Keadaan jadi makin teruk bila orang rumah sendiri failkan perpisahan, ramai lagi yang tak tahu ini identiti sebenar isteri Yasin

artis

Semua mengetahui kisah bekas ahli kumpulan Brothers iaitu Yasin Sulaiman, yang kini didkwa di mahkamah. Bekas penyanyi nasyid dan juga komposer, Muhammad Yasin Sulaiman berdepan hukman gntng sampai pergi menghadap illahi selepas didkwa di Makhmah Majistret Petaling Jaya atas pertudhan mengedar bahan terlarang di kediamaannya pada 24Mac lalu. Pendkwaan mengikut akta diperuntukkan hkmn ditahan seumur hidup atau hkmn gantvng. Sekiranya tidak dihkm mt hendaklah disbt maksimum 15 sbtn, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Yasin juga mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertudhan di hadapan hakim Norshila Kamaruddin di Makhamah Sesyen. Yasin didkwa menanam 17 pokok di dalam pasu plastik berisi tanah merah, pada lokasi, waktu dan tarikh yang sama. Sebelum ini dia ditahan polis bersama 17 pasu pokok yang dipercayai ditanam sejak dua bulan lalu dalam serbn di kediamannya. Menerusi Harian Metro, abang kandung kepada Yasin memaklumkan yang anak-anak penyanyi itu mengharapkan agar kepulangan bapanya setelah mengetahui keadaan terkini penyanyi itu.

“Anak-anaknya sangat kuat dan menunggu kepulangan beliau (Yasin),” katanya. Sokongan dari keluarga tak berbelah bahagi. Tambah Zain lagi, anak-anak Yasin yang berusia 17 dan 12 tahun turut menaruh harapan tinggi untuk melihat bapa mereka kembali ke pangkuan keluarga dan mendoakan yang terbaik buat penyanyi lagi Mimpi Laila tersebut. Jelasnya, sokongan daripada ahli keluarga sememangnya tidak berbelah bahagi dan tak henti menitipkan doa buat Yasin ketika ini. “Saya mendoakan Allah SWT mempermudahkan segalanya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Dalam pada itu, peguam Yusmadi Yusoff yang mewakili Yasin memaklumkan tahap kesihatan penyanyi tersebut sedikit memburuk selepas melalui fasa perpisahan dengan isteri. Difahamkan, selebriti berkenaan menghidap bipolar sejak tahun 2009 dan kali terakhir menerima rawatan adalah kira-kira dua bulan yang lalu. Walau bagaimanapun, dia tetap mendapat sokongan yang penuh daripada ahli keluarga dan kenalan serta tidak mempunyai sebarang rekod negatif sepanjang kerjaya seninya. Artis kacukan Melayu- Australia itu mendirikan rumahtangga pada tahun 2005 bersama Sharifah Eena Houzima Syed Hassan dan dikurniaakan dua cahaya mata. Merupkan isteri, Eena juga ialah pengurus kerjaya Yasin sebagai penyanyi dan komposer.

Bagaimanapun, mereka kini dalam proses perpisahan menurut peguam Yasin, memburukkan lagi kesihatannya. Peguam juga mendedhkan bahawa Yasin melalui fasa perpisahan dengan isteri yang membuatkan tahap kesihatannya melarat. Kini Yasin sentiasa mendapat sokongan dari keluarga dan rakan rapat. Peguam ada menyatakan bahawa rekod Yasin bersih selain dia banyak memberi inspirasi melalui karyanya, namun begitu, Yasin Sulaiman tidak dibenarkan diikat jamin. Pemilik nama sebenar Mohamad Yasin Sulaiman merupakan seorang penyanyi, pelakon, komposer dan penerbit rakaman Malaysia yang mula dikenali umum selepas menjadi ahli kumpulan nasyid, Brothers. Biodata Yasin Sulaiman, Bekas Penyanyi Kumpulan Nasyid

Nama penuh Mohamad Yasin bin Sulaiman atau dikenali sebagai Yasin Sulaiman. Lahir pada 30 Oktober 1975. Lahir di Kuala Lumpur, Malaysia. Sharifah Eena Houzyama Syed Hassan (isteri) Penyanyi, pelakon komposer, penulis lirik, penerbit. Mula aktif dalam bidang muzik sejak tahun 1995 dengan memperjuangkan irama nasyid bersama kumpulan Brothers yang merakamkan lagu-lagu berbahasa Melayu dan Inggeris, di mana mereka telah mencipta nama menerusi lagu berjudul Teman Sejati. Beliau menjadi antara ahli asal Brothers dan sempat menerbitkan dua buah album bersama mereka iaitu We Are… (1997) dan Satu Perjuangan (1998).

Yassin meneruskan perjuangan sebagai penyanyi solo pada 2001 setelah tinggalkan kumpulan itu setahun sebelumnya, yang mana posisinya digantikan oleh Akbar Azmi. Beliau kemudian menjenamakan diri sebagai pelantun lagu-lagu bergenre ‘world music’ dengan mempertaruhkan single solo pertama berjudul Mimpi Laila daripada album bertajuk sama. Karya nyanyian dan ciptaan sepenuhnya olehnya itu telah merangkul trofi utama Anugerah Juara Lagu 2001, termasuk juara dalam kategori Irama Malaysia. Antara lain beliau mengungguli kategori Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik Malaysia ke 10 menerusi pencalonan album Salsabila, terbitan 2004.

Lagi album solo Yasin ialah Arus Qudus (2007), manakala single popular lain seperti Aisyah, Kerna Dia, Rindu Padamu, Salsabila dan Alhamdullilah (menampilkan Too Phat, Dian Sastrowardoyo). Beliau yang menempa zaman populariti sekitar era 2000an ini juga dikenali sebagai komposer kepada penyanyi-penyanyi terkenal tanah air. Antara lagu hits ciptaannya termasuklah Wassini dendangan Waheeda, Lagu Rindu (Siti Nurhaliza), Ku Temu Cahaya (Dayang Nurfaizah) dan Alhamdulillah (Too Phat). Yasin kembali menjadi ahli Brothers pada 2005 menerusi penerbitan album Brothers Reunited. Manakala pada 2015, beliau bersama Brothers melahirkan album Sabar.

Beliau turut menyemarakkan industri lakonan menerusi penglibatan dalam filem Syukur 21 pada 2000, No Problem (2001) dan Mendam Berahi (2002). kacukan Melayu dan Australia. Berkebolehan berkomunikasi dalam bahasa Melayu, Arab dan Inggeris. Perkahwinan dengan isterinya, Sharifah Eena Houzyama Syed Hassan pada 2005 sehingga kini dianugerahkan dua orang anak bernama Sameer dan Malaika. Pernah berkongsi kisah dirinya yang menghidap sakit gangguan bipolar (bipolar disorder) serta dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada 2009. Selain itu, Yasin pernah dilaporkan mengalami krisis identiti ketika tampil solo dalam karier nyanyian.

Pada Mac 2022, beliau telah diberkas di kediamannya di Kota Damansara apabila serbuan polis menjumpai berbilang pokok yang disyaki miliknya, bersama peralatan tanaman dan paket daun. Beliau disabitkan berdasarkan Akta bahanterlarang Berbhaya 1952 kerana mengedar bahan terlarang di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Sumber, Youtube, http://www.jutawan.bbn.my/, HMETRO . https://iluminasi.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.