Siap haramkan dedah gambar anak Intan di IG Izreen, kali ni Izreen tampil dedahkan sesuatu

Viral

Intan dan Izreen berbalas pendapat di media sosial. Kemelut antara pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana Saleh bagaikan tiada kesudahan walau kedua-duanya kini bahagia bersama pasangan masing-masing. Konflik membabitkan mereka kembali menjadi perbualan hangat warganet apabila masing-masing berbalas kenyataan di media sosial dengan luahan rasa tidak puas hati berkaitan hal anak-anak. Susulan p.rang mulut itu, Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam, 37, berkata Intan tidak membenarkan dia untuk berkongsi gambar anak-anak tirinya di Instagram. “Tak perlulah saya komen lanjut kerana tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Saya anggap perkara ini sudah selesai. Dia juga haramkan saya post gambar anak-anak dia di IG saya” katanya.

Pertikaian dikatakan berpunca apabila Intan melarang pelakon itu berkongsi gambar anak tirinya di media sosial. Mereka dilihat memilih untuk berkongsi luahan rasa tidak puas hati itu menerusi IG Story masing-masing. Dalam satu perkongsian sebelum ini, Izreen juga berkata dia terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan Intan bagi menyelesaikan segala sengketa antara mereka. Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada Ogos 2017.

Tak perlulah saya komen lanjut kerana tidak mahu keruhkan lagi keadaan

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees. Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Adrian Umar hasil perkahwinan terdahulu. Ude merupakan bekas suami kepada Intan dan hasil perkahwinan terdahulu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri. Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjaya lakonan, kata Izreen dia belum bersedia untuk kembali ke lokasi kerana usia anak-anak yang masih kecil.

“Saya hanya terima tawaran untuk terlibat dalam program televisyen sahaja kerana penggambaran tidak terlalu lama. Manakala untuk berlakon pula memang tidak terima lagi buat masa sekarang kerana mahu beri fokus kepada anak-anak. Saya menguruskan anak-anak sendiri tanpa menggunakan khidmat pembantu. Jadi susah untuk keluar dalam tempoh terlalu lama,” jelasnya. Sumber, Mstar

Izreen Azminda berang jadi mgsa ‘content’ warganet

Ber.ng diri dan suami menjadi mgsa content sebuah akaun TikTok, aktres Izreen Azminda menegaskan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap warganet yang menbur ft.nah tentang rumah tangganya. Perkara tersebut ditegaskan Izreen, 36, selepas tular sebuah hantaran TikTok yang memaparkan Ude tidak mengikuti akaun Instagram Izreen. Menyelar tindakan tersebut, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu memjelaskan dia mahupun Ude tidak pernah mengikuti satu sama lain dalam media sosial walaupun sudah bergelar suami isteri.

“Demi secebis content, sudah berzaman kami tidak mengikuti akaun masing-masing, apa masalah? Kami sihat sejahtera di sini. Adakah kami perlu muat naik foto bersama setiap lima minit dan baru boleh dikategori sebagai pasangan bahagia?” selarnya dalam satu hantaran Instagram hari ini. Kecewa dengan perkara tersebut, dia turut menyelar tindakan individu tersebut kerana memuat naik sebuah kandungan yang boleh mengundang tanggapan negatif daripada orang ramai.

“Anda pula yang lebih-lebih kerana muat naik tentang perkara lalu. Sakit ke? Ingat ya, berkongsi perkara sebegini yang boleh mengundang komen-komen negatif, h.1naan dan menjatuhkan aib boleh didkwa! Semua orang sudah ada kehidupan masing-masing tetapi anda pula yang menggelabah tersekat dalam kehidupan orang lain. Sudah lama aku senyap dengan orang seperti ini, nak kena ambil tindakan juga,” katanya lagi.

Dalam pada itu, selang beberapa jam, Izreen turut memuat naik tangkap layar memaparkan hantaran dan akaun TikTok tersebut telah dinyahaktif. Tambah Izreen, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya perkara sama berulang lagi. “Kenapa padam? Ingatkan berani sangat, bukan main hebat lagi sebelum ini. Selepas ini jika ada lagi mana-mana akaun buat begini, aku nak lakukan kerja diam-diam sahaja. Tiba-tiba surat sm.4n sampai pada anda,” tegasnya.

Sejak semalam, tular sebuah video dengan memaparkan tangkap layar senarai pengikut Instagram Ude. Dalam video tersebut, pemilik akaun berkenaan memaparkan Ude tidak mengikuti akaun Instagram isterinya sekali gus mengundang pelbagai andaian negatif daripada warganet mengenai status rumah tangga mereka. Terdahulu, pada 21 Oktober lalu Kosmo! melaporkan Ude yang juga seorang pemuzik menyelar sikap warganet yang masih berterusan mengganggu Izreeen dengan c.cian dan mak.1an berhubung kisah lamanya.

Hasil perkongsian hidup bersama Ude, Izreen dikurniakan dua orang anak lelaki, Aaron Ibrahim, 2, dan Ali Idrees Muhammad Radzi yang kini berusia tiga bulan. Pelakon kelahiran Perlis itu turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin. Sebelum ini, perkahwinan pasangan berkenaan pernah mencetuskan kontroversi selepas Izreen membuat pendedahan tentang pernikahan mereka yang dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertama Ude, Intan Liana Saleh.

Kedua-duanya sempat bermadu namun Ude kemudian melafazkan talak satu kepada Intan pada 22 Mac 2018 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, selepas lima bulan tidak tinggal sebumbung. Sementara itu, pada 21 Disember lalu, Intan yang juga usahawan selebriti kembali hidup berdua apabila selamat bernikah dengan lelaki pilihan hati, Aizam Yahya di Sky Grand Ballroom di Jalan Ampang. Sumber, K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.