Terkejut bila tahu dah berbadan dua, Usahawan popular ini dedah alat ujian kehamilan buat ramai teruja

Viral

Memang tak asing lagi kita dengan selebriti popular Malaysia ini. Kalini usahawan dan selebriti popular, Neelofa teruja berkongsi momen sewaktu mengetahui dirinya hamil cahaya mata sulung Muhammad Bilal yang kini berusia tiga bulan. Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor memuat naik satu video di aplikasi TikTok memaparkan dia memegang alat ujian kehamilan yang menunjukkan perkataan ‘hamil 3+’. Menerusi rakaman berdurasi 31 saat itu, kedengaran suara Neelofa dalam nada terkejut seolah-olah tidak percaya bahawa dirinya sedang berbadan dua sebelum terdiam seketika. Banyak kali dikatakan “OMG” ,“Bila pertama kali tengok the word pregnant di test kit,” tulis bekas pengacara MeleTOP itu di ruangan kapsyen posting tersebut. Selebriti berusia 33 tahun itu berkata, dia tidak merancang tentang kehamilan selain mengambil keputusan bagi melakukan pemeriksaan kerana lewat jangkaan haid. Katanya lagi, “Masa ni terkejut bila tahu hamil, sebab tak rancang pun. Lepas tu macam ‘blur’ kejap sebab dah tiga minggu lebih. Buat ujian sebab haid dah lewat,” katanya. Video, Klik link

Daripada perkongsian tersebut, video berkenaan meraih sebanyak 750,000 tontonan dan hampir 300 komen warganet turut teruja melihat momen berharga selebriti itu yang bakal dikurniakan zuriat. Malah, ada juga segelintir individu membuat permintaan sekiranya terdapat video menunjukkan reaksi suaminya Haris Ismail berhubung kehamilan tersebut yang pasti membuatkan ramai tersenyum. Anatar komen warganet lagi “Ni bukan adik Bilal tau”, “Kita pun teruja padahal dah lahir”, “Nak tengok reaksi Haris”,”Saya pun macam ni dulu”. Untuk rekod, Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah bebas mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu namun belum mendedahkan wajah bayi mereka. Sumber, Rose merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Masih Lagi Belum Menutup Aurat, Lama Berdiam Akhirnya Atiisha Tampil Dedahkan Sikap Sebenar Kakak Sendiri Buat Ramai Yang Terkedu. Sebut sahaja nama Neelofa, pasti ramai mengenali pelakon dan pengacara popular itu. Bukan sahaja Neelofa malah adik beradiknya juga turut dikenali ramai. Antara adik beradik Neelofa yang popular adalah Noor Nabila, Ameera Khan dan Atisha Khan. Namun antara ketiga mereka, Atisha antara yang terkenal menerusi saluran YouTube. Meskipun dikenali sebagai adik kepada selebriti terkenal, Namun Atisha berkata dia tidak menjadikan kakaknya sebagai batu loncatan untuk membina nama. Ujarnya, tiada guna berpaut pada populariti kakak semata-mata, tetapi diri sendiri tidak berusaha menghasilkan sesuatu yang berbaloi.

“Tak sangka percubaan pertama menjadi sehingga ahli keluarga menyarankan membuka saluran YouTube sendiri, tetapi Sha pula enggan terburu-buru. “Sha ambil inisiatif menggali ilmu suntingan dan teknik angle rakaman video serta mencuba bermacam-macam aplikasi terlebih dahulu,” katanya. Gadis berusia 22 tahun yang melanjutkan pengajian di United Kingdom (UK) itu sering menghasilkan video berkisarkan kehidupan, pengalaman melanjutkan pelajaran, persahabatan, keluarga, budaya dan tutorial solekan. Ditanya soalan adakah dia terbeban memiliki kakak bernama Neelofa yang mempunyai pengaruh yang besar, Atisha berkata dia amat mengagumi kakaknya yang mesra disapa Kak Lofa itu.

“Sha amat mengagumi Kak Lofa (Neelofa). Beliau bukan sahaja bijak dalam akademi dan penampilan, bahkan bijak berbisnes dan menyusun perjalanan karier dengan baik. Pelbagai ujian dan cabaran yang datang, Kak Lofa hadapi semua itu dengan sabar dan tabah. “Kak Lofa sedikitpun tidak melatah, apatah lagi perlu melayan warga maya yang melemparkan kata-kata sinis. Ketenangan Kak Lofa mengendalikan apa jua situasi cukup luar biasa,” katanya. Dalam pada itu, Atisha mendedahkan Neelofa tetap sama meskipun dia kini sudah berniqab. Malah, tidak pernah memerli mereka adik-beradik walupun belum berhijab. “Walaupun kini memakai niqab, personaliti Kak Lofa tetap sama. Beliau tidak pernah memerli apa lagi memaksa kami adik-beradik untuk turut sama memakai hijab sepertinya,“ luah Athisha. Sumber, SinarPlus via gulapop

Leave a Reply

Your email address will not be published.