Peniaga berkenaan mendkwa dia hanya mengambil upah menjual pelbagai juadah berbuka puasa termasuk puding buih,” katanya.

Sementara itu, Tuan Naemah ketika di hubungi berkata, dua beradik itu makan nasi goreng bersama seorang lagi saudara sepupunya ketika berbuka puasa. Bagaimanapun, katanya, saudara sepupunya tidak makan puding buih yang dibeli di sebuah gerai menjual di bazar Ramadan.

“Kita mengesyaki Muhammad Aqil Rifqi dan Nur Azzahra ker.cunan puding buih kerana saudara sepupunya dan saya sendiri yang tidak makan makanan itu tidak mengalami sebarang cirit-birit dan muntah,” katanya. Mengulas lanjut, Tuan Naemah mengesahkan keadaan dua beradik itu semakin pulih tetapi masih memerlukan penjagaan rapi selepas tiga hari dirawat di wad kanak-kanak di HSNZ.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong ketika dihubungi mengesahkan ada menerima maklumat itu dan dua beradik berkenaan kini sedang dirawat di HSNZ. Katanya, siasatan untuk menentukan punca dua beradik itu kerac.nan masih dijalankan. “Kami juga sudah mengambil sampel untuk dianalisis bagi menentukan punca sebenar sehingga menyebabkan dua beradik itu mengalami keracunan makanan,” katanya. SUMBER, HMETRO

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.