Anak sulung jauh di perantauan, Ozlynn tampil dedah sesuatu buat ramai tumpang terharu

Viral

Sekitar penghujung September tahun lalu, anak sulung kepada pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Wati, Ariq, berangkat ke luar negara pada Ahad bagi melanjutkan pengajiannya. Menerusi perkongsian yang dilalkukan Ozlynn, difahamkan Ariq menyambung pengajiannya ke Dublin, Ireland dalam bidang perubatan. Hampir enam bulan berada di perantaun, Ozlynn baru-baru ini berkongsi perkembangan terkini mengenai anaknya yang berada di sana. Menerusi tangkap layar yang dimuat naik di Instagram, Ariq dilihat memberitahu ibunya tentang perancangan belanja bulanan secara kasar, sehingga membuatkan naluri Ozlynn tersentuh.

“Dia anak yang ajar kami semua perkara jadi baharu, dia yang merasa segala kesusahan dengan kita orang jugak, dia jugak anak yang selalu kena belasah dengan papa, dan dia jugak anak yang selalu papa sebut-sebut dan bangga pada semua orang. Ya, dia anak yang semakin meningkat dewasa, semakin menyenangkan hati. Alhamdulillah. Banyak jugak yang kita orang belajar bila dia semakin besar, kadang kami alpa dan setiap kali diuji, kami juga belajar perbaiki setiap kesilapan dan kekurangan… dia jugak anak yang buat kami belajar banyak perkara,” tulis Ozlynn.

Dalam pada itu, Ozlynn turut mendoakan perjalanan hidup anaknya dipermudahkan dan dipenuhi dengan kejayaan. “Tapi ingatlah, Allah sentiasa menguji hambaNya untuk menjadi yang terbaik disisiNya. Dan Allah tidak melihat bagaimana hamba Nya diuji tapi Allah melihat bagaimana hamba Nya menghadi ujian itu. “Sesungguhnya setiap amalan kita bukanlah untuk mencari syurga, akan tetapi setiap amalan kita adalah untuk mencari reda Allah kerana kita ke syurga atas keredaan Allah. Papa and mama love you.. Berjayanya kamu dalam pelajaran adalah bonus buat papa dan mama, tapi berjayanya kamu dalam agama adalah syurga dunia buat kami. Jadilah manusia yang sentiasa merendah diri… insha-Allah senang hidup mu nanti,” tutup Ozlynn. Sumber, Gempak

“Ni Lah Syurga Aku” – Bestnya! Bilik Rahsia Ozlynn Dah Macam Groceries

Pelakon Ozlynn menarik perhatian peminat selepas berkongsi tempat penyimpanan stok barangan dapur di rumahnya. Menerusi perkongsian terbaharu Ozlynn di hantaran Instagramnya, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan ini memaklumkan ruangan simpan ini memudahkan untuk berkongsi rezeki dengan tetamu mahu pun adik-beradik yang memerlukan.

“Siapa tahu bilik rahsia aku ni memang akan dorang selongkar. Ini baru setempat. Kalau pusing kiri susu penuh, biskut melambak, kuih dan muih beraneka macam. Tisu tandas, tisu dapur, air zam-zam pun ada. Selalu yang datang kalau perlukan bekal memang akan masuk bilik rahsia ni. Beras Basmathi? Wangi? Biasa pun ada. Milo? Horlick? Black coffee? White coffee? Ada ruang khas dalam almari. Senang siapa tersedak atau terdesak kawan-kawan atau adik-beradik, memang dorang tahu nak selongkar mana. Inilah syurga aku. Hanya yang suka masak akan rasa perasaan aku ni. Yang penting sebelum ambil kena ucap Alhamdulillah dan doa dulu untuk keluarga aku. Yang ini memang aku paksa. Kaum Hawa memang akan doa nak ruang ni. Aku daakan korang semua dilimpahkan rezeki yang tidak disangka-sangka. Paling penting bila ada rezeki jangan lupa ‘orang tepi’,” kongsinya.

Sementara itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan cara Ozlynn lagi-lagi untuk mereka yang mempunyai keluarga besar.Selain itu mereka juga memuji sifat pemurah Ozlynn dan keluarganya yang suka berkongsi rezeki.

Ozlynn mendirikan rumah tangga bersama Johan pada 25 Julai 2009.Pasangan ini mempunyai enam orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.