Tak pakai pelitup muka sirim kena denda 100k, sekali ini pengumuman terbaru dari kerajaan

berita

Umum sedia maklum, setiap individu diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka di tempat-tampat awam. Ini termasuklah apabila negara memasuki ke fasa endemik pada awal April lalu, di mana rakyat perlu patuh dan akur dengan SOP pemakaian pelitup muka tersebut. Pelitup muka wajib ada tanda MS SIRIM. Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memuat naik video di laman Facebook rasminya dengan memberi maklum kepada pengguna di luar sana supaya membeli pelitup muka bukan perubatan yang mempunyai tanda MS SIRIM.

Bukan itu sahaja, pihak KPDNHEP dalam satu kenyataan berkata, ia adalah susulan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Jadinya, setiap pelitup muka yang dipakai oleh kita pada masa akan datang, haruslah mempunyai logo SIRIM. Namun begitu, kelihatan warganet tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan semalam. Ini termasuklah apabila salah seorang pengguna di laman Twitter meluahkan perasaan sebaik sahaja mendapat tahu arahan tersebut.

Menerusi ciapan yang dikongsikan, dia mempertikaikan tindakan kerajaan mewajibkan rakyat untuk membeli pelitup muka bertanda SIRIM, sedangkan banyak negara lain bersepakat untuk memansuhkan pemakaian itu. Lebih menambahkan bara dalam hati warganet adalah sebaik sahaja melihat jumlah denda yang dikenakan kepada individu yang gagal mematuhi SOP baru tersebut. Ini kerana mereka bakal dikenakan denda sehingga RM100,000 sekiranya memakai pelitup muka bukan perubatan tanpa cop SIRIM.

Ada saja idea nak ambil duit rakyat. Tidak kurang juga, ada warganet mengatakan SOP baru yang bakal berkuatkuasa pada 4 Julai nanti dilihat seperti hendak mengambil duit rakyat saja. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu Datuk Seri Alexender Nanta Linggi, perkara itu diumumkan ekoran reaksi orang awam termasuk pihak industri terbabut. “Setelah ambil kira maklum balas masyarakat, kementerian menangguhkan penguatkuasaan pewartaan.” “Demi keselamatan pengguna”

Tempoh itu diperuntukkan bagi membolehkan pihak terbabit diberi pencerahan dan persediaan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011. Tegasnya, pewartaan itu bertujuan memastikan produk dihasilkan termasuk diimport mempunyai penandaan sah standard Malaysia (MS) dikeluarkan SIRIM. “Ini juga bagi memastikan pelitup itu mematuhi piawaian dan berkualiti demi keselamatan pengguna selain meningkatkan perlindungan daripada jangkitan Covid-19.” SUMBER, Kosmo (Amree Ahmad)

Leave a Reply

Your email address will not be published.