Dulu siap tak mahu mengaku zuriat, kini Galih Ginanjar akui iri hati bila lihat anak mulai rapat dengan bapa tiri

Viral

Beberapa tahun lalu sempat kecoh di serata media sosial mengenai kisah seorang pelakon di Indonesia yang dipenj.rakan 2 tahun kerana telah didapati bersalah mengh.na bekas isterinya sendiri. Dalam satu podcast, Galih Ginanjar telah pun menyamakan bau private part wanita tersebut dengan ‘ikan masin’.

Sempat meragui status anak sendiri dan terfikir untuk buat ujian DNA

Malah selebriti itu juga sempat meragui status anaknya yang bernama King Faaz serta pernah terfikir untuk melakukan ujian DNA. Sejak itu juga, hubungan antara dua beranak tersebut mulai renggang dan Galih juga tidak lagi dibenarkan menjenguk kanak-kanak tersebut. Terbaru, King Faaz dilihat cukup gembira dan bahagia sewaktu menyambut ulang tahunnya yang ke 10 bersama ibu, adik dan juga ayah tirinya iaitu Sonny Septian. Malah dalam beberapa temuramah lain, budak lelaki berkenaan mengakui cukup sayang dengan lelaki itu kerana sentiasa mengambil berat dan menjaganya dengan baik. Perkara itu bagaimanapun menimbulkan rasa cemb.vru serta iri hati kepada Galih selaku bapa kandung.

King Faaz, maaf sayang kamu adalah anakku yang sangat mirip dengan wajahku

Menerusi satu temubual, Galih mengambil kesempatan tersebut memohon maaf kepada anaknya tersebut dan meminta kanak-kanak itu turut menyampaikannya kepada si ibu. Bukan itu sahaja, artis lelaki berkenaan juga meminta King Faaz terus menyayangi bapa tirinya kerana merupakan seorang yang sangat baik. Sumber, TikTok faazwitharsy & sonfaifamily 

Kes hina kemal.van isteri… Galih Ginanjar alami gatal-gatal dalam penjara, perlu bedak dan tukar pakaian dalam

Isteri kepada pelakon Galih Ginanjar iaitu Barbie Kumalasari dilihat hadir memberikan sokongan kepada suaminya yang sedang dibicarakan di sebuah mahkamah di Jakarta, Indonesia pada Isnin lalu. Barbie memberitahu dia mengatur jadual dan waktu khas untuk hadir memberikan sokongan dan menyaksikan perbicaraan suaminya itu.

“Saya memang aturkan waktu sesuai untuk hadir prosiding kedua ini dan saya kosongkan jadual untuk mendengar perbicaraan suami. Saya juga bawa barang-barang peribadi untuk Galih antaranya bedak gatal, jam tangan, pakaian dalam dan lain-lain,” katanya. Sementara itu, Barbie turut memberitahu suaminya itu mengalami alergi kulit yang teruk sepanjang berada dalam tahanan.

“Di dalam (tah.nan) panas, jadi kulit dia sensitif, sudah beberapa bulan saya bawakan dia bedak untuk merawat gatal-gatalnya… mungkin sebab peluh. Dia memang perlukan bedak untuk hilangkan gatal itu, sama juga pakaian dalam kerana sekarang musim hujan, jadi perlu banyak pakaian dalam,” ujarnya.

Pada 3 Julai tahun lalu, Galih dikatakan mencemarkan nama baik bekas isteri menerusi sebuah program bual bicara di YouTube dan bakal berhadapan dengan hukum penjara maksimum selama enam tahun kerana tindakannya itu. Bekas isterinya yang juga seorang aktres iaitu Fairuz A Rafiq membuat laporan polis selepas Galih membuka aibnya secara terbuka dengan menceritakan kisah ‘dalam kain’ ketika mereka masih bergelar suami-isteri. Kes tersebut masih dibicarakan dan sehingga kini masih belum diketahui hukuman yang bakal diterima Galih atas keceluparan mulutnya menyamakan kemal.van isteri dengan bau ikan masin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.