Comel je gelagat anak Fizo Omar teruja nak dapat adik, tengok reaksi Maryam tu buat ramai yang geram

artis

Pada Februari lalu, pelakon Fizo Omar akhirnya berkongsikan berita gembira mengesahkan isterinya, Fazeera Nazri kini berbadan dua. Baru-baru ini, Fizo ada memuat naik video di Instagram memaparkan momen mesra Fazeera bersama anaknya, Wan Maryam. Menerusi video itu, Maryam dilihat teruja bakal menjadi kakak tidak lama lagi dan mencium perut Fazeera. Perkongsian pelakon itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang turut teruja melihat aksi Maryam serta mendoakan baik-baik buat Fizo sekeluarga. Terdahulu, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

BARU-BARU ini, pelakon Fizo Omar ada berkongsi beberapa keping foto bersama isteri kesayangannya, Fazeera Nazri dalam Instagram. Perkongsian foto tersebut bagaimanapun menarik perhatian warganet apabila memuji penampilan Fazeera yang tampil berhijab. Difahamkan Fazeera dan Fizo sedang menghadiri sebuah kursus selama empat hari. Dek perkongsian foto tersebut, ruangan komen pantas dibanjiri pujian pengikut Fizo terhadap kecantikan Fazeera. Ramai berharap agar wanita itu kekal menutup aurat dengan sempurna.

Malah, ada juga pengguna Instagram mendoakan Fazeera supaya istiqamah dan menjadi wanita Muslim sejati. “Hanya nak doa semoga isteri abang Fizo terus istiqamah,” kata seorang warganet. “Cantiknya isteri Fizo bertudung,” komen seorang lagi pengguna Instagram. “Alhamdulillah. Sudah bertudung isteri Fizo. Semoga istiqamah ke arah kebaikan,” komen seorang pengguna Instagram. Diva pun mendoakan semoga Fazeera dan Fizo terus kekal bahagia sehingga ke anak cucu. SUMBER, MEDIA HIBURAN

Sah Bakal Dapat Anak. Isteri Fizo Omar Muat Naik Satu Rakaman Dan Ini Penjelasan Isteri Fizo. Pernah timbul spekulasi yang mengatakan isteri kepada pelakon dan usahawan Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri hamil selepas warganet mendkwa melihat ‘baby bump’. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Fazeera mengesahkan dengan berkongsi berita gembira pada malam Ahad. Memuat naik video berdurasi 50 saat, Fazeera menyatakan rakaman itu dibuat pada bulan pertama perkahwinan mereka. Fazeera membuat kejutan kepada Fizo, 36, dengan memberi alat ujian kehamilan sambil tersenyum.

Video ini diambil ketika bulan pertama perkahwinan kami, ia kejutan besar buat dia apabila beritahu saya hamil. Alhamdulillah, ini hadiah paling istimewa buat kami dan saya berdoa agar semuanya berjalan lancar. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar kelihatan terkejut namun gembira pada waktu yang sama. Maksudnya you hamil? Serius? Tak sangka betul sayang. So made in Janda Baik la ni? Yes saya happy sangat. Di ruangan komen, rata-rata pengikut tumpang bahagia dan mengucapkan tahniah kepada pasangan sama cantik sama padan ini. Masha-Allah tahniah. Alhamdulillah.. Bunting pelamin terus. Rezeki.. Tahniah Faz dan Fizo. Jaga diri.

Moga dipermudahkan segala urusan untuk menjadi ibu. Jaga diri dan tahniah kepada anda berdua. Alhamdulillah. Tahniah Faz dan Fizo. Moga dipermudahkan urusan seterusnya. Selain video, bekas pramugari itu turut memuat naik foto tangannya memegang ‘baby bump’ yang sudah membesar menerusi entri berbeza. Video: Klik link. Terdahulu, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang. Fizo pernah bernikah dengan usahawan Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun. Sumber, Instagram @ffezyranesry & Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.