Terpaksa jalani operasi atas sakit yang dialami, ini keadaan terkini Ziana Zain

Viral

Ziana selamat menjalani operasi bariatik disebabkan masalah gastrik yang dihadapinya. Gara-gara masalah saluran ulu hati, penyanyi Ziana Zain akhirnya mendapatkan rawatan dan selamat menjalani operasi bagi memulihkan sakitnya itu. Menurut Ziana, rawatan tersebut dilakukan selepas mendapat nasihat daripada Pakar Bedah Bariatrik iHeal Medical Centre dan KPJ Ampang Puteri iaitu Dr. Mustafa Mohamed Taher.

“Syukur Alhamdullilah Kak Ziana dah selamat menjalani rawatan untuk gastrik Kak Ziana. Dr Mustafa menjelaskan angin yang selalu menyerang Kak Ziana rupanya berpunca dari saluran ulu hati yang dah longgar. Jadi, cecair gastrik boleh senang masuk ke saluran itu. Alhamdulillah berkat daripada kepakaran Dr. Mustafa, Kak Ziana dapatlah menjalani kehidupan seperti biasa. Insya-Allah bebas dari gastik dan tekanan darah tinggi Kak Ziana kembali normal… Amin,” kata Ziana.

Sebelum ini, penyanyi lagu Anggapanmu itu berkongsi pertemuannya dengan Dr. Mustafa berkenaan dengan masalah sakit gastritis atau gastrik yang dialaminya pada Rabu lalu. Kata pemilik nama Siti Roziana Zain ini, dia berdepan masalah perut cepat berasa tidak selesa akibat angin dalam badan sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.

Rupa-rupanya banyak sakit yang berpunca dari permasalahan perut.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 53 tahun ini memberitahu operasi pintasan usus (bariatrik) yang dilakukan bukan hanya untuk penurunan berat badan sahaja. Malah, kaedah perubatan itu juga dapat merawat sakit gastritis atau gastrik, kolestrol dan kencing manis (diabetis).

“Mungkin ramai yang berfikiran bahawa rawatan bariatik ini hanya untuk penurunan berat badan, sebenarnya ia juga boleh merawat penyakit gastrik, kolestrol dan diabetik juga. Rupa-rupanya banyak sakit yang berpunca dari permasalahan perut. Bagi Kak Ziana yang penting kita kena cegah sebelum parah. Terima kasih kepada doktor dan semua pekerja hospital yang menjaga Kak Ziana sepanjang Kak Ziana disana,” ujarnya. Selain Ziana, penyanyi Aishah turut mendapatkan khidmat doktor yang sama untuk operasi pintasan usus (bariatrik) yang dilakukan pada sekitar 2018. Sumber, Mstar

Macam Ada Yang Tak Kena Dengan Badan, Rupanya Ziana Zain Alami Sesuatu Dengan Kesihatannya Dan Ini Yang Dia Dedah

Penyanyi terkenal, Ziana Zain mendedahkan dia mengalami masalah gastrik dan dia mula sedar akan gangguan berkenaan sejak 2018 lalu. Menurut Ziana, dia sebelum ini pernah membuat pemeriksaan jantung susulan situasi yang berlaku. Lalu, Ziana mengharapkan yang terbaik selepas melakukan pertemuan kali kedua dengan pakar perunding operasi dan bariatrik, Dr Mustafa Mohammad Taher berhubung gastik yang dialami.

“Alhamdulillah dipertemukan dengan @dr.mustafamt. Actually ini kali kedua berjumpa dengan beliau untuk consultation tentang gastrik. Since 2018 dah mula rase ade sesuatu yg tak kena dengan diri ini. Perut cepat rase tak selesa, angin dalam badan yg menyebabkan kesukaran bernafas, kesukaran untuk tidur malam sehingga pergi ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan jantung. Semua ini banyak menganggu urusan harian dan kerja. Setelah membuat beberapa pemeriksaan rupanya ada masalah gastrik. Hopefully dengan awatan yang diberikan oleh @dr.mustafamt kesihatan akan kembali normal dan dapat meneruskan kerja tanpa sebarang masalah. InsyaAllah. Doakan moga dipermudahkan segala urusan. Aamiin,” tulisnya pada satu hantaran di Instgaram. Pada ruangan komen, para peminat menitipkan doa yang baik-baik buat penyanyi Puncak Kasih ini, semoga terus diberikan kesihatan berpanjangan. Sumber, Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published.