Tauliah untuk mengajar pada beberapa penceramah selebriti ini ditarik semula, Sekali ini kenyataan dari MAIS

Viral

Memang tak asing lagi kita dengan penceramah bebas ini. Baru baru tular berita mengenai beberapa nama penceramah terkenal dilaporkan tidak lagi dibenarkan untuk memberi kuliah agama di negeri Selangor selepas tauliah mengajar mereka ditarik semula oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Menurut laporan sumber, mereka yang terjejas dengan penarikan tauliah ini ialah bekas calon PAS untuk DUN Kota Anggerik, Ahmad Dusuki Abd Rani, penceramah Nazmi Abdul Karim dan Syamsul Amri atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat.

Difahamkan, sebelum ini tular satu dokumen bertarikh 17 Mac 2022 yang memaparkan nama penceramah yang ditarik semula tauliah untuk mengajar oleh MAIS. Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, yang namanya turut tersenarai telah mengesahkan kesahihan dokumen tersebut kepada sumber. Jelas Fakhrulrazi, dia sedar akan situasi ini selepas diberitahu oleh exco agama Islam Selangor dalam kumpulan WhatsApp, selain MAIS juga tidak menafikan tentang perkara ini. Ahmad Dusuki, yang difahamkan telah gagal dihubungi oleh sumber ada memuat naik satu hantaran di laman Facebook baru-baru ini berkenaan isu yang tular itu. Sehingga kini, masih tiada lagi kenyataan rasmi daripada Syamsul Debat dan Nazmi. Sumber, lobak merah

Dakwah santai sahaja. Apabila disebut saja mengenai TikTok, pastinya ia bukan satu aplikasi asing khususnya bagi golongan muda yang lazim menjadikan medium ini untuk menunjukkan bakat seperti tarian dan aksi lucu dengan berlatar belakangkan pelbagai genre muzik. Namun kini, aplikasi itu dilihat bukan untuk hiburan semata-mata apabila ramai dalam kalangan pendakwah turut mempunyai akaun TikTok dan menghasilkan video pendek untuk menyampaikan ilmu agama dan dakwah dalam bentuk yang lebih menarik sehingga mendapat tontonan yang tinggi serta memasuki FYP (For Your Page). Bagi pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, 45, yang mempunyai lebih 743,000 pengikut menerusi aplikasi itu, platform berkenaan mampu merapatkan jurang masyarakat dengan golongan pendakwah khususnya generasi muda.

Katanya lagi “Saya dapati ramai terutama remaja menggunakan aplikasi TikTok, jadi saya ambil pendekatan apabila orang ramai berada, maka di situlah dakwah Islam perlu dilakukan mesti ada agar mereka tidak terus leka. “Apabila ada ‘peringatan’ dan info tentang agama Islam, masyarakat tidak akan terus terbuai dengan arus dunia sebaliknya hidup dalam keadaan lebih berfokus dan bermanfaat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. Dalam keterbatasan peluang berkomunikasi secara bersemuka dan mengadakan majlis agama disebabkan pandemik Covid-19 ketika ini, Ahmad Dusuki berkata, pendakwah sepertinya perlu bijak menggunakan medium dan teknologi yang ada untuk menyampaikan ilmu. Ternyata usaha yang dilakukannya itu tidak sia-sia apabila video TikTok yang dihasilkannya menerima tontonan tinggi selain sering disusuli soalan berkaitan kemusykilan agama daripada warganet.

Seorang lagi pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Adnin Roslan, 29, juga senada dengan Ahmad Dasuki apabila video yang dimuat naik menerusi aplikasi itu menerima maklum balas positif daripada pemilik akaun TikTok dan turut dikongsi di media sosial lain seperti Whatsapp dan Facebook. Beliau yang mempunyai satu juta pengikut di akaun TikToknya @adninroslan berdakwah melalui pendekatan santai dan berhemah dalam menyampaikan sesuatu isu dan hukum agama agar lebih mudah difahami. “Sesetengah orang khasnya orang muda tidak suka apabila kita bersyarah dengan panjang lebar. Mereka hanya mahu tahu sama ada boleh atau tidak, jadi saya kemukakan jawapan terhadap semua soalan secara ringkas tetapi padat. “Bagi memenuhi permintaan, saya juga akan menyampaikan dakwah menerusi kaedah nyanyian yang telah ditukar liriknya,” katanya yang juga pengasas syarikat produksi dan rakaman, penerbitan buku serta konsultansi Tarbiah Sentap. Sumber, harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.