Dikatakan jual harga yang sangat mahal di Bazaar Ramadan, sekali Pyan Padubeb tampil beri komen gara gara Chef Ammar tak puas hati

Viral

Baru-baru ini tular di Tiktok mengenai harga makanan yang mahal namun dengan portion yang sangat sedikit, tidak setanding harganya.. Susulan tularnya hal tersebut, Chef Ammar merupakan salah seorang empunya perniagaan yang terkesan dan tampil menjelaskan mengenai harga mahal makanan yang dijual bagi menjawab kritikan warganet. Ujar Chef Ammar, beliau menegaskan bahawa cara-cara penyediaan yang dijalankan semasa memasak sangat sukar di samping bahan-bahan tinggi kualiti yang digunakan untuk memasak.

“Ini semua perlu proses..!”

Dalam pada itu, Chef Ammar turut menunjukkan segala bukti bahan-bahan kualiti tinggi yang digunakan dalam penyediaan makanan jualannya bagi meyakinkan warganet bahawa harga mahal yang digembar-gemburkan setanding dengan bahan mentah.

Pyan Padubeb Tampil beri komen..

Salah seorang sahabat baik Chef Ammar adalah Pyan dari Padubeb Studio. Nama Pyan bukan satu nama biasa biasa dalam arena review makanan. Menurut Pyan, dia telah berkawan dengan Chef Ammar sejak dari tahun 2018 lagi dan pada waktu itu harga makanan Chef Ammar memang bukan murah sebab kualiti yang dijaga. Bahan bahan yang digunakan Chef Ammar adalah sangat berkualiti dan bersih. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet setuju dengan penjelasan dari Chef Ammar berhubung isu tersebut di samping menyarankan pada orang ramai yang tidak puas hati, untuk tidak membeli dan hanya masak sendiri di rumah. “Apa susah, mahal jangan beli…” Sumber, kisahdunia.com

“Cuba Habiskan Tapi…” – Ulas Nasi Arab Chef Ammar Tak Sedap, Warganet Back Up Tak Adil Banding Dengan Nasi Briyani

Luahan hati seorang pengguna Facebook mengenai rasa masakan nasi arab cef terkenal iaitu Chef Ammar mendapat perhatian warganet. Coretan panjang yang tular di media sosial semalam menceritakan tentang pengalamannya menikmati nasi arab itu ternyata mengundang rasa kurang selesa warganet. Menurut pengguna Facebook tersebut, makanan yang dibelinya itu tidak menepati jangkaan dan dilabel sebagai kurang enak.

“Aku yakin kalau ampa p makan dekat 10 kedai nasi arab/briyani mamak ka briyani gam Johor ka, 9-9 kedai tu mesti lagi sedap dari ni. Aku bukan nak h.1na rezeki, aku cuba sedaya upaya untuk habiskan tapi tak berdaya. Setiap suapan aku jadi semakin marah. “Aku bagi review semua tak berbayar so aku akan cerita apa yang aku rasa. In fact kedai nasi briyani gam kat Bangi aku dok makan pon jauh lagi sedap dari ini. Nak kata nasi sedap pun tak, kambing sedap pun tak, lepas tu yang tu kuah ka sup ka ayaq kambing ka minyak ka aku pun tak tahu,” kongsinya. Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-ratanya kurang bersetuju dengan kenyataan itu dan menganggap pemuda itu keliru dengan perbezaan rasa antara nasi arab dan nasi briyani. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.