DSV tampil dikritik gara gara pembantu rumah tak berbuka semeja, Tapi bila ditegur ini pulak respon DSV

Viral

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida tampil membuat penjelasan susulan video tular di Tik Tok yang merakamkan pembantu rumahnya yang didkwa berbuka puasa secara berasingan sebagai mana didakwa. Menerusi video sama, turut dipersoalkan, adakah situasi tersebut berlaku disebabkan taraf? Vida,51, berkata pembantu rumah tersebut sama-sama makan sejurus waktu berbuka. Malah, dia sebenarnya duduk semeja dengan kakak.

“Tak ada kerja lain ke, cari pasal nak mengutuk saya. Apa masalah bibik (pembantu rumah) tak semeja dengan saya? Awak nak suruh dia duduk atas riba saya ke? Saya bagi bibik makan waktu saya berbuka juga. Dia makan di meja sana, saya makan di meja sini dengan tenangnya. Saya tak fahamlah. Lagi pun bibik makan dengan kakak saya, Mok Jah. Macam satu family. Apa masalah sebenarnya?,” kata Vida. Video yang pada awalnya dikongsikan menerusi Tik Tok itu sebelum ini menerima reaksi pelbagai warganet. Bagaimanapun, ada yang memahami akan situasi tersebut sekali gus meminta penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu tidak menghiraukan reaksi berbaur negatif. Video, klik link

“Baru-baru ni saya UPDATE STORY berbuka puasa bersama keluarga saya di rumah, dalam story tersebut nampak bibik saya dan kakak saya (MOK JAH) makan di berlainan meja. Yang mengejutkan saya, tiba-tiba video story durasi 15 saat itu VIRAL di tiktok dengan caption : ‘BIBIK MAKAN MEJA LAIN, TAK SETARAF’. Saya faham zaman sekarang orang nak VIRAL sampai sanggup buat CONTENT CONTENT sebegini tanpa usul periksa sehingga mengundang fitnah dan kritikan. Kalau tak ada perkara baik yang nak di kongsikan dan di perkatakan, lebih baik diam. Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ye Sayang Sayang Semua,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran terbabit. Sumber, Media Hiburan

Sempat Bertemu Dengan DSV Pada Final Big Stage, Rupanya Ini Yang Dia Cuba Cakap

Nampaknya kemeriahan di rancangan Big Stage 2022 tidak hanya dimeriahkan oleh peserta-peserta terlibat, tidak disangka-sangka juga beberapa momen lain turut mendapat perhatian oleh warganet. Satu kejadian ini pula memaparkan gelagat Presiden Nt.1zn di Big Stage, Datuk Seri Vida atau DSV dan bekas peserta Big Stage, Iqbal dimana mereka juga ternyata hangat diperkatakan di aplikasi, TikTok.

Menerusi satu rakaman video menunjukkan kedua-dua usahawan popular itu dilihat berborak sesama sendiri dan oleh kerana kontroversi yang terdahulu menyebabkan ramai meninggalkan pandangan masing-masing. Tak kurang juga, ada yang merasakan gelagat Iqbal dan DSV di Big Stage tersebut kelihatan sweet dimana perkongsian itu ditinggalkan ribuan tanda suka. Video, klik link

Namun begitu, ternyata kejadian yang sempat dirakam tersebut turut mendapat perhatian daripada Iqbal di aplikasi, TikTok apabila dia dilihat menjelaskan situasi sebenar yang berlaku disaat itu. Perkongsian oleh akaun bernama @dirafdias33 tersebut diruangan komen nampaknya ditinggalkan ratusan reaksi oleh warganet disamping gelagat mereka itu menarik tumpuan ramai di aplikasi TikTok dengan meraih ribuan tanda suka di hantaran tersebut. Sumber : HimpunanCeritaLawak

Leave a Reply

Your email address will not be published.