Depan mata lihat bakal suami menduakan masa hari perkahwinan, sekali Raja Ilya beri respon padu

Viral

Video yang dikongsikan selebriti ini mendapat pelbagai komen dan respon kaum hawa. Video viral di TikTok di mana pengantin perempuan menangis melihat bakal suaminya, menduakan isterinya di depan mata menjadi bualan hangat ramai pengguna media sosial. Rakaman yang tular itu juga menarik perhatian selebriti tanah air, Raja Ilya, pelakon jelita yang sedang berbadan dua ini tidak terkecuali memberi pandangan peribadi di Instagramnya. Video, klik link

“Pertama Kali Tengok Kejadian Macam Ni” – Raja Ilya

Melihat rakaman yang tular itu, Raja Ilya mengatakan pertama kali melihat kejadian seperti itu dan berlaku pada hari paling bersejarah dan bersimpati terhadap pengantin perempuan dalam video tersebut. “OMG.. Tak boleh nak bayang kan perasaan pengantin perempuan ni !! Paling teruk di hari perkahwinan !! Pertama kali tengok kejadian macam ni di hari perkahwinan.. Gila berani laki ni !!! Cuma Tuhan saja tahu disebalik cerita insiden ni.. Harap wanita ini okay..” tulisnya

Kaum Hawa Banjiri Ruang Komen

Melihat perkongsian selebriti cantik itu d Instagram, rata-rata ramai golongan wanita membanjiri ruangan komen dengan memberi pandangan mereka terhadap apa yang berlaku berdasarkan rakaman video yang dikongsikan Raja Ilya. “Nasib lah tak jadi kahwin, dah tuhan tu nak tunjukkan kebenaran sebelum nikah. Kalau dah nikah lagi lah menderita ditipu hidup-hidup.. Tak boleh bayang macam mana perasaan dia masa tu sakit beb ! Lebih baik dia tahu sebelum dia kahwin. Berkecai hati” komen mereka

Rekaan Semata-Mata

Menerusi carian, memetik dari laman portal media antarabangsa Mundo Hispanico, video yang tular itu berlaku di negara Amerika Selatan, di Bolivia. Difahamkan video viral tersebut sebenarnya bukanlah kejadian yang benar-benar berlaku, sebaliknya hanyalah rekaan semata-mata. Video tersebut merupakan hasil rakaman Santos Yudai yang merupakan ‘content creator’ di TikTok. Santos juga banyak menghasilkan dan memuatnaik video-video tentang kec.vrangan dan ketidaksetiaan sebagai tema kontennya. Apa pun rakaman ini membuka mata orang ramai agar mereka selidik dan kenal bakal pasangan terlebih dahulu, supaya tidak tertipu dan makan hati seumur hidup! Sumber, Murai.my

Alhamdulillah Tahniah. Raja Ilyah Tampil Dedah Dah Berbadan Dua Dan Siap Berterima Kasih Pada Semua.

Pelakon Raja Ilya memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak sulung. Perkongsian tersebut dikongsikan pemilik nama lengkap, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad itu menerusi satu hantaran di Instagram. Menurut Raja Ilya, usia kandungannya kini masuk bulan kelima dan dia berterima kasih kepada semua atas sokongan serta doa.

“Yes betul, Ilya mengandung. Tak sabar actually nak share news ni dengan semua. Oleh kerana masa dan situasi tak mengizinkan, kami Cadang untuk share pada hari ini. Syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti ditentukan Oleh Yang Maha Esa. Kami happy sangat dekat sini, walaupun hati tu rindu nak balik MALAYSIA, balik Ipoh jumpa keluarga. Rindu nak shooting jumpa kawan-kawan. Honestly rasa kebunan rindu tu lebih dari kebunan nak makan time mengandung ni,” tulisnya.

Ilya juga tidak menafikan cabaran besar di dalam proses bakal bergelar ibu. “Memandangkan Ilya akan bersalin dekat Australia, Ilya harap ramai boleh share tips dekat Ilya ok. One thing Ilya experience dalam 5 bulan ni “it’s Hard, bukan mudah rupanya nak jadi seorang ibu. Tapi in the same time, rasa excited and bersyukur. Thank you for all the well-wishes, love & support dari korang semua selama ini,” tulisnya bersama lampiran beberapa hantaran foto terbarunya. Untuk rekod, Raja Ilya berkahwin dengan suaminya, Trent Garret pada 23 Disember 2018. Sumber: Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published.