Sebak kucing miliknya dijadikan tempat lepas geram, Janna Nick dedah rupanya pernah diberi amaran macam ni

Haiwan

Pelakon dan penyanyi Janna Nick meluahkan rasa geram terhadap jirannya yang didkwa mend.3ra seekor kucing peliharaannya. Menerusi laman sosial Instagram, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkongsi luahan tersebut untuk tatapan umum. Menurut Janna, kucing kesayangannya yang dikenali dengan nama Tempe mengalami luka di bahagian badannya sehingga menampakkan isinya.

“Aku tengah marah sangat ni, kita boleh report tak kalau jiran kita taktau la dia cucuh rokok ke kat kucing aku sampai bulu tercabut macam tu. Siap ugvt kata nak sembelih kucing kita. Aku geram sangatlah. Tak faham aku macam mana boleh ada jiran macam ni. I kan jarang kat rumah, kucing i selalu pegi rumah dia. Tu yang dia nak warning. Dulu dia pernah simbah air kat kucing i sampai basah. Kalau basah air tu kita fahamlah tapi kalau sampai kau cabut bulu kucing aku tu dah kenapa,” ujar Janna di ruangan IG Story.

Lebih memilukan apabila setibanya di rumah, kucing pelantun lagu Gatal itu seolah-olah paranoid melihat manusia yang ingin dekat dengannya. “Tengok ni, Tempe dah macam paranoid dengan orang. Macam travma dah. Tengok la luka dia. Oh my God, who did that to you. Tengok dia travma, taknak kat orang dah,” ujar Janna dengan sebak. Menurutnya lagi, ketiga-tiga ekor kucing miliknya duduk di dalam sangkar dan turut disediakan jaring untuk mereka bermain. Di samping itu juga, kucing-kucing Janna juga sudah dilatih untuk tidak membuang najis merata-rata terutamanya di kediaman orang lain. “Kita dah potty trained dia. Even dalam rumah i pun dia tak pernah kencing/berak. So jangan nak tipu. Kalau betul dia kencing/berak, tunjuk bukti. Jangan main d.3ra kucing orang suka-suka hati eh,” katanya lagi. Malah hasil bantuan seorang pengikutnya, Janna mahu mengambil tindakan dengan melaporkan aktiviti tidak bermoral jirannya itu agar dibawa ke muka pengadilan.“Tunggu jap, nak buat report. Jangan ingat bnvh/d.ra kucing takde akta dalam dunia ni. Jangan jadi bodoh,” tegas Janna. Sumber, Gempak

Gara Gara Tak Puas Hati Keputusan Negatif Janna Nick, Sekali Warganet Tegur Jangan Kelam Kabut.

Janna Nick disahkan positif CvdI9 selepas buat ujian ketiga. Gara-gara melakukan ujian calitan berulang kali kerana yakin diri positif CvdI9, pelakon Janna Nick menerima mesej teguran daripada warganet di laman Instagram. Menurut Janna, 26, dia melakukan beberapa kali ujian berkenaan kerana berasa diri kurang sihat, lebih-lebih lagi menjadi kontak rapat kepada pesakit CvdI9.

“Semalam ramai mesej saya cakap… eh dah negatif tu negatif jela, tak payah kalut nak positif. Saya bukan saja-saja nak buat content atau terhegeh-hegeh buat RTK (rapid test kit) atau PCR (polymerase chain reaction) nak positif. Saya buat sebab kita boleh rasa badan kita macam tak sihat, sebab saya bukan senang sakit, jadi saya dah boleh agak saya positif, itulah sebab semalam saya terus buat PCR,” katanya menerusi Instastory.

Janna sah positif Covid-19 selepas buat ujian PCR.

Penyanyi lagu Gatal ini turut memaklumkan ujian calitan terbaharu yang dilakukan mendapati dia positif virus tersebut pada pagi Sabtu. Pada Jumaat, Janna memberitahu dia melakukan ujian kendiri dan mendapati alat tersebut menunjukkan dua garis positif. Janna kemudian ke klinik berdekatan dan melakukan ujian RTK pula, namun keputusan negatif.

Leave a Reply

Your email address will not be published.