Ditegur pakaiannya minta hormat bulan Ramadhan, sekali ini jawapan Eyka Farhana

Viral

Pelakon cantik Eyka Farhana sekali lagi menjadi bualan hangat warganet apabila foto terbaru yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya dituduh terlalu seksi! Tolong hormat bulan puasa. Difahamkan Pelakon Bila Hati Memilih Dia itu berkongsi foto tersebut bagi mempromosikan beg tangan sebuah jenama antarabangsa. Namun, baju yang digayakan dikatakan terlalu seksi dan mencolok mata.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa orang pengguna IG tinggalkan pesanan supaya pelakon cilik ini memakai pakaian yang bersesuaian dan menghormati bulan Ramadan. Janganlah post seksi macam tu. Sehingga artikel ini ditulis, foto berkenaan sudah mencecah 20 ribu tanda suka dan dilihat Eyka tidak memberi sebarang respon terhadap semua komen negatif tersebut.

Eyka Farhana jelaskan gambar s3ksi diambil sebelum Ramadan, terpaksa ‘post’ sebab komitmen kerja

Kata Eyka, dia terpaksa berkongsi gambar tersebut kerana ia berkaitan dengan komitmen kerja. “Gambar itu diambil sebelum bulan Ramadan dan saya perlu post sebab ia melibatkan kerja. Saya masih tahu untuk menjaga batas di bulan Ramadan,” ujarnya. Dalam pada itu, berkongsi pendiriannya tentang imej seksi Eyka berkata, dia tidak mahu berpura-pura di sebalik pakaian hanya untuk mengikut kemahuan masyarakat.

“Soal seksi ini terserah kepada pandangan seseorang itu. Kalau pakai t-shirt sekalipun mungkin ada yang anggap s3ksi. Dari dahulu lagi rasanya saya memang begini, biarlah peminat kenal siapa diri saya yang sebenarnya. Saya tak mahu orang kata fake kerana melihat penampilan di media sosial berbeza dengan diri saya yang sebenar.

Gambar itu diambil sebelum bulan Ramadan dan saya perlu post sebab ia melibatkan kerja. Saya masih tahu untuk menjaga batas di bulan Ramadan “Rasanya peminat saya juga sudah mula kenal dan menerima diri saya seperti ini,” jelasnya. Sebelum ini, perkongsian Eyka memakai dress berwarna hitam yang menampakkan lengan dan ketiak serta paha mengundang kritikan warganet. Sumber, Trending Sangat

Eyka Farhana ditegur lagi

Nampaknya cerita si cantik Eyka Farhana dan imej seksi macam susah nak berpisah. Sebelum ini kerap juga Mizz Lahar dengar tentang imejnya sering dikritik kerana beberapa kali muncul berpakaian mencolok mata. Memang ‘lari’ daripada imej Eyka sebelum ini. Mungkin semakin matang dan seiring dengan usianya.

Terbaharu, dia sekali lagi mengundang teguran ramai apabila memuat naik beberapa keping gambar dalam Instagram. Difahamkan, foto tersebut bagi mempromosikan sebuah jenama antarabangsa, namun yang kurang enak dipandang ialah pakaiannya. “Ini bulan puasa, berpakaianlah elok sikit. Sekurang-kurangnya tolong hormat bulan mulia,” komen warganet. Bagi Mizz Lahar, mungkin foto tersebut sudah diambil sebelum bulan puasa dan baru dikongsi sekarang. Tak mengapalah Eyka, asalkan awak selesa dengan penampilan tersebut, abaikan saja kritikan ramai. Sumber, K!Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.