Lepas 2 tahun dalam penjagaan, hari ni Hafis Hamidun sah bergelar ayah

artis

Komposer dan penyanyi nasyid popular, Hafiz Hamidun, 37, telah mengambil seorang anak angkat bernama Hamdee Hafiz sebagai penyeri hidupnya dan keluarga. Satu perkongsian terkini milik komposer dan penyanyi terkenal tanah air, Hafiz Hamidun di Instagram menarik perhatian ramai rakan selebriti dan peminatnya di media sosial. Menerusi hantaran Hafiz di Instagram, penyanyi ini kini sah bergelar sebagai bapa kepada anak angkatnya Hamdee. Pelatun lagu Cerita Hati ini berkongsi rasa gembira dan syukur, kerana urusan mengambil Hamdee sebagai anaknya dipermudahkan setelah dua tahun lebih anak lelakinya itu dalam jagaannya.

“Alhamdulillah. Setelah lebih dari 2 tahun Hamdee dalam jagaan saya, hari ini rasmi Hamdee sebagai anak angkat saya. Urusan di Jabatan Pendaftaran Negara pun dipermudahkan. Syukur.” Kongsinya. Dalam pada itu, Hafiz juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan Hamdee dan berharap agar anak lelakinya itu terus dapat kasih sayang yang sempurna sehingga menjadi dewasa kelak. “Terima kasih kepada semua yang terus doakan Hamdee, semoga Hamdee akan terus dapat kasih sayang yang sempurna sampailah dewasa nanti.” Ucapnya. Melihat perkongsian berita gembira dari penyanyi tersebut, ramai rakan selebriti dan para peminatnya menitipkan ucapan dan doa buat Hafiz dan Hamdee di ruangan komen posting hantaran tersebut. Imbas semula, Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 2017 sebelum berpisah beberapa bulan kemudian. Tahniah Hafiz bergelar sebagai bapa, dan semoga Hamdee membesar menjadi anak yang soleh, taat dan berjaya bila besar nanti. Sumber, Instagram Hafiz Hamidun

Hafiz Hamidun mohon maaf. “Maaf, andai kau terluka, maaf ku tak sengaja tanpa sedar, sakitimu, sesal ku.” Itu bait lirik lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali yang diulang komposer dan penyanyi, Hafiz Hamidun sebagai tanda memohon maaf atas ciapan di Twitter, semalam. Ia susulan ciapan Hafiz berbunyi ‘Peluang kedua adalah peluang yang paling teruk jika ia dibazirkan. Dan ia baru saja dibazirkan’ menjadi tular dan turut mendapat kecaman dalam kalangan warganet.

Hafiz, 37, ketika dihubungi berkata, ciapan itu tidak bermaksud untuk menghina dan mengkritik malah jauh sekali bersifat serangan peribadi. “Apabila ciapan itu ‘trending’ saya sudah macam sebahagian dari AJL35. Ciapan itu adalah kiasan, saya tak kutuk pun. Kalau nak tahu saya peminat lagu itu. Saya juga kenal Nabila dan pengurusnya dan saya harapkan yang terbaik untuk lagu dan persembahan semalam. “Saya tak ada serangan peribadi. Malah, ciapan itu secara umumnya rugilah, peluang ada, tapi tidak digunakan. Tapi saya puji sebab dia teruskan persembahan. Tentu saya harapkan dia buat persembahan terbaik dan lagu itu menang.

“Saya bukan kritik . Saya pilih bahasa kiasan. Tapi, jika ada yang terasa dengan ciapan itu, saya minta maaf. Mungkin kita berbeza pandangan, tapi tak perlulah kutuk saya. Ciapan saya pun bukan bernada mengeji,” katanya kepada Harian Metro. Bagaimanapun, Hafiz mengambil pendekatan memadam ciapan itu. “Saya padam sebab tengok ada yang ke arah lain dan sudah menjadi negatif sangat. Saya tak cakap pasal nyanyian pun, tapi apabila ada pihak lain yang memuat naik semula ciapan itu, terpulang lah. Nak buat macam mana,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.