Bakal digandingkan bersama, sekali ramai yang teruja lepas tengok anak Norman dan Erra Fazira

artis

Satu perkongsian di Instagram milik pelakon kacak, Norman Hakim jadi tumpuan bila mana aktor tersebut memuatnaik foto yang jadi perhatian orang ramai di media sosialnya. Melihat di Instagram, baru-baru ini Norman dan isterinya Memey Suhaiza menjemput Erra Fazira berbuka puasa bersama keluarganya. Mengabadikan momen bertemu rakan lama, Norman memuatnaik foto bergambar bersama Erra. Manakala anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim bergambar bersama anak perempuan Erra, Engku Aleesya di Instagram sambil menulis kapsyen yang menarik perhatian ramai. “Jangan swipe kalau tak nak tengok Hafsham dan Farah Diba dalam filem Pasrah masa remaja” tulisnya

Melihat foto yang dikongsikan Norman di Instagram nya, rata-rata ramai yang memberi komen mahu filem Pasrah 2 dihasilkan tetapi versi lakonan anak Norman dan Erra. “Tolong buat cerita Pasrah 2022” “Hahaha boleh buat prequel ni bang” “Boleh buat Pasrah 2 versi anak-anak pula, kan Hafsham dengan Farah Diba tak ada jodoh masa muda” ujar mereka. “Boleh sangat tu kesinambungan cerita Pasrah 2022”. “Buat filem baru”. “Tapi boleh sambung balik ni #Pasrah2” komen mereka. Selain itu, ramai juga yang berseloroh dengan memberi komen anak kedua-dua pelakon terkenal ini sesuai dijadikan calon menantu. Sekadar info, Norman Hakim dan Erra Fazira bukan saja pernah berlakon bersama dalam filem popular seperti Pasrah. Malah pernah digandingkan dalam filem Gla-Gla Pengantin, Gla-Gla Pengantin Popular, Gerak Khas, dan Gerak Khas The Movie.

Lama Dah Berlalu Erra Fazira Mula Tampil Bongkarkan Rahsia Pertama Kali Jumpa Dengan Awie. Rupanya Ini Yang Terjadi. Masih ramai peminat belum dapat melupakan kisah cinta Erra Fazira dan Awie walaupun ia sudah lama berlalu. Suatu ketika dulu mereka merupakan pasangan yang hangat diperkatakan. Di saat kemuncak mereka di dalam karier masing-masing sebagai penyanyi dan pelakon, mereka kelihatan sangat secocok. Tetapi jodoh itu ketentuan Tuhan. Masing-masing membawa haluan sendiri apabila percintaan mereka putus di tengah jalan. Apatah lagi laluannya tidak ‘cantik’ sehinggakan mereka tidak bertegur sapa.

Tapi itu dulu! Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, primadona Erra Fazira dan raja rock Datuk Awie sudah mula membina kembali persahabatan mereka. Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira mendedahkan kemunculan awalnya dalam bidang lakonan adalah berikutan pelawaan daripada bekas kekasihnya yang juga vokalis kumpulan Wings, Awie. Erra, 45, berkata, dia pada asalnya lebih meminati bidang seni suara, sebelum ‘terjebak’ ke dunia lakonan apabila bakatnya diyakini penyanyi rock itu walaupun tidak berbekalkan sebarang pengalaman. “Saya sebenarnya tidak meminati bidang lakonan tetapi lebih kepada nyanyian sewaktu zaman persekolahan. Namun kemunculan dalam bidang lakonan adalah kerana pelawaan daripada Awie sendiri.

“Pada waktu itu saya ditawarkan dua buah filem iaitu Sembilu dan Putera (lakonan Vanida Imran dan Joe Wings). Tapi Awie yang tarik saya ke Sembilu dan meyakinkan yang saya boleh dibimbing walaupun tanpa bekalan pengalaman dan bakat,” katanya. Erra membuat kenyataan sewaktu temubual ‘Begitu Begini DJ Nazz’ di saluran Youtube Gegar. Menyentuh sesi ujibakat pertama dihadirinya, primadona itu mengimbau perasaan gugup yang dihadapi hingga nyaris diketepikan sutradara Datuk Yusof Haslam. “Ketika menghadiri ujibakat lakonan dengan Datuk Yusof Haslam, saya menggeletar membaca skrip yang diberi. Awalnya Yusof enggan mengambil saya kerana saya kelihatan begitu panik sekali.

“Namun Awie yang meyakinkan Yusof bahawa saya boleh dibimbing. Saya memasuki bidang lakonan kerana dua insan ini iaitu Awie dan Yusof,” katanya. Erra memberitahu, perkenalannya dengan Awie sebenarnya terlebih awal bermula sebelum mereka membintangi filem Sembilu lagi. “Sebenarnya saya mengenali Awie sebelum filem Sembilu lagi. Pada ketika itu, saya rasa Awie mengenali saya kerana saya memenangi sebuah pertandingan ratu cantik. “Jadi dia kenal di situ dan kami pun terjumpalah di suatu tempat, maka dia yang mula approach saya. Daripada pertemuan itu, kami pun saling berhubung,” dedahnya.

Erra berkata, hubungannya dengan Awie berpunca kerana penyanyi rock itu mempunyai jiwa ‘rock’ sepertinya. Erra menyifatkan dirinya sebagai seorang yang berperwatakan ‘tomboy’ di usia muda. “Sejujurnya, saya terkejut pada awalnya apabila Awie (yang mempunyai nama besar) mendekati saya. Namun pada masa sama, ramai juga individu lain yang cuba mendekati saya ketika itu.. kononnya! “Kerana masih muda, lagi pula menang gelaran ratu cantik kan.. Tetapi kerana seorang bintang rock mendekati saya, dialah yang saya terima,” katanya. Erra bagaimanapun menganggap terputusnya hubungan mereka kerana tiadanya jodoh, selain dugaan yang dilalui begitu besar memandangkan Awie adalah bintang idola kegemaran ramai.

“Itu namanya jodoh sudah tiada. Dugaan begitu banyak.. itu lumrah bercinta, apatah lagi saya bercinta dengan rockstar kot! Kira idola ramai oranglah. Dugaan memang sangat tinggi. “Tapi Alhamdulilah, tinggi tak tinggi pun enam tahun jugalah bertahan. Lepas tu dah ke fasa pertunangan, namun tidak pula kesampaian,” katanya. Untuk rekod, Erra yang menjalinkan hubungan cinta dengan Awie selepas membintangi filem Sembilu, pernah mengikat tali pertunangan pada tahun 1996 sebelum terlerai pada hujung 1998. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.