Hargai usaha orang lain, ramai yang pertikaikan tentang isu tiru content Khairul Aming sekali ini respon tuan badan

artis

Kalau kita perasan, untuk bulan Ramadan tahun ini, ramai yang akan buat content video masak-masak ala-ala cara Khairul Aming dan ia menjadi satu isu di Twitter. Ramai warganet yang perli dan kritik content creators ini kerana dilihat masing-masing berlumba-lumba nak jadi macam influencer untuk food content ni. Selepas beberapa hari namanya sering disebutkan, tuan empunya badan akhirnya tampil buka mulut.

“Bukan senang weh nak buat video, memang penat. lets appreciate effort semua orang yang buat video ni.” Baginya, apa salahnya dan lebih menggalakkan untuk meriahkan lagi industri. Dalam pada itu, Khairul Aming turut bandingkan negara kita dengan negara jiran yang mempunyai content yang hebat. Malah, dia juga turut menjelaskan bahawa untuk menghasilkan satu video itu bukanlah satu perkara yang mudah, jadi dia menggesa kita semua hargai segala hasil yang dibuat oleh individu yang nak buat content sendiri ni. Dalam pada itu, Khairul Aming turut berharap agar isu ini tidak perlu dibangkitkan lagi. Malah dia juga menyatakan bahawa ramai orang kita yang berbakat, jadi boleh gunakan platform seperti TikTok untuk tunjukkan bakat mereka. Ia jadi satu kerugian kalau kita sekat orang-orang yang berbakat sebegini. Tuan empunya badan sendiri siap bagi support kita bulan puasa ni tak yah lah nak condemn.

Perlu lebih ramai ‘influencer’ pelbagai bidang. Putrajaya: Negara memerlukan lebih ramai ‘influencer‘ (pempengaruh) media sosial dalam pelbagai bidang yang dapat memberi nilai tambah kepada masyarakat, demikian pandangan Usahawan Digital Khairul Amin Kamarulzaman. Beliau yang lebih dikenali sebagai Khairulaming di platform media sosial, berkata, lebih banyak influencer dalam bidang seperti pendidikan, inovasi dan teknologi diperlukan bagi membentuk generasi muda negara yang berkualiti. “Orang sering salah faham, tidak perlu pendidikan untuk jadi famous (terkenal), memang betul sebab apa-apa awak buat yang orang suka atau tak, boleh jadi famous, tapi apa yang berbeza di sini ialah, macam mana value (nilai) yang awak bagi pada peminat awak.

“Kita perlukan lebih banyak influencer dalam pelbagai bidang bukan setakat hiburan tetapi juga pendidikan, dan yang boleh jadi peneraju dunia macam perniagaan yang melibatkan inovasi. Kita boleh perlahan-lahan tambah baik generasi influencer di Malaysia,” katanya kepada media selepas menjadi tetamu program SKILLBOX@Kelab Malaysiaku Siri 2/2021 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini, hari ini. Khairul Amin, yang mempunyai 6.7 juta pengikut di pelbagai platform di media sosial berkata, pihak berwajib seperti kerajaan juga boleh menyediakan garis panduan kepada mereka yang berjaya.

“Influencer ni bukan kerjaya yang formal, seperti kejuruteraan ada kursusnya, tetapi influencer ini benda yang dibina sendiiri. “Kita dah berada di zaman yang tak boleh nak halang budak-budak daripada media sosial kerana ia sudah sebati dalam diri mereka, jadi daripada kita halang dan beri tekanan, lebih baik kita tunjuk ajar macam mana mereka boleh berjaya dalam bidang ni. Dalam pada itu, Khairul Amin berkata, pelajar digalakkan untuk meneroka kemahiran-kemahiran yang tidak dipelajari dalam kelas formal seperti coding, editing, story telling dan sebagainya bagi mempersiapkan diri dalam suasana persaingan yang sengit ketika ini, “Yang saya tekankan pada adik-adik yang di sekolah ini, daripada awal fokus pada pelajaran tapi pada masa sama pelajari kemahiran untuk membuat duit suatu hari nanti, sebagai contoh buat coding untuk software, ini kemahiran yang sangat berharga,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi tetamu jemputan yang juga Pengacara DidikTV, penyanyi dan pelakon Wani Kayrie, 21, berkata, bagi mengelak diselubungi perasaan rendah motivasi dan tekanan semasa pandemik yang berpanjangan ini, pelajar digalakkan agar sentiasa mengubah tempat mereka belajar di samping terlibat aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). “Duduk sahaja depan komputer riba semasa PdPR, memang stress, jadi kita ubahlah tempat belajar seperti di luar rumah.

“Semasa PdPR kalau kita hanya mendengar cikgu mengajar, memang akan bosan, jadi dengan bertanya soalan semasa kelas secara maya tu kita akan lebih aktif,” katanya. Dalam program SKILLBOX@Kelab Malaysiaku Siri 2/2021, seramai 1,623 pelajar sekolah menengah daripada 706 sekolah di seluruh negara menyertai program ini dan antara pengisiannya ialah pop kuiz dan sesi soal jawab bersama tetamu jemputan. Kali ini, tema pembangunan kerjaya dipilih bertujuan memberi gambaran atau pendedahan awal kepada para pelajar berkaitan pemilihan karier pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.