Gara gara kongsi berita kehamilan, Usop dedah ibu beri teguran dan ini yang ibu maksudkan

Viral

Usop akui tersilap langkah berkongsi berita isteri hamil terlalu awal. Keterujaan penyanyi Usop berkongsi berita isterinya hamil empat minggu menerima tegvran ibunya apabila dianggap terlalu awal untuk berkongsi perkara itu kepada umum. Usop nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor mengakui kesilapannya yang mungkin menggores hati pasangan yang masih belum dikurniakan rezeki zuriat.

“Boleh katakan ini rezeki baby tak dirancang sebab isteri saya memang betul-betul teringin nak ada baby. Saya kongsi video itu pun sebab terlalu teruja, tambahan pula isteri pun gembira sangat nak timang anak. Bagi saya, soal zuriat ini kita tak boleh nak rancang. Rezeki Allah yang nak beri. Ada abang yang sudah kahwin dua tahun pun tak ada anak lagi rezeki masing-masing. Cuma saya akui kesilapan saya berkongsi terlalu awal kerana terlalu teruja. Malah ibu saya juga turut menegur mengenai perkara itu,” kata Usop.

Saya memohon doa semua pihak agar semuanya berjalan dengan lancar.

Pada 30 Mac lalu, Usop berkongsi berita gembira bahawa isterinya hamil empat minggu selepas dua bulan mereka berumahtangga. Berkongsi mengenai perkembangan terbaharu, penyanyi lagu Lenyap itu turut berasa bimbang akan kesihatan dan keadaan isterinya yang kini meniaga di bazar ramadan Seberang Jaya, Pulau Pinang.

“Fatihah meniaga kuih muih di bazar sepanjang bulan puasa ini. Saya sudah melarang namun dia tetap nak meniaga, jadi sebagai suami, kenalah bantu apa yang patut. Saya memohon doa semua pihak agar semuanya berjalan dengan lancar. Insya-Allah… doakan semuanya agar dipermudahkan,” ujarnya. Untuk rekod, Usop mendirikan rumah tangga dengan Fatihah pada 4 Februari lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu. Sumber, Mstar

Usop pilih usahawan kosmetik

Dengan sekali lafaz, penyanyi Usop selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim, 25, pada majlis tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Penaga, Pulau Pinang, pagi tadi. Majlis pernikahan pasangan itu disempurnakan Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Ustaz Harun Idris berwalikan bapa pengantin perempuan, Md Hashim Nordin. Berkongsi keterujaan pada hari bahagianya itu, Usop atau nama sebenar, Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, berharap mahligai cinta dibina itu kekal hingga akhir hayat.

“Harapan saya semoga peminat serta mereka yang mengenali dapat mendoakan kebahagiaan kami hingga anak cucu. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terbabit dalam menjayakan majlis ini,” katanya. Usop yang muncul naib juara program realiti, Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020 menganggap usia bukan penghalang untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. “Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini sebaik mungkin. Saya mahu menjadi suami terbaik buat Nur Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” katanya.

Mengenai zuriat, mereka lebih selesa menyerahkan perkara itu kepada rezeki. “Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru. Saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa tepat akan tiba. Buat masa ini, fokus kami adalah untuk membina kehidupan suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya,” katanya. Pada majlis pernikahan itu, Usop menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dari pihak perempuan.

Turut disertakan adalah mas kahwin RM3,000 serta seutas gelang tangan sebagai acara batal air sembahyang. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak dinyatakan. Pasangan mempelai ini bakal diraikan pada majlis resepsi malam ini disusuli majlis sambut menantu di sebelah keluarga Usop di Kulim, Kedah pada 13 Februari ini. Usop dan Nur Fatihah yang juga seorang kakitangan sebuah syarikat swasta dan usahawan kosmetik, berkenalan sejak dua tahun lalu. Mereka bertunang pada 4 November tahun lalu. Sumber, BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.