Lama Aisyah hilang dari media sosial, akhirnya Aishah tampil dedahkan ini yang dia kena hadap

artis

KURANG aktif di media sosial kerana mahu fokus dalam bulan Ramadan, penyanyi Datuk Aishah mengakui dia berdepan dengan cabaran untuk berpuasa disebabkan pernah melalui pembedahan bariatrik. Menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, dia hanya mampu makan dengan jumlah yang sedikit disebabkan keadaan perutnya yang kini sudah mengecil. Bagaimanapun, penyanyi berusia 57 tahun ini memberi masa selama tiga hingga empat hari pertama untuk badannya terbiasa dengan perubahan gaya pemakanannya.

“Sunyi seketika di media sosial, bukan apa, nak fokus pada ibadah berpuasa. Untuk mereka yang pernah melalui pembedahan bariatrik, berpuasa satu cabaran. “Bila perut dah kecil, kita hanya boleh makan jumlah yang sedikit dalam satu waktu jadi kita juga akan cepat lapar. Saya beri masa untuk badan membiasakan diri dalam tiga hingga empat hari pertama. “Saya kosongkan jadual kerja, tapi bila di rumah macam-macam juga yang nak dibuat. Memang hari-hari awal akan terasa cabaran berpuasa tetapi hari ini saya dah mula merasakan badan stabil berpuasa,” katanya. Aishah pernah menjalani operasi pintasan usus atau bariatrik sekitar 2018 dan dalam masa dua tahun dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 33 kilogram.

Dalam pada itu, Aishah memberitahu dia akan menyusun jadual mengikut masa yang sesuai agar dapat melakukan aktiviti seperti kemas rumah, cuci baju dan lain-lain kerja yang biasa dilakukannya. “Yang penting ialah ‘pacing’ tenaga kita semasa berpuasa. Contohnya saya ni memang buat kerja kraf kena ada secawan kopi, bila puasa kepala tak boleh fokus. “Jadi sekarang saya adjust waktu kraf saya awal hari… semasa kesan kopi yang saya minum waktu sahur masih terasa lagi. Sampai lepas zohor, energy level untuk fokus kurang jadi saya buat kerja-kerja lain yang kurang memerlukan fokus sangat. “Dan kerana kesan Covid-19 masih ada sikit sebanyak, saya akan rehatkan diri selepas setiap aktiviti yg saya buat. Insya-Allah tak ada masalah berpuasa walau pernah menjalani operasi bariatik,” ujarnya.

Sementara itu, Aishah akan memastikan mengaturkan cara pemakanan yang diambil berkualiti dan berkhasiat sepanjang berpuasa. “Kita hanya perlu kenal diri kita dan keperluan kita. Kita buat dia, kita boleh ‘adjust accordingly’. Saya juga pastikan walaupun saya tak makan banyak tapi apa yang saya makan berkhasiat. “Kualiti makanan penting. Pada rakan-rakan bariatrik, jangan stress sangat fasal puasa ni. Badan kita ni sangat ‘adaptable’ Insya-Allah,” katanya. Untuk rekod, Aishah sebelum ini mengakui menjalani operasi bariatrik atau pintasan usus sekitar tahun 2018. Sumber, MSTAR ONLINE

Tak Pasal Pasal Digelar Datuk Low Class. Tak Boleh Berdiam Diri Sekali Ini Tindakan Drastik Aishah. Penyanyi, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir warganet yang masih tidak berpuas hati dengan dirinya. Ia berikutan pelantun Ketentuan Takdir itu memuatnaik foto makanan yang disediakan untuk anak-anaknya  sebelum keluar menjalani penggambaran. Aisha pelik dengan warganet. Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Aishah memuatnaik tangkap layar komen warganet yang menggelarkannya sebagai ‘Datuk low class’.

Susulan itu, Aishah mencabar warganet tersebut untuk berhadapan dengannya sekiranya mempunyai rasa tidak puas hati. “Datuk low class buat pe” -Warganet “Ada juga yang masih tidak puas hati ek. Setakat baling batu sembunyi tangan apa barang babe. Berdepanlah kalau berani cakap apa yang tak puas hati dengan I. So many sickos nowadays.”-tegas Aishah. Tambahnya lagi, dia turut bertindak menghantar mesej  peribadi (DM) kepada warganet yang mengkritik  itu. Malah, dia juga berasa kasihan kerana tindakan individu tersebut disifatkan Aishah sebagai sesuatu yang tidak berfaedah. “Tak ada kerja lain ke selain dari masuk IG orang cac1 orang. Kesian, muka pun tak berani tunjuk ada hati nak kutuk orang. Kesian orang macam you nie, got nothing better to do in life? Redha Allah macam ni?”-Soal Aishah

Terdahulu, Aishah teruk dikritik kerana menceritakan pengalamannya sebagai seorang isteri yang membeli beras dan tidak pernah dimanjakan dengan hadiah. Aishah turut menjelaskan bahawa dia tidak membuka aib mana-mana pihak kerana semua yang terjadi merupakan pengalaman hidupnya sendiri. Sumber, Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published.